STK-04

4 0 0
                                    

Nessa menandatangani dokumen tersebut dengan syarat dia akan berada di rumah itu. Maria terpaksa setuju jika suatu hari nanti semuanya akan berubah kerana sikap degil Nessa yang tidak mahu keluar rumah.

"Mama tak jamin hubungan kita akan macam dulu." Maria terus melangkah keluar.

Nessa terkelu. Apa sebenarnya yang disembunyikan mama sampai dia dipaksa untuk keluar rumah. Bukan itu yang patut dia dengari dari mulut Maria. Jadi dia masih ingin tinggal di rumah itu.

Selepas sebulan dia berada dalam keadaan tidak seharmoni dahulu. Abangnya, Azrian sudah semakin renggang dan lebih mengelirukan ialah Azrian tidak seperti dahulu malah melayan dirinya seperti acuh tak acuh.

Semuanya bermula sejak hari itu.

"Nessa, ada nampak mama tak?" tanya Azrian.

Nessa menggeleng di sampingnya ada Adriana yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Azrain terus berlalu pergi meninggalkan mereka berdua di ruang tamu. Dia juga tidak melihat Maria sejak pagi tadi dan dia juga tidak memaklumkan pada sesiapapun.

Azrain membuat keputusan untuk ke kamar Maria. Dia berharap mamanya ada di sana. Dia menguak pintu dan malangnya Maria tiada di kamar tersebut. Dia ingin menutup kembali pintu tersebut namun sesuatu berjaya menarik perhatiannya.

Dia masuk dan mencapai satu kotak yang tersimpan di atas almari. Dia sedar sebelumnya tiada kotak pun di atas almari itu kerana dia sering berjumpa dengan mamanya.

Dia akhirnya membuka kotak tersebut tanpa ragu-ragu seraya dia terkejut dengan apa yang terdapat di dalam kotak itu. Surat-surat yang ditulis oleh papanya dibaca sehingga kesemuanya habis dibaca. Ternyata dia berada di tengah-tengah yang tak dapat menyebelahi sesiapa lagi.

Kenapa baru sekarang terbongkar? 21 tahun bukan lama, bagaimana mamanya mengetahui semua dan menyimpan begitu sahaja? Adiknya yang paling dia sayang, bukanlah sesiapapun.

Azrian segera menyimpan semuanya dan kembalikan dalam keadaan asal. Riak wajahnya jelas tidak beberapa gembira dengan kenyataan yang baru sahaja dia tahu. Dia terus keluar dari bilik mamanya.

Dia segera memusing badannya namun dia agak terkejut dengan kehadiran Nessa di situ.

"Nessa dah lama ke kat situ?" Azrian bertanya, berharap gadis itu tidak tahu apa-apa.

"Baru je."

"Abang, okay ke? Kenapa muka abang macam pucat?" Gadis itu hairan.

Apa yang dilihat oleh Azrian tiada siapa yang tahu.

"Abang nak jumpa Afia."

Azrian terus menuruni anak tangga ke bawah. Nessa masih ingin tahu apa yang membuatkan wajah Azrian menjadi pucat. Pintu bilik Maria dipandang lama namun dia segera mematahkan perasaan ingin tahu dalam dirinya. Dia berjalan ingin turun ke bawah tetapi dia berhenti sejenak apabila melihat Azrian dan Afia dari atas. Mereka terlihat sangat gembira dan akhirnya Nessa tidak ingin mengganggu mereka berdua.

Nessa terus tersedar dari mengingati momen itu yang menjarakkan dirinya dengan Azrian. Air mata gadis itu mula menitis kerana dia kini benar-benar sendiri. Dia duduk di atas katil dengan memeluk kedua-dua belah kakinya. Azrian sudah menjauhkan diri daripadanya tanpa alasan.

Maria pula langsung tidak mengendahkan dirinya walaupun dia hanya anak angkat dalam keluarga itu. Afia yang selalu dengannya pun perlahan-lahan menjauh. Entah apa yang salah pada dirinya sehingga dilayan begitu.

Dia akhirnya tertidur tanpa dia pinta. Berharap hari keesokan akan menjadi lebih baik dari hari ini. Dia hanya inginkan satu tempat untuk berlindung namun satu-satunya tempat itu telah pun hilang dalam sekelip mata. Tiada lagi sesiapa di sisinya dan dia hanya inginkan orang sekelilingnya akan terus bersama dengannya seperti kala.

Cahaya yang menyinari wajahnya itu cukup silau. Dia bangkit dari katilnya dan dia bersiap untuk mandi dan mengemas biliknya. Kemudian,dia buat kerja rumahnya seperti biasa.

"Abang," panggil Nessa sejurus dia melihat Azrian keluar dari biliknya.

Nessa mempercepatkan langkah mengejar Azrian yang kelihatan ingin menuruni tanggan. 

"Abang nak pergi mana awal-awal macam ni?" 

"Abang nak menziarahi kubur papa."

Nessa tersenyum pulas.

"Nessa nak ikut abang,boleh?" Azrian sedikit terkedu.

Dia hanya ingin pergi seorang. Bersama dengan Nessa lagilah dia mahu elakkan. Namun jika membiarkan gadis itu di rumah tidak berguna juga. Dia akhirnya setuju untuk membawa Nessa keluar dari rumah. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 16, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Semua Tentang KitaWhere stories live. Discover now