BAB 19

868 45 0
                                    

"Abang!" Sarah menghampiri Taufiq yang sedang duduk di atas sofa di hadapan televisyen. Pandangannya beralih daripada skrin televisyen yang memaparkan buletin utama itu ke arah Sarah.

"Ya Humaira. Kenapa sampai berlari dari atas ni?" Taufiq bertanya usai Sarah melabuhkan punggung di sisinya. Tangannya dilingkarkan ke bahu Sarah menarik isterinya agar duduk rapat dengannya.

"Esok hari apa?" Sarah bertanya.

"Hari Sabtu. Cuti. Kenapa? Humaira nak ajak Abang pergi mana?" Taufiq bertanya kembali. Dia masih memandang ke arah wajah putih bersih kesayangannya itu.

"Seriously Abang?" Sarah cemberut. Taufiq menahan senyum.

"Kenapa?" Taufiq bertanya lagi seakan-akan memancing kesabaran Sarah.

"Tak apa lah. Abang bukan ingat pun." Sarah sudah mahu bangun sebelum lengannya ditarik oleh Taufiq untuk duduk semula.

"Esok anniversary kita." Taufiq menggosok rambut Sarah. Dia menggarap sekejap bauan milik rambut ikal mayang Sarah.

"Sengaja. Malas lah layan Abang." Sarah berpura-pura berjauh hati. Sengaja mahu memancing perhatian suaminya kepadanya. Buletin yang sedang terpapar di televisyen hanya dibiar tanpa dipandang.

"Humaira nak pergi mana?" Taufiq bertanya. Tahun lepas mereka meluangkan masa seharian di satu lokasi sukan lasak di Melaka bagi mencuba pelbagai sukan ekstrem di sana. Mereka belum berpeluang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka dengan percutian panjang kerana Taufiq terikat dengan kerjayanya.

"Kalau Sarah cakap Sarah nak pergi satu tempat ni. Abang nak tak bawa?" Sarah mengangkat-angkat sebelah keningnya menduga Taufiq.

"Mana? Selagi atas bumi, bukan tempat yang dilarang, dalam Malaysia, In Shaa Allah, Abang boleh bawakan. Kalau luar negara belum boleh lah Humaira. Abang kerja isnin nanti."

"Sarah nak pergi themepark la Abang. Dulu masa kecik belum pernah pergi taman tema. Tengok post orang dekat instagram macam best je." Sarah bermain-main dengan lengan Taufiq yang berbalut jubah putih bersih itu. Pakaian rasmi Taufiq setiap kali dia menunaikan solat Maghrib di masjid.

"Themepark? Awak ni macam budak-budak lah Humaira. Awak nak cari apa dekat themepark?" Taufiq bertanya semula.

"Sarah nak naik rollercoaster. Sarah nak main semua permainan yang ada dalam themepark tu." Sarah sudah tersenyum-senyum membayangkan dirinya bermain pelbagai permainan di taman tema. Seronoknya!

"Awak ni macam-macamlah Humaira." Taufiq mencubit pipi Sarah separa kuat. Entah kenapa dia rasakan pipi itu makin gebu sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Sarah menggosok-gosok pipinya yang mula bertukar kemerahan.

"Humaira boleh tolong ambilkan iPad Abang dekat atas?" Sarah angkat kening. Dia mahu bertanya tetapi dia hanya bangun dan mendaki tangga menuju ke bilik kerja Taufiq. Beberapa ketika kemudian, dia kembali bersama iPad di tangannya. Sarah kembali duduk di sisi Taufiq.

"Tak boleh ke Abang? Kalau tak boleh tak apa. Lain kali pun boleh. Sarah saja je minta sebab teringin pula tiba-tiba." Taufiq hanya tersenyum simpul. iPad bertukar tangan. Dia laju membuka iPad tersebut.

"Humaira nak pergi themepark mana? Malaysia ni banyak themepark." Sarah jeda sebentar mendengar soalan Taufiq. Sejujurnya dia tak kesah mana-mana taman tema sekali pun asalkan namanya taman tema.

"Legoland?" Taufiq tergelak. Dia membuka aplikasi syarikat penerbangan.

"Tak boleh ke Abang?" Sarah bertanya lagi.

"Sekejap lah Humairaku Sayang. Abang nak beli tiket flight ni. Ke awak nak pergi naik kereta?" Taufiq bertanya sambil mencubit hidung Sarah. Dia sangat gemar melihat hidung mahupun pipi isterinya itu bertukar kemerahan sewaktu dicubit.

TAKDIR | NOVEL [C]Where stories live. Discover now