Prolog

11 3 0
                                    

Bukan kerana aku tak bisa menghadapi semua ini hanya ia cukup merumitkan. Hidup tidak sempurna tidak kira dari segi mental mahupun fizikal. Nessa lelah.

Dia menutup matanya. Semua menjadi gelap. Dia terperangkap di dalam suasana gelap yang langsung tiada cahaya meneranginya. Dia menangis apabila satu tangan sudah bersedia dihulur ke arahnya namun dia tidak bisa dia capai.

Sulitkah aku hidup bahagia seperti yang lain? Air matanya jatuh membasahi pipi gebu milik gadis itu. Bermacam-macam suara didengarinya. Positif mahupun negatif semakin berlaga antara satu sama lain. Fikirannya penuh buat seketika.

"Sayang, ayah tak minta banyak pun. Cukup kamu bahagia dengan cara kamu sendiri."

"Kau tahu tak, kau tu anak angkat tiada pertalian darah langsung. Kau penyebab suami aku mati!"

"Nessa... Mungkin sulit untuk awak pulih kalau awak tak terima rawatan."

Dan suara itu masih menekannya... Malah suara dari jiran dan sahabatnya sama-sama menghantui dirinya. Abang angkatnya semakin berubah setelah mengetahui mereka berdua bukan adik-beradik.

"Kak, adik minta maaf sebab adik terpaksa dengar cakap mama."

"Berhenti!" Dia menjerit panjang.

Kepalanya dipegang dengan kedua-dua belah tangan. Dia menahan rasa sakit. Akhirnya dia membuka mata. Suasana bilik masih suram. Kedua-dua belah kakinya dipeluk erat.

"Nessa... Kamu jangan buat benda tak betul. Buka pintu ni, sekarang!" jerit Azrian dari luar bilik.

Dia tidak tenang. Sudah 2 jam lebih Nessa mengurung diri tetapi puan Maria tidak hiraukan langsung. Adiknya, Afia pula masih belum balik dari kelas. Pintu diketuk berkali-kali pun tidak di sahut dari dalam.

"Azrian. Cuba kamu duduk. Tak payah nak manjakan budak tu. Perangai dari kecil ke besar tak berubah," sindir puan Maria.

Azrian berjalan ke ruang tamu. Dia berdiri di hadapan seorang wanita sudah berusia yang digelar ibu kandungannya.

"Mama boleh tak ada rasa belas kasihan? Nessa tak salah dalam hal ni. Mama patut bersyukur sebab dia masih hidup sekarang." Suara Azrian tidak terlalu tinggi tetapi cukup menegur Puan Maria.

Puan Maria berdengus kasar. Dia berdiri dari duduknya.

"Memang mama bersyukur sebab dia masih hidup. Dia? Dia penyebab papa kamu pergi tinggalkan kita. Kalau bukan sebab dia minta bukan-bukan papa kamu takkan pergi keluar."

Puan Maria berpaling dari Azrian.

"Dan mungkin papa kamu takkan meninggal." Suara semakin perlahan.

Puan Maria terus mengatur langkah pergi dari situ. Azrian terdiam. Dia buntu di situasi seperti itu. Tiada siapa yang patut dia sokong. Azrian terfikir bahawa semuanya pasti ada alasan sebelum papanya meninggal. Satu-satunya yang tahu hanya Nessa Aelin.

Semua Tentang KitaWhere stories live. Discover now