bab 1

192 21 3
                                    

1 januari 1990.

Aku hanya pandang sahaja lelaki dihadapan aku. Mamat ini dari tadi ikut aku dari pada awal pagi hinggalah 1.30 petang.

"Apa yang kau nak hah?" Soalku.

Lelaki itu tidak menjawab tapi dia hanya memberikan satu senyuman halus yang buat aku rasa loya.

Ingat aku suka?

Terus aku tolak tubuh badan lelaki itu dengan kuat. Aku mahu balik. Aku tak mahu lelaki itu ikut aku.

"Hei tunggu aku!" Nyaring dia menjerit dibelakanga ku.

Aku menghembus nafas dengan kuat. Lalu memusing ke belakang. Hari ini adalah hari pertama aku menjadi tingkatan 5. Tapi kenapa aku kena hadap lelaki yang sebaya aku tapi perangai seperti budak?

"Apa yang kau nak huh!? Aku dhalah tak kenal kau! Lepas itu ikut aku!" Geram aku dibuatnya.

"Tak kenal maka tak cinta" selamba lelaki itu menjawab.

Ternganga aku mendengar. Ini kali pertama aku lihat ada lelaki yang berani balas aku macam itu. Memang lelaki ini tidak ada perasaan takut.

"Kau fikir kau sweet nak kata begitu?"

"Manusia tak adarasa manis masam atau pahit. Cuma ada perasaan" pantas dia menjawab.

Memang otak lelaki ini sudah membaca minda aku ke sampai laju menjawab? Tanpa melambatkan masa aku menyoal pada lelaki dihadapan aku.

Suara aku kuat seperti microfont masjid. Tapi apa aku peduli?

"Apa nama kau ha!?"

"Nama aku? Nama aku Hafiz!!" Dia ketawa gila lalu belari dihadapan aku.

Aku yang kemas memakai baju kurung hanya lihat dia dari jauh. Nama dia Hafiz? Sedap. Aku tersengih lalu ikut belari dengan dia bersama.

Iya. Macam itulah kisah kami bermula.

DIARI CINTA KITADonde viven las historias. Descúbrelo ahora