BAB SATU

10 5 0
                                    

Naomi Marissa sudah bersiap-siap untuk masuk ke rumah yang baru dia beli. Rumah tersebut adalah sebuah kondominium mewah yang berdekatan dengan pengajianya. Maklumlah anak dari keluarga kaya raya. Keluar sahaja wang, automatik akan didapatkan. Tetapi tidak kepadanya.

Walaupun dia anak orang kaya, tapi dia suka mencari duit sendiri tanpa minta bantuan dari keluarganya. Sejak dia masuk ke alam sekolah menengah dia sudah bekerja di kafe milik kakak kawannya sebagai buskers disana. Selain itu, dia akan menolong Aryanna Hurst menguruskan rumah anak-anak yatim milik ibunya.

"Argh.... Penatnya...."

Naomi Marissa melempar bagasi yang penuh dengan barangan dan pakaiannya di atas katil. Dia hendak terus mengemasnya namun dia terlalu penat. Rumah keluarga dengan apartment mengambil masa 2 jam lebih kerana tadi banyak jalan ditutup kerana perayaan thaipusam. Nak tak nak, dia kena kemas juga.

Selepas itu dia akan mengemas biliknya yang lainnya. Kerana nanti akan ada housemate baru yang akan datang kerumahnya. Kalau tak dia akan tinggal bersama dengan Aryanna Hurst. Tetapi gadis itu mendapat sambung belajar di UITM, Teluk Intan dengan jurusan Sains dan Teknologi.

Tingtong.... Loceng rumahnya berbunyi. Dia pun bingkas turun dari katil lalu berlari ke arah pintu rumah.

"Cik Hannah Evelyn?" Tanya Naomi Karrisa.

"Ye itu saya..." Jawab gadis bertudung itu.

"Oh okay. Marilah masuk," ajak Naomi Karissa.

Mulut gadis itu terngaga besar melihat rumah yang bakal dia sewanya. Hiasan rumahnya tersangatlah mewah dan ringkas serta lengkap dengan perabot-perabot yang dari jenama mahal. Suasana di rumah itu pun tenang.

"Tutup mulut tu. karang ulat masuk," kata Naomi Karissa.

Terus gadis itu menutup mulutnya.

"So, macam mana? Awak masih berminat nak sewa dekat sini?" Tanya Naomi Karissa.

"Saya masih berminat. Tapi..."

"Tapi apa?"

"Harga sewa yang awak minta tu terlalu murah untuk rumah mewah macam ni," jawab gadis itu.

"Itu je alasan kau?"

Gadis itu mengangguk.

"Saya sebenarnya tak nak minta duit sewa pun. Tapi awak nak sangat bayar sewa tu, saya pun terpaksalah bagi harga tu," kata Naomi Karissa.

"Ye... Saya fikir rumah teres dua tingkat je... Tapi ni dah terlalu mewah buat saya..." balas gadis itu.

"Macam ni lah... Awak pandai masak? Atau kemas rumah?"

"Saya mahir membuat semuanya tu. Kat kampung saya selalu tolong mak saya," cerita gadis itu.

"Okay. Awak boleh jadi pembantu rumah saya? Awak tak payah bayar sewa. Saya akan bayar gaji awak, boleh?" Pinta Naomi Karrisa.

"Kalau awak nak macam tu. Saya sudi,"

"Maaf tau tiba-tiba pula awak jadi pembantu rumah saya. Jujur saya tak reti buat semua itu. Sebab dari kecil semuanya orang gaji saya yang lakukan," kata Naomi Karissa dengan malu-malu.

Gadis itu mengangguk senyum.

Mana taknya.. Dia sudah menjadi anak dara tapi tidak reti masak dan kemas rumah...

*****

Pov Sean Isaac...

Sebuah kereta Lamborghini masuk ke perkarangan IMU. Pelajar-pelajar yang berjalan itu berhenti. Lagi-lagi pelajar perempuan. Mulalah perangai miang masing-masing.

Seorang Lelaki keluar dari kereta tersebut. Lelaki itu adalah Sean Isaac. Pelajar yang paling terkenal dan panas di IMU kerana memiliki wajah yang tampan dan sempurna itu. Semua yang ada pada dirinya sering membuat wanita-wanita di luar sana jatuh cinta kepadanya. Namun dia tidak melayannya kerana masih sakit dengan kejadian dulu.

"Good morning dear...." Kata seorang gadis berambut pendek kemerahan.

Sean Isaac berhenti langkahnya. Lalu kening kirinya di angkat.

"Sorry. Aku tak kenal kau. Oh ye, kau nak pergi melacur ke pakai pakaian macam ni?" Perli Sean Isaac.

Gadis itu sudah merona merah kerana dimalukan oleh lelaki itu.

"Sampai hati u cakap tu.... I pakai macam ni sebab nak buat u tertarik dengan i..." Jawab gadis itu.

"Aku rasa better kau tengok diri kau tu dulu... Muka tak siap.... Pakaian pun macam nak pergi melacur.... Dahlah mala aku nak layan perempuan jamban macam ni. Ciou...."

Sean Isaac pun meninggalkan gadis itu.

Pov Naomi Karissa...

Naomi Karissa mengeliat saat cahaya matahari menembusi tirai jendela menerpa ke wajahnya.

Malam sudah berlalu... Sekarang giliran matahari pula menganti tempatnya untuk menyinari bumi...

Err..... Naomi Karissa merenggangkan otot-ototnya yang tegang itu. Pertama yang dia nampak adalah sehelai borang di atas kabinet kecil dekat sebelah katil dia.

"Alamak!!! Aku terlupa pula nak isi borang pendaftaran..."

Terus dia mencapai borang itu dan isi.

Selepas mandi, Naomi Karissa pun terus berjalan menuju ke almari pakaian. Sehelai baju hoodie warna coklat krim dan seluar slack hitam disarung ke tubuhnya. Pakaian apa pun dia pakai tidak mengurangi kecantikan yang dia miliki.

Tok! Tok! Tok! Naomi Karissa pun membuka pintu biliknya.

"Awak, saya pergi kerja dulu ye. Sarapan saya dah siapkan," kata Hannah Evelyn.

"Ah okay... Take care..."

"Take care too...."

Berapa saat gadis itu pergi, Naomi Karissa sambung berhias semula.

~bersambung~

SOULMATE SERIES 1:Senior Sean, My Babyboo!!!Where stories live. Discover now