🖇 S2: Bab 7

53 13 20
                                    

Found You: Have We Found Each Other?






💋| " RYU? Oh, ayah dia dah ambik tadi. "

" Ayah dia? "

Berlapis kerutan dahi Hara mendengar kata-kata sekuriti sekolah itu.

" Haah. Mewah gila kereta! Orangnya pun kacak. Mesti suami Puan Hara bukan orang-orang calangan "

Suami? Hara mahu tergelak.

" Tak apalah kalau macam tu. "

Hara mengulum senyum lalu menunduk hormat sedikit kepada sekuriti tersebut. Kaki menapak keluar dari perkarangan sekolah dan menuju ke keretanya semula.

Entah ke mana lagi Kim Taehyung membawa Ryu dia pun tak tahulah. Selepas semuanya terbongkar tempoh hari, Ryu tak lekang berkepit dengan Daddy nya. Sikit-sikit nak telefon daddy, sikit-sikit nak jumpa daddy...

Hara tak boleh buat apa. Harus menurutkan semua permintaan anak tersayang walaupun tak mudah untuk dia bersemuka dengan Taehyung.

Kring...

Telefon berdering.

" Hello, Kim Taehyung? Awak bawa ryu ke mana lagi hah? "

" Suka hati saya lah. "

Amboi, jawapan dia. Panas pula hati Hara mendengar.

" come here "

" Ke mana? "

" Saya akan hantar location "

Talian dimatikan Kim Taehyung. Serentak itu bunyi notifikasi mesej Hara kedengaran.

" Jauhnya. Diaorang buat apa kat sana hah?! "

Hara mencebik. Dia memasuki kereta lalu menghidupkan enjin. Kereta kemudian dipandu laju menuju ke lokasi yang dihantar oleh Taehyung sebentar tadi.

Beberapa minit kemudian, Hara tiba di Taman Violet. Banyak keluarga Bahagia yang berpiknik di situ. Tertinjau-tinjau Hara mencari Taehyung dan Ryu. Boleh patah lehernya.

" Mummy! "

Suara Ryu menyapa halwa telinga. Terus Hara menoleh. Ryu yang tak jauh dari situ melambai-lambai ke arahnya. Lebar benar senyuman, sama pulak tu dengan bapak dia. Aish...Kenapalah kau tak ikut muka mummy, Ryu?

Hara menuju ke arah Ryu dan Taehyung yang duduk di atas tikar bercorak grid yang dihamparkan di atas rumput di situ. Bekal makanan pun bersusun-susun di atas tikar.

" Daddy ajak kita picnic! "

Hara menatap Taehyung yang merah padam wajahnya. Malu-malu dia memandang Hara yang datar saja. Maklumlah, dia dan Hara masih dalam sesi saling memarahi.

" Kaya sangat dah ke sampai ajak picnic masa jam kerja macam ni? "

Hara menyindir. Pinggung dilabuhkan juga di sebelah Ryu.

" Heh. Kaya dari awak tau. "

Taehyung tersenyum sinis. Matanya dan Hara saling bertatapan tajam. Siap ada kilat-kilat lagi tatapan mereka.

Found You Where stories live. Discover now