B3 - Maksiat yang berleluasa

10 0 0
                                    

Hari demi hari,mengapa aku semakin hairan dengan dunia ini? Betapa menyeramkan tatkala aku melihat maksiat yang semakin berleluasa. Bahkan,mereka yang merupakan umat islam juga sudah terkesan dengan gaya barat.

Nauzubillah min zalik.

Aku berasa bahawa aku harus melakukan sesuatu namun, bagaimana? Bagaimana aku ingin meneruskan perjuangan ibuku jikalau aku juga masih tergopoh-gapah dalam mengejar ilmu agama?

Ya Allah,bagaimana pula jikalau aku juga terlibat dengan dosa-dosa yang seringkali berlaku di zaman ini?

Maksiat semakin banyak berlaku,aurat semakin banyak disebarkan,mencalarkan maruah agama.

"Duhai ibunda tercinta,puteri ingin mempersoalkan beberapa perkara. Apakah cara terbaik untuk melakukan dakwah duhai bonda?"

Puan Liana memandang puterinya dengan pandangan yang teramatlah lembut,pandangan itu memberi ketenangan kepada sesiapa yang melihat nya.

........

"MasyaAllah puteri, beruntung sungguh bonda mendapat anak angkat seperti kamu. Dalam usia sebegini,kamu sudah mampu berfikiran ke jalan Allah."

"Dengarkan ya puteriku?"

Puteri meletakkan pandangannya terhadap ibunda tercintanya itu,menantikan jawapan daripadanya.

Sebenarnya puteri,dakwah ada pelbagai cara tapi pertama sekali,puteri perlu memahami erti sebenar dakwah.

Maka,erti dakwah adalah mengajak manusia menuju kebaikan dengan pelbagai cara sesuai dengan cara islam telah mengajarkan pada kita.

Lalu,apa pula tanggungjawab dalam berdakwah? Bunda berikan satu contoh,iaitu, tanggungjawab dalam berdakwah adalah untuk membimbing umat islam ke arah yang baik serta mengenal asal-usul islam.

Dan puteri tahu ? Dakwah mempunyai pelbagai cara!

Antaranya adalah,berdakwah melalui perbuatan.

Puteri melihat ibundanya dengan pandangan yang penuh kehairanan,hairan akan kata-kata ibundanya itu.

"Perbuatan? Apa maksud bonda?"

"Ya,perbuatan.. Ia juga boleh berpaling kepada contoh yang baik. Maksudnya,menjadi contoh yang baik buat rakan-rakan atau sesiapa yang kita kelilingi,kerana siapa tahu,suatu waktu nanti pasti ada yang ingin mencontohi sifat baik kita,sungguh kita tidak mengetahui isi hati manusia duhai bidadariku.."

Begitu rupanya... Puteri lalu menantikan kata-kata seterusnya bagi ibundanya,sepertinya puteri sudah sangat berminat untuk mempelajari hal agama ini.

Ya,kemudian,dakwah secara lisan,ini adalah cara yang kadang susah bagi beberapa orang. Namun,dakwah secara lisan perlulah dilafazkan dengan lemah lembut,bukan secara kasar dan menggunakan kata-kata kesat.

"teruskan,puteri nak dengar lagi ni!"

Akhir sekali,melalui doa. Ya,doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman bukan kah begitu?
Maka doa adalah senjata terkuat bagi kita. Jikalau keberanian untuk menegur tiada dalam diri,maka usahakan untuk berdoa.

Adakah syurga,tempatku ? S2Where stories live. Discover now