༻ ༺
"Kita orang balik dulu ek mummy, pape nanti Hayyes roger." Kata Hayyes. Tangan Tengku Waheeda disalamnya.
Kini giliran Darya pula menyalam tangan ibu mertua nya itu.
Usai sahaja dia menyalam, Tengku Waheeda terus memeluk erat badan kecil milik Darya.
Jelas sekali dia sudah suka akan Darya menjadi menantunya. Darya membalas pelukan Tengku Waheeda. Senyuman manis terukir di wajah menampakkan lagi kejelitaan nya itu.
Untung kau Hayyes dapat bini cantik macam Darya. Ini kalau tak jatuh jugak tak tahu lah aku nak cakap macam mana lagi.
Tengku Waheeda meleraikan pelukan. Lalu kedua belah tangan Darya dipegangnya.
"Darya sayang."
"Ya, Mummy?" balas Darya. Kening sebelah dijungkitkan sedikit. Dia menunggu sahaja apa yang ibu mertua nya itu mahu katakan.
"Jaga diri baik-baik tau, and kalau anak mummy buat hal Darya call je mummy biar mummy hempuk budak tu. Kalau nak hantar Hayyes join underground pun boleh jugak, biar dia lepak dengan nenek dia dekat sana."
Hayyes yang baru sahaja simpan luggage dan barang-barang di bonet kereta itu membulatkan matanya.
Apa yang mummy aku cakap tadi? Dia nak aku lepak underground dengan Nek Mah. Ini tak boleh jadi ni! Ni mesti ada orang melayu dengki, pergi jumpa bomoh. Aku mesti buat sesuatu ni!
Darya melepaskan tawa kecil dari mulutnya. Geli hatinya selepas mendengar apa yang baru dikatakan Tengku Waheeda sebentar tadi.
"Iya mummy, nanti kalau ada apa-apa Darya call Mummy okay? Don't worry about me." balas Darya.
Manakala Hayyes yang sudah berada di sebelahnya hanya menjeling tajam.
Apa yang lawaknya? Sorry okay, sebelum aku join underground kau mesti join dulu sebelum aku. Just wait and see.
Tanpa melengahkan masa kedua-dua pasangan pengantin baru itu telah pun memboloskan diri mereka ke dalam perut kereta Audi A5 yang berwarna hitam itu.
Tengku Waheeda yang masih berada di luar pintu rumah mengangkat tangannya dengan tinggi lalu melambai ke arah Audi A5 yang baru sahaja meluncur keluar pagar banglo miliknya.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬
RomanceFirst vol under 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R company yang amat terkenal dengan sifatnya yang selalu keluar masuk kelab malam, kaki perempuan...