bab 5

103 19 10
                                    

23 december 2007

Tubuh aku gigil teruk ditengah tengah menara kawalan trafik aliran udara. Kepalaku dipakai dengan headphone yang berhubungan kapal terbang yang dibawa oleh suami aku sendiri, Hafiz.

Tanggisan aku didengari oleh semua ahli pegawai disana. Aku merayu dengan teruk.

"Hafiz... Hafiz... awak janji nak balik dan berada di sisi saya... jangan memungkiri janji awak hafiz... tolong" aku merayu.

Pegawai disana menarik muka tidak mahu pandang aku. Salah satu pegawai di situ sudah rebah apabila mendapat satu mesej dari kapal terbang, MH 1770.

"Mereka takkan sempat mendarat... Wardah... mereka akan terhempas tidak lama lagi"

Aku tersentak dengan jawapan itu. Aku kembali semula dan henti menangis. Aku menjerit dan merayu pada suami aku.

Aku tak nak kehilangan dia.

Aku sayangkan dia.

Sudah 7 tahun bersama. Dia takkan tinggalkan aku kan?

Sebab aku tahu dia sayangkan aku. Lebih dari sesiapa.

"Saya Mohamad Hafiz... saya adalah kepten yang bertugas untuk memandu kapal terbang MH1770. Saya meminta maaf kerana tidak dapat untuk membawa ke destinasi anda yang sepatutnya. Kepada Nur Wardah Nurfaila... saya memohon maaf kerana tidak mampu kembali disisi awak sayang.

Goodnight MH1770. Goodnight sayang"

Lalu terputuslah hubungan aku dan Hafiz. Badan yang tadi gagah berdiri akhirnya rebah. Beberapa pegawai lain mengambil alih tempat ku.

Aku dapat lihat semua gelisah dan gelabah. Mereka cuba berhubung kembali dengan kapal terbang tersebut.

Pegawai perempuan itu memandang aku dengan rupa terkejut. Dia goncangkan tubuh badanku dengan kuat.

23 December... hari yang aku kehilangan orang yang aku paling sayang.

Dan dalam surat itu pernah berkata...

'Saya akan tunggu awak selama - lamanya'

Air mata gugur tanpa henti. Tangan terus menumbuk dada kerana sakit.

"Awak kata, bila pergi pastikan kembali tapi kenapa awak tak kembali Hafiz?... kenapa..." dalam keadaan menangis dia berkata. Kru yang berada di situ memujuk diriku.

"Selama - lamanya saya tunggu sayang... awak terbang dilangit sehingga mendarat disyurga... tunggu saya disana ya?"

TAMAT

DIARI CINTA KITAWhere stories live. Discover now