🖇 S2: Bab 3

48 14 3
                                    

Found You: Have We Found Each Other?








💋| " WHAT?! Jeon Jungkook dah ditemukan?! "

Teruja Hara. Bukan setahun dua malaun itu hilang tapi tujuh tahun! Tujuh tahun tu lama tau!

" Dia ditemukan di Iceland. Selama ni dia guna identiti palsu dekat sana tapi beberapa bulan yang lalu dia mula balik guna kad visa dia sebab tu pihak polis dapat detect keberadaan Jungkook "

" Dia dah dikepung semalam oleh polis di Iceland. Rupanya dia pun buat jenayah kat sana. Dia merompak dan mencuri "

Yoongi menjelaskan.

" Saya akan cari peguam. Kita akan dapat balik beberapa persen yang dia larikan tu. Puan Bos jangan risau. "

" Good Job secretary Min! "

Hara menaikkan jempol. Yoongi sekadar tersenyum nipis.

" Oh, saya dah jumpa peguam sebenarnya. Kim Namjoon nama dia. Katanya Puan bos dan dia dulu best friend dekat sekolah tinggi. Puan Bos kenal ke? "

" Kim Namjoon? "

Hara berfikir sejenak. Namjoon? Namjoon mana pula ni? Oh, dia ingat!

" Oh My god! Mestilah ingat. Dia yang akan urus kes ni ke? "

" Haah. Awalnya peguam lain yang uruskan tapi dia mencadangkan diri. Lagi satu, dia nak jumpa Puan Bos tengah hari ini. Can I give your personal number to him? "

" Sure! "

Yoongi mengangguk.

" Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu. "

Yoongi meminta diri lalu menapak keluar.

Hara masih tak lekang tersenyum. Gembira tak terkata. Lepas ini dia akan dapat haknya semula dan Jeon Jungkook si Malaun tak guna itu akan membusuk di penjara!

Orangnya kacak tapi tak berguna. Dialah punca segala masalah hidup Hara bermula. Dan yang paling penting, dialah penyebab Hara bertemu dengan Taehyung!

Bagi Hara, Taehyung merupakan satu titik nila yang merosakkan susu sebelanga. Kehadiran dan kepergian jejaka itu dari hidupnya membuatkan hidup Hara kelam dan tidak mudah untuk dia keluar daripada terowong gelap itu.

Lebih menyakitkan, dia harus berpura-pura bahawa dia baik-baik saja. Bukan mudah melupakan seseorang yang amat dicintai. Bahkan hingga sekarang, Hara masih berharap agar Kim Taehyung mahu menoleh ke belakang  semula dan menggenggam erat tangannya.

-

" It's difficult to win this case sebab kita tak cukup bukti. Plus, Jungkook has paid a really competent Lawyer, Kim Seokjin. Dia abang I and also my rival. How could I win? Abang I tu hebat tau? "

Hara menghembus nafas berat entah yang ke berapa kali.

" Come on, Nem. Aren't we bestie? You yang offer diri tapi sekarang You pula tak nak "

" I nak tolong, Ra. Tapi lepas tahu yang abang I ikut serta dalam kes ni, I tak rasa kita boleh menang. Jungkook ni pun satu hal....kenapalah dia licik sangat "

" Kontrak-kontrak yang you sign dulu semua dah tak ada. Tak tahu mana si malaun tu sembunyikan "

" Habis tu? You memang guaranteed kita tak menang kes ni? "

Namjoon menyandarkan tubuh pada kerusinya. Berfikir sejenak.

" I will...try my best "

Ujar Namjoon teragak. Wajah Hara yang cemberut membuatkan dia tak sampai hati menolak. Dia tahu betapa Hara ingin mendapatkan semula beberapa persen yang dilarikan oleh Jeon Jungkook itu.

Jumlahnya bukan sedikit. Tak tahulah apa yang lelaki itu buat dengan duit banyak tu. Menurut siasatan Namjoon, Jeon Jungkook memang budak yang bermasalah sejak sekolah tinggi lagi. Ibu dia kerja kelab malam. Ayah dia berjudi. Jungkook pula anak tunggal yang tiada sesiapa untuk bersandar.

Mungkin juga dia gunakan duit itu untuk langsaikan hutang piutang Ayah Ibu dia.

Begitulah...

Ibu Bapa yang tidak bertamadun. Semua beban diberi pada anak yang tidak bersalah.

Sempat hati Namjoon berdesis.

" God...Thanks Nem. Tabiklah kat you! "

" Hehehehe tapi I tak janji "

" Tak apa, asalkan kita cuba. Kalau tak dapat jugak, apa boleh buat..."

" You right. Oh, By the way.. "

Namjoon menggantungkan ayat. Mata menatap dalam wajah Hara.

" You masih ingat tak I pernah confess kat You masa zaman kolej dulu? "

" You did? "

Hara mengangkat sebelah kening. Kepelikan.

" Of course, Ra. I masih ingat apa yang you janji dekat I lepas You tolak I masa tu "

" You kata tunggu 10 tahun kemudian dan You akan terima I. Now dah lebih 10 tahun dah. "

" Is the promise..."

" ...still available? "

Hara diam. Cuba memutar memori beberapa tahun yang lalu. Dia ingat tapi semua tu hanya ucapan basa-basi. Dia cakap macam tu untuk menolak Kim Namjoon.

Tak sangka pula Namjoon ingat hingga sekarang.

" Nem, I tak serius pun cakap macam tu. I cakap macam tu untuk tolak you. How can you still remember it? "

Hara menghambur tawa.

" I know tapi I nak claim "

Hara terdiam. Dapat dia lihat keseriusan di wajah Namjoon. Anak mata jejaka itu tulus, menatap Hara dengan dalam.

" Why me? "

" Because you are you "

" Nem, I tak boleh dengan You "

" why not? "

" I have somebody else "

" Do you really have him? "

Hara diam. Pandangan dipalingkan ke luar tingkap kafe tersebut. Soalan yang tiada jawapan bagi Hara. Soal lah berulang kali sekalipun, Hara akan tetap membisu.

Dia masih berharap terhadap seseorang yang langsung tak peduli pun tentang dirinya. Bodoh, bukan?

" I tahu apa yang you dah lalui. I tahu apa yang dah berlaku dalam hidup You, Ra. "

" That's why I'm here, "

" to fix your heart. "

Found You Donde viven las historias. Descúbrelo ahora