B7 - Pakaian sunnah

7 0 0
                                    

..

Hari demi hari,aku semakin hairan dengan sikap bonda. Bonda seringkali meletakkan beberapa pakaian di dalam almariku. Aku keliru akan sikapnya. Tapi masih belum dilihat jenis pakaian yang diletakkan dalam almari itu.

Kehairanan aku telah memutuskan untuk melihat pakaian yang dilipat itu.

"Purdah,niqab..?" Soal puteri sambil kehairanan.

"Yaa puteri,itu pakaian sunnah,bonda kumpulkan untuk puteri,mungkin suatu hari nanti puteri berminat untuk memakainya." Kata ibundanya yang sedang ditepi pintu bilik puteri.

..

Aku memang berminat untuk mengusahakan pakaian sunnah ini,namun.. Mampukah aku menjaga imej islam?

Pasti pelbagai rintangan akan dihadapi,sedangkan sekarang usaha penghijrahan aku dikelilingi dengan rintangan yang pelbagai.

Maka,apa hukum sebenar memakai pakaian sunnah ini? Tidak wajib.
Namun menurut beberapa ulama',ada perkara yang diwajibkan untuk memakainya. Seperti,wajah yang mampu menjadi fitnah,maka diwajibkan untuk memakai pakaian sunnah demi mengelakkan fitnah. Selain itu,tidak.

Pelbagai perkara perlu diketahui sebelum memakai pakaian ini.
Antaranya,perlulah dipakai dengan niat kerana Allah,bukan kerana menginginkan pujian.

"Sebentar,apa hukum memakainya dalam solat?" Soal puteri sambil mengerutkan dahi.

Lalu dia berangkat pergi ke rak bukunya mencari buku berkenaan pakaian sunnah.

Ya.. Buku ini adalah daripada pendapat ulama' berkaitan memakai pakaian sunnah dalam solat.

01 - makruh bagi wanita untuk solat dalam keadaan memakai purdah.
02 - tidak dibenarkan untuk memakai niqab kerana ia menutup di bahagian dahi.
03 - Namun begitu jika terdapat sebab yang munasabah maka hukumnya harus.

Melihat kepada suasana surau-surau dan masjid di Malaysia, tempat solat bagi wanita kebiasaannya adalah terlindung daripada pandangan lelaki ajnabi. Oleh itu, tidak timbul isu fitnah seperti yang diperkatakan.

Mengikut pandangan ulama' Mazhab Al-Syaf'ie

"Anggota sujud adalah dahi,manakala meletakkan dahi serta dahi adalah sunat."

...

Namun,layak kah aku memasangkan sehelai kain ini dimuka aku? Bagaimana pula jikalau aku mencemarkan nama baik islam?

Beribu persoalan sedang berpusing di dalam minda ini. Tatkala aku berasa semakin pening memikirkan kelayakan diri.

Maka, pilihan terbaik adalah untuk aku bertanyakan hal ini terhadap bonda. Seusia ini,layakkah aku?
Aku tidak mempunyai apa-apa halangan untuk memakainya kerana aku merupakan pelajar yang belajar dari rumah,guru-guru antarabangsa datang ke rumah bagi mengajarkan aku pelbagai ilmu. Ilmu duniawi mahupun ilmu agama, kedua-duanya diwajibkan bagi aku.

...

Puteri menitip bilik ibunya melalui celah pintu yang agak terbuka,lalu mencari-cari jejak ibundanya.

"Ya puteri,ada apa sayang?" Soal ibundanya yang kehairanan setelah baru sahaja ingin memasuki biliknya.

"Bonda..puteri nak sangat memakai purdah pada usia sebegini,namun,puteri tak yakin akan kelayakan diri.." ucapnya sambil menundukkan pandangan daripada ibundanya kerana malu atas kata-katanya sendiri.

...

Puteri.. mereka yang memakai pakaian sunnah ini,kadang bukanlah seseorang yang sempurna dari segi agama. Namun,mereka sekadar berusaha untuk merapatkan diri dengan Allah.

Mungkin sesetengah orang,ada yang berasa takut dan malu untuk melakukan dosa apabila memakai pakaian suci ini,maka dia mula memakainya dengan niat untuk menjauhi diri daripada larangan Allah.

Ada juga sesetengah orang yang memakainya bagi menundukkan pandangan daripada ajnabi. Kesemua niat mereka tersangatlah baik dan sungguh hanya Allah yang tahu niat sebenar mereka. Maka teruskan lah niat kamu ya puteri?

...

Benar kata ibunda,apa yang perlu aku takuti? Maka mulai hari ini,aku memakai pakaian suci ini dengan niat untuk menjauhi diri daripada larangan Allah dan merapatkan hubungan dengan Allah, InsyaAllah.

"Semoga sahaja aku mampu istiqamah dalam mempertahankan pakaian ini."

Adakah syurga,tempatku ? S2Where stories live. Discover now