"Takkan U langsung takda profit?" Muhayyat Zafar atau selalu di gelar Muha tersenyum mendengar wanita disebelahnya bertanya pada pasangannya. Sedang dia menyantapi sarapan yang ada di hadapannya dia juga dijamu dengan wayang cintan. Mudahnya seorang lelaki meminta pada wanita.
"Baby, B dah dapat duit tu. Tapi 15K je," Muha terkesima. Habis yang tadi tu bukan makwe die ke? Yang berpegang-pegang tangan bagai. Bisik Muha dalam hati. Setelah habis roti canainya di kedai mamak, dia melangkah ke tempat letak keretanya.
Ah, sudahlah. Baik aku cepat. Kang banyak patient tunggu kat klinik. Gumam hati Muha.
"Doktor Muha, hari ni ade appointment ade 10. Yang lain pesakit luar. Tapi saya dah kasi Dr Saif untuk handle," ujar Jururawat Fatin.
"Fatin, boleh mula," Fatin hanya mengangguk lalu memanggil pesakit. Kemudia pesakit masuk.
"Assalamualaikum makcik. Kaki dah sihat?"
Muha seorang doktor. Dia membuka klinik setelah bertahun berkhidmat di hospital swasta terkemuka di negara itu. Kini dia membuka klinik dengan rakan kongsinya Saif Hanafi. Saif Hanafi dan Muha belum berkahwin kerana kesibukan bekerja.
Pejabat Alisha kelihatan sibuk dengan pelbagai deringan telefon dan rentak keyboard. Alisha termenung di mejanya.
Siapa dia, gumam di dalam hati.
"Sha!" Suara Airin menghentikan lamunannya. "Kau ni ada masalah ke?"
"Tadi aku.." kedengan seperti tidak tahun samada patut dirahsiakan ataupun tak.
"Kau ni kenapa? Sejak kau jumpa Si Fateh tu kau termenung je,"
"Takda apa la Rin. Aku cume runsing ni ha, project baru yang Dato Aiman bagi tu,'
"Kau tak pandai menipu Sha. Baik kau cakap betul-betul dengan aku,"
"Ish kau ni. Kau ni dah kurang kerja kah? Kalau rasa banyak waktu terluang aku tambah job scope,"
"Amboi amboi. Kita tau kita kuli, ni ha fail Dato Aiman yang kau minta aku double check material binaan tu,"
"Ha letak tepi dulu. Esok aku nak pergi jumpa dia,"
"Baiklah Cik Alisha. Kuli keluar dulu ye,"
"Ha, mulalah tu. Sikit-sikit ambik hati," Airin menjuihkan bibir. Alisha tersenyum melihat gelahat sahabatnya.AiZafar. Bangunan ini sering Alisha datangi setelah dapat project pertama sejak mengendalikan syarikat milik arwah papanya. Bukan senang hendak melobby di syarikat AiZafar. Berkat ilmu, usaha dan tidak putus asa akhirnya membuahkan hasil sepanjang 5 tahun, Syarikat AiZafar sentiasa meletakkan kepercayaan pada syarikat milik arwah papanya. Alisha berdiri di hadapan lift lalu menekan butang menaik.
"Cik Alisha, awal sampai?" Tegur pemandu Dato Aiman, Pak Cik Latif.
"Dato, Pakcik Latif. Ye, tadi saya keluar awal takut sesak tapi alhamdulillah traffic lancar sedikit. Dato dari mana?"
"Saya main golf tadi. Terus ke sini. Apa kata kita discuss di cafe depan tu. Saya macam lapar pula,"
"Boleh,"
"Latif, kamu tunggu sini jelah. Saya breakfast dulu kat depan sana,"Cafe tersebut yang di tunjukkan Dato Aiman tadi perlu melintas jalan. Setelah merasa selamat mereka lintas tetapi secara tiba-tiba sebuah motosikal cuba meragut beg tangan Alisha. Namun tak berjaya apabila Alisha menarik beg tangannya lalu motosikal tersebut jatuh. Malangnya Alisha turut terjatuh kerana tidak stabil. Kasutnya terlalu tinggi.
"Aduuh," Alisha menyeringai kesakitan pada buku lali kakinya. Lututnya juga sedikit luka. Sikunya terkoyak akibat geseran jalan tar. Pemandu motor tersebut sudah di serbu pegawai keselamatan bangun AiZafar.
"Alisha, jom kita pergi klinik," Alisha hanya mengangguk.
"Dato, Dato cedera?"
"Bukan saya. Alisha cedera. Berdarah. Kita pergi tempat Muha,"
"Baiklah," Alisha dibantu oleh orang ramai masuk ke dalam kereta milik Dato Aiman.Sampai sahaja Klinik MuSa Alisha langsung di bawa masuk ke Ruang Rawat. Alisha duduk di katil hang di sediakan. Dato Aiman cemas mundar mandir dalam bilik tersebut.
"Dato, saya minta maaf pasal hal ni kita ada di sini hari ni," ujar Alisha mengungkapkan rasa kesalnya.
"Alisha, bukan salah kamu pun. Saya..." Seorang lelaki masuk dengan nametag Muha. "Muha,"
"Papa okay?" Muha memandang wajah Dato Aiman.
"Papa okay. Alisha ni, teruk papa tengok," Muha segera mengalihkan pandangan pada Alisha. 'Eh, Minah comel ni,' bisik Muha. Muha teringat kejadian di restoran mamak.
"Macam mana boleh jadi ni,"Ujar Muha sambil melutut untuk melihat luka-luka pada kaki Alisha. "Terseliuh ni Cik Alisha. Tak pa saya balut sekejap. Papa keluar dulu boleh?"
"Ha yelah," kaki Dato Aiman melangkah. "Jangan ditenung anak dara orang tu lama-lama,"Kaki kanan Alisha dibalut setelah diletakkan gel dan krim bagi mengurangkan rasa sakit terseliuh. Selipar staff Dr Muha disarung kemas di kaki kiri. Jururawat yang bertugas mendorong kerusi roda Alisha.
"Macam mana Alisha? Terukkah kaki?" Tanya Dato Aiman jelas sekali wajahnya perihatin.
"Sikit ja ni Dato'. Saya minta maaf ya Dato. Nanti saya hantar wakil untuk bicncang hal projek tu,"
"Yelah. Ni siapa ambil kamu? Kalau tiada saya hantar,"
"Takpa, saya dah ada orang akan jemput,"
"Pakwe dia jemput pa," sampuk Muha yang baru keluar dari bilik rawatan. Alisha hanya tersenyum.