BAB 50

3.7K 225 4
                                    

Seluruh keluarga Dato syukri sedang makan tengah hari bersama pada hujung minggu itu. Kebetulan semua anak2nya pulang ke rumah membuatkan dia senang hati.

"Ini last semester kamu, kan Erina?"

Mendengar soalan Dato Syukri membuatkan Erina mengangguk. "Iya, ayah. Tinggal berapa bulan je lagi."

Dato syukri mengangguk faham. "Kamu pulak Eva? Dah plan apa yang kamu nak buat lepas ni? Takkan nak berseronok saja."

Hampir tersedak Eva yang sedang meneguk jus oren apabila tiba2 dirinya diserang dengan soalan Dato Syukri.

"Err, not yet. I'm still searching..." balas Eva ringkas.

"Choose wisely. I want the best for all of my children. You can ask your brothers for help. You can even ask your sister Nurul. She's a business lecturer. If you want to be successful,  learn from them." Nasihat Dato Syukri, merujuk kepada Aiman, Edrian dan Nurul.

Eva hanya mengangguk faham. Dia malas mahu bercakap tentang hal itu sebenarnya. Buat pening kepala saja.

"Ain, ayah dengar kamu dah berhenti kerja dekat Jaya Holdings?"

Soalan Dato Syukri membuatkan semua orang terkejut kecuali Aiman yang sudah sedia maklum. Masing2 memandang ke arah Ain.

Ain tersengih sedikit. "Haah, Ain dah berhenti. My friend Laura decided to make her own business and offered me to be her partner. It's always been my dream to have my own business."

Dato Syukri mengangguk faham. "It's good that you have a clear goal in mind. Good luck, Ain. I know you're smart and talented. You can do it."

"Terima kasih, Ayah."

Sudah hampir dua bulan Ain berhenti dari Jaya Holdings untuk membantu Laura membina perniagaannya. Aiman pula tidak menghalang malahan dia menyokong isterinya itu. Dia tidak mahu menyekat impian Ain. Memang dari mula Ain mahu menjadi seorang businesswoman. Dia yakin Ain mampu.

Erina kagum melihat sikap Ain yang bercita-cita tinggi itu. Dia patut belajar dari Ain.

Sedang mereka berbual, Erina baru perasan Edrian dan Rosalina senyap saja dari tadi. Erina menoleh memandang mak mertuanya itu. Kelihatan wanita itu sedang memandang tajam Edrian dengan wajah tak puas hati. Edrian pula selamba saja makan seperti tiada apa berlaku.

Mungkin Rosalina masih marahkan Edrian kerana memalukannya di hadapan Fiona tempoh hari.

Alahai tak habis lagi mak mertua aku ni.

*    *     *

"Aliyaa~"

Erina memanggil si kecil itu datang kepadanya. Aliya yang sedang bermain dengan Ain terkedek berjalan ke arah Erina dengan sengih lebar. Sekejap saja Aliya membesar. Gadis cilik itu sudah 2 tahun lebih sekarang.

Sebaik saja Aliya datang dekat dengan Erina, tiba2 Edrian muncul dari belakang lalu mendukung Aliya tinggi-tinggi.

"Aliyaaa, my favourite niece~"

Tergelak Aliya apabila Edrian menimangnya tinggi-tinggi. Erina di sebelah buat muka masam melihat Edrian merampas Aliya daripadanya.

"Aish, awak ni, saya yang dapat Aliya dulu." Rungut Erina. Dia cuba mengambil Aliya.

"But I got her first." Edrian menjelirkan lidah. Geram Erina dibuatnya.

Ain yang melihat gelagat pasangan suami isteri itu tersenyum sedikit. "Aish, korang ni. Berebut pulak. Kalau korang dah sedia, cepat2 la dapat anak sendiri."

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now