🖇 Bab 12: Maid Costume

59 11 9
                                    

Found You.

👠| PERIOD. Satu hal ini buat Hara tak dapat tidur sama sekali. Mata masih segar, memandang kosong siling putih bilik tersebut. Taehyung di sebelah pula sudah berulit lena.

Kecewa kerana semua usaha dia tak menjadi. Bermacam-macam perkara yang dia buat, makan jamu, makan vitamin, amalkan hidup produktif termasuklah bersusah payah menggoda lelaki itu, tapi semuanya sia-sia.

Dia penat. Bukan senang tau dia nak serah tubuh dia macam tu saja. Tapi Hara tak punya pilihan lain. Baginya, harta pusaka itu adalah segalanya. Aset yang harus menjadi milik Cheol Hara seorang.

Tapi kalau dah macam ni, terpaksalah dia simpan Taehyung lebih lama lagi.

Hara mengusap perut. Tambah period Pain lagi. Baik mati je lah.

" Hara, perut awak sakit ya? "

Taehyung menyoal, mata dicelikkan perlahan. Dari tadi dia perasan yang Hara asyik tukar posisi tidur, putar kiri dan kanan lepas tu mengeluh.

" Hm, sakit "

Taehyung bangkit dari pembaringannya, belakang tubuh disandarkan pada kepala katil, sebelah tangan pula bekerja membuka laci untuk mengambil minyak angin.

" Mari sini "

" Nak buat apa? Tak payah lah "

Hara menepis Tangan Taehyung yang cuba menyelak gaun tidurnya. Dia tak ada mood nak disentuh-sentuh sekarang ini.

" Marilah saya sapukan minyak angin perut awak tu, supaya lega sikit "

" tch Tak nak! "

" Degil lah awak ni, tak boleh ke awak ikut cakap saya kali ni je? "

Hara mencebik. Gaun miliknya diselak juga akhirnya. Taehyung menguntum senyum, terus minyak angin tersebut dititiskan di atas tapak tangannya lalu disapu di atas perut Hara.

Perut gadis itu diurut lembut.

" Rasa lega tak? "

" Hm, boleh lah "

Taehyung sambung mengurut. Hara hanya memandang wajah jejaka itu. Entah kenapa rasa serba salah tiba-tiba bertandang. Rasa kasihan dengan Taehyung.

Hara mengaku. Taehyung adalah lelaki yang baik. Lelaki naif dan bodoh. Lelaki yang tak sedar dirinya sedang dimanipulasikan oleh Hara.

" Dah, sekarang awak dah boleh tidur lena "

Taehyung kembali ke posisinya, tubuh dihadapkan kepada Hara.

Hara hanya diam, mata masih tak lari daripada terus mengamati wajah Taehyung. Tanpa sedar, tangannya naik mengusap pipi jejaka itu. Taehyung tersenyum, tangan Hara yang berada di wajahnya, digenggam lembut.

Hara mendekatkan wajahnya kepada wajah Kim Taehyung. Hidung jejaka itu dikucup sebelum berahli ke bibir.

Hara lupa diri seketika.

Taehyung hanya merelakan. Ciuman Hara dibalas lembut. Dia lupa siapa Hara. Dia lupa siapa dirinya.

Tanpa dia sedari, separuh daripada jiwanya sudah ketagih terhadap Hara. Hara yang berani, Hara yang berbeza dan Hara yang selamba.

Found You Where stories live. Discover now