TGL▸40

123 15 7
                                    

(❁'◡'❁)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(❁'◡'❁)

Malam itu,jalan yang tadinya sunyi dan bersih kini dipenuhi dengan puluhan jasad dan darah..Jenderal Huang yang diserang puluhan lelaki masih mampu bertahan walaupun lengan kirinya berdarah akibat dimakan pedang salah seorang dari mereka.

"Dong Si Cheng..kenapa?kenapa kau culik ayah aku?"tanyanya dengan nafas tercungap cungap.

Raja Dong yang dari tadi hanya bersiri sambil menyaksikan perlawan di hadapannya tersengih.dia langsung tidak menunjukkan riak wajah takutnya pada Jenderal Huang.

"kau tanya kenapa?ni semua sebab ayah kau sendiri..kalau dia setuju dengan cadangan aku..Sempadan Barat takkan dirampas dengan mudah.kau takkan kehilangan ayah kau.dan aku..akan jadi lebih berkuasa dari sekarang."

Jenderal Huang mengesat darah di pipinya.

"kau lebih rela korbankan rakyat demi kepentingan kau sendiri?!"

"demi kepentingan aku?ni semua sebab Raja yang tak pernah nampak usaha aku!aku ikut semua perintah dia..tapi apa yang aku dapat?tak ada apa apa.."

"sebab kau salah langkah.."

"cakaplah apa pun yang kau nak..aku tak peduli lagi.."

"aku tak nak cakap apa apa..aku datang cari kau sebab nak tamatkan riwayat kau macam aku tamatkan riwayat pengikut kau yang bodoh tu."

"bunuhlah aku..dan kau pun takkan selamat dari penduduk Kota Meso.kau ingat aku takut nak mati di bawah pedang kau?aku tak kesah kalau aku mati sekarang..sebab kau pun akan mati jugak."

"kalau macam tu..kita jumpa di neraka nanti."Jenderal Huang yang sudah berdiri betul betul di hadapan Raja Dong terus melibaskan pedangnya di leher Dong Si Cheng.

dengan hanya satu libasan,kepala Dong Si Cheng sudah terlepas dari tubuhnya.

Jenderal Huang berdiri sahaja di situ sambil memandang sekelilingnya.selama ini,dia sudah berkali kali berdiri di tengah tengah lautan mayat dan darah..tapi kali ini,perasaan bangganya lebih dari yang sebelumnya dia pernah rasakan.

Jenderal Huang tersengih sengih sendiri..dia memandang langit malam yang penuh dengan bintang yang bercahaya terang..

seakan akan bintang itu mewakili ayah,ibu,Jaemin dan orang orang yang terkorban sebelum ni.dia merasa cahaya terang dari bintang itu menandakan yang mereka melihat kejayaan Huang Renjun saat itu.Renjun tertawa.

gelak tawa yang tadinya terlihat gembira itu bertukar sedih..Jenderal Huang terus melutut di situ dan menangis.

"ayah..Renjun dah balas dendam keluarga kita..tapi..kenapa..kenapa Renjun rasa sedih?"

Renjun memandang ke arah sekumpulan tentera yang datang ke arahnya sambil membawa pedang.ada juga yang mengarahkan panah padanya.

"Jenderal Huang..kamu ditahan atas kesalahan pembantaian Raja Kecil Meso dan tentera Kota Meso."ujar Jenderal Kang Minhyuk,Jenderal Kota Meso.

The General's Lover [HuangRenjun]Where stories live. Discover now