Relung Masa

13 1 0
                                    

Cintamu seperti sang jerebu

Mengaburkan pandanganku

Menyesakkan rongga nafasku

Membuatkan rasaku kaku

Lalu ku pinta, hujan turunlah

Membasuh luka yang kau toreh tak berdarah

Alat kawalan jauh itu ditekan kasar. Automatik lagu yang berkumandang di corong stereo itu berhenti bersuara.

Entah apa-apalah lagu sekarang. Lirik merepek. Jiwang melampau! Cinta merengus kasar. Memberontak dalam hati.

Hari ini semua perkara yang dia lakukan serba tak kena. Nak tidur, mata tak nak langsung beri kerjasama. Dia bangun duduk tak jadi terus berbaring. Alat kawalan jauh dicapai. TV dihidupkan. Tak berapa lama dia matikan semula TV. Cerita yang ditayangkan tak kena jiwa. Melodrama. Cukuplah air mata yang tumpah kerana cerita sendiri. Tak sanggup nak tumpahkan lagi untuk cerita orang lain. Dia mulai rimas.

Rupa-rupanya putus kasih mampu membuatkan manusia hilang tahap kewarasan. Seperti yang dialaminya sekarang ini. Jiwanya jadi galau. Resah tak menentu. Duduknya juga tidak betah.

Zahrain. Lelaki yang bergelar tunang merangkap bakal suami. Itu kisah sebulan yang lalu. Perhubungan yang dibina selama bertahun-tahun akhirnya runtuh. Ranap. Bagaikan dilanda Tsunami.

Cinta mengeluh. Cuba mengusir galau di hati. Badannya direbahkan ke tilam kembali. Bantal ditarik kasar, menutup seluruh wajahnya. Cuba untuk halang bunyi tangisannya nanti.

Tiba-tiba, dia dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya. Bunyi itu  berjaya menyedut kembali air mata. Tak jadi tumpah ke pipi. Hanya bergenang dalam kolam mata. Dia bingkas turun dari katil. Mencapai laju telefon bimbit yang berwarna merah darah itu.

"Hello." Ucapnya kasar. Dia tak suka diganggu waktu-waktu emosinya mendung begini. Bila-bila masa saja dia akan berhujan air mata.

"Cinta!" Si pemanggil bersuara.

"Hah, ada apa?" Tanya dia malas.

"Aku ada berita baik untuk kau. Cepat datang sini!" Arah si pemanggil.

Cinta merengus. Ternyata dia kurang senang mendengar arahan itu. 

"Sorry... aku tak ada mood lah. Malas nak keluar." . Badannya dihempas kembali ke katil. Renyuk kain cadar makin ketara.

"Dengar dulu apa yang aku nak cakap ni, Cinta. Kau datang sini. Datang makmal kajian ayah aku. Ada sesuatu yang aku nak tunjukkan." Pujuk si pemanggil. Masih mahu berusaha memenangi hati Cinta. Mahu Cinta akur dengan kehendaknya.

"Okey. Aku pergi sana sekarang. Kalau sesuatu yang kau nak tunjuk tu buat aku rasa tak berbaloi... siap kau Arjuna!" Bentak Cinta dengan ugutan.

Dia putuskan talian itu tanpa sempat Arjuna membalas. Dia turun dari katil terus buka almari baju. Sehelai kardigan berwarna kelabu asap ditarik, disarung ke badan. Kardigan itu dialas menutup singlet berwarna putih yang dipakainya sejak tadi.

****

"Mana sesuatu kau tu?" Tanya dia dengan muka jelas tak puas hati. Seolah-olah Arjuna yang memaksanya ke sini. 

Arjuna tersenyum nipis. Anak rambutnya yang terjuntai di dahi dirapikan dengan jari. Memang begitu gayanya tiap kali dia hendak menunjuk hebat pada orang.

"Cepatlah! Jangan buang masa aku." 

"Cinta! Bertenang, okey. Aku percaya, lepas ni kau akan berterima kasih dengan aku." Arjuna berkata bangga sambil memeluk tubunhnya. 

ANTOLGI CERPEN: RUMAH NO.4Where stories live. Discover now