STK-01

7 2 0
                                    

Nessa akhirnya keluar dari biliknya. Dia bangun begitu awal pada pagi itu supaya dia tidak terserempak dengan Puan Maria. Dia memasak dan membuat tugasan rumah seperti biasa.

Kemudian, dia bersarapan dan naik kembali ke biliknya. Dia keluar semula dengan beg dan buku-buku di tangannya.

"Dah nak pergi ke kelas ke?" Di sebalik pintu Azrian muncul.

Nessa mengangguk, tidak membalas. Azrian kemudian menawarkan diri untuk menghantar Nessa ke kelasnya. Mereka berdua keluar dari rumah.
Sesampai di sana, Nessa keluar dari perut kereta Audi tanpa menegur Azrian seperti yang selalu dia lakukan dulu.

"Nessa!"

Nessa menoleh ke arah Azrian. Dia melihat mata abangnya itu kelihatan sayu apabila dia bersikap seperti itu. Dia mengalah dan memeluk Azrian.

"Nanti balik telefon abang. Abang jemput kamu," beritahu Azrian.

"Tak perlulah bang. Nanti mama marah pula kalau abang lebihkan Nessa. Lebih baik abang ambil berat tentang Afia. Saya pergi dulu."

Nessa terus melangkah pergi. Azrian tersenyum kelat. Dia inginkan Nessa yang ceria seperti dulu namun kini dia hanya tahu Nessa dingin bak ais. Panggilan daripada Afia mengejutkan dirinya. Dia bergegas kembali pulang untuk menghantar Afia ke sekolah. Dia lupa bahawa Afia perlukan dia lebih daripada Nessa.

"Nessa."

Dipeluk Nessa begitu erat. Dialah satu-satunya kawan Nessa, Lily. Dia mengenal Nessa lebih dari keluarganya. Nessa tidak tahan lagi. Dia menangis di bahu Lily tanpa ragu sebelum dia masuk ke kelas pagi itu.

Lily menenangkan Nessa kerana dia tahu gadis yang menangis di bahunya sungguh berat dugaan yang dia hadapi. Fizikal dan mental gadis itu sungguh lemah. Jelas.

Kembali dari sana, Azrian terpaksa menadah telinga mendengar leteran Puan Maria. Dia sudah biasa dengan itu semua.

"Mama. Sudahlah, abang Azrian memang sayangkan kak Nessa." Afia menyampuk.

"Abang, hantar Afia ke sekolah. Kang lambat, Afia kena denda pula."

Azrian terus mendengar cakap adiknya itu. Dia tahu adiknya bijak dalam mengelak benda-benda tak sepatutnya. Contohnya, mama. Azrian menjelaskan kepada Afia bahawa dia sayang sama rata dan tidak lebihkan sesiapa. Tetapi dia jelas melihat wajah Afia sedikit kurang ceria.

"Afia tak pernah salahkan kak Nessa. Mama pasti ada sebab dia marahkan kak Nessa, kan?"

"Afia, lebih baik kamu fokus belajar. Biar abang selesaikan semua masalah ni. Abang tak nak kamu terlibat. Kamu fahamkan maksud abang?" Afia Adriana mengangguk.

Sebelum pukul 7.30 pagi, Afia akhirnya tiba di hadapan pagar sekolah dan dia sempat datang awal ke sekolah. Dia mencium tangan Azrian dan keluar dari kereta. Dia melambai-lambai dan segera masuk ke kawasan sekolah. Azrian tersenyum lebar mahu terkoyak mulutnya kerana Afia tidak kurang ceria seperti Nessa.

Dia kemudian kembali bekerja selepas menghantar kedua-dua adiknya.

Pukul 5 petang, kelas telah tamat. Semua pelajar mula pulang ke kediaman masing-masing. Nessa dan Lily keluar menuju ke pusat membeli belah. Habis sahaja kelas, Lily terus membawa Nessa tenangkan fikiran daripada terus pulang ke rumah mendengar leteran Puan Maria. Tapi ditemani oleh Afia juga.

"Kak, jangan sedih lagi. Okay?"

Nessa tersenyum pulas melihat Afia. Dia tahu adiknya itu pernah salahkan dirinya apabila kemalangan itu berlaku.

"Papa... Lin takut. Papa tolong Lin." Suara tangisan didengari di hujung telefon.

"Aelin... Tunggu papa." Nada bimbang.

Meter kereta terus meningkat. Kereta dipandu laju. Tangisan itu semakin didengari jelas di hujung telefon. Dia tidak tahu apa yang menimpa anaknya. Yang pasti dia perlu menyelamatkan anaknya itu.

"Papa... Lin tak boleh. Lin takut," bisik Nessa di hujung telefon.

"Sekejap papa sampai. Tunggu sana, okay?"

"Ingat, walau apapun yang berlaku, papa takkan benarkan kamu berada dalam kesusahan,"pujuk papanya di hujung panggilan. Namun dalam hati dia bimbang.

Telefon masih tidak dimatikan. Dia perlu segera. Dalam keadaan tidak begitu tenang diselimuti perasaan cemas sehingga dia tidak perasan lori menuju ke arahnya. Dan akhirnya perkara yang tidak diingini berlaku.

Bunyi bising di hujung telefon membuatkan Nessa terdiam. Bunyi kaca pecah. Bunyi hentaman. Menjerit kesakitan dan suara papanya menghilang begitu saja.

"Pa. Papa... Papa tak apa-apa ke?" Nessa tidak keruan. Masih tiada sahutan.

Dia memanggil nama papa berulang-kali.

"Lin... Maafkan papa. Papa tak sempat datang ke kamu..."

Beberapa patah perkataan keluar dari mulut papanya.

"Papa!"

"papa. Jawab, pa soalan Lin. Papa okay ke tu?" Nessa semakin resah. Dia tahu pasti sesuatu yang berlaku kepada papanya. Akhirnya panggilan mati begitu saja.

Nessa tanpa sedar teringat kejadian itu. Dia memandang Afia. Dia memang patut disalahkan. Dia memang malang. Jika ketika itu dia tidak telefon papa. Mungkin semua ini tidak terjadi.

"Afia. Kita balik nak? Dah pukul 7 malam ni. Nanti mama marah pula."

Afia mengangguk. Dia risaukan Nessa jika dia disalahkan lagi. Nessa memesan Grab car dan mereka berdua duduk sementara menunggu ia sampai.

"Kalau macam tu aku balik dululah. Hati-hati, Nessa." Lily memeluk Nessa sebelum dia pergi.

Afia melambai kembali sehingga bayang-bayang Lily mula menghilang.
Usai mereka berdua tiba di rumah, Puan Maria sudah menunggu di depan pintu. Riana terus berjalan masuk ke dalam rumah diikuti oleh Dina.

"Pandai dah sekarang pulang malam. Lagi bagus kalau tak balik."

Nessa terhenti. Dia memandang ke arah mama. Wajahnya merah padam. Dia memberanikan diri berjalan ke arah mama.

"Maafkan Nessa kalau Nessa salah. Nessa tahu tu semua salah Nessa." Perlahan suara yang di lontarkan. Dia mahukan seperti dulu.

Puan Maria menjeling tajam. "Dah tahu salah kenapa kau nafikan. Kau sengaja nak pecah belah keluarga aku kan?"

"Mama!"

Azrian berjalan ke arah dua orang perempuan yang disayanginya.

"Nessa, masuk bilik sekarang," arah Azrian.

Nessa menundukkan kepala dan berjalan ke arah biliknya di tingkat 2. Dia sempat meninjau ke bawah, Azrian dan Puan Maria kelihatan begitu serius. Serba salah dalam dirinya. Dia akhirnya melangkah masuk ke dalam bilik.

Mengurung diri untuk bertenang. Bingkai gambar dicapai di atas meja belajar. Tersemat gambar dia dan papa. Alangkah baik jika papa masih di sisinya. Hampir 2 minit dia tenung gambar tersebut dan akhirnya dia memeluk erat.

"Papa. Maafkan Lin. Lin tak patut telefon papa masa tu," luah hati Nessa.

Tangisan tanpa suara memang sakit. Dia menahan agar tangisan tidak didengari oleh sesiapapun. Semakin dia menitiskan air mata tanpa keluarkan sebarang suara, semakin dia terseksa. Akhirnya dia melelapkan mata dalam kelelahan.

Semua Tentang KitaWhere stories live. Discover now