Akhir Sebuah Penantian

2.1K 74 1
                                    

Jam menunjukkan angka 5 petang menandakan berakhirnya tugasan mereka hari ini. Mereka semua bergerak untuk pulang namun, langkah seseorang terhenti apabila terdengar namanya dipanggil.

“meyyza...." panggil incas mereka yang bernama Rohaiza.

“ye saya koperal" jawab Meyyza Helena dengan perlahan.

“saya tak nak tahu apa pun alasan, saya nak kamu cari cara untuk selesaikan kes ni, atasan dah terlampau bersabar dengan kamu semua jadi esok pagi saya nak kamu ajukan cara macam mana nak selesaikannya, atau saya adukan ke pihak kolej kamu, faham?" Koperal Rohaiza memberi amaran kepada Meyyza Helena yang tertunduk lesu.

“baik, koperal saya akan segera cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini,sekali lagi saya mohon maaf." selepas mengatakannya dia kemudian meminta diri untuk pulang.

"Saya pergi dulu koperal! Assalamualaikum!"

Meyyza Helena berjalan lurus tanpa menghiraukan kawan-kawannya yang lain namun, kerana faham akan situasi itu Asya Syuhada dan yang lain hanya diam mengikutinya.

“Asya, kau dengan yang lain gerak dulu, aku ada hal nanti malam kita jumpa." ujar Meyyza Helena dan terus pergi meninggalkan mereka tanpa sempat Asya Syuhada bertanya.

“baik" jawab Asya mengalah sambil berjalan menuju ke arah keretanya, dari kejauhan terlihat kereta Meyyza Helena sedang meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

“kesian kan dia....mesti dia tengah serabut ..." Ana Humaira menyatakan simpatinya kepada yang lain.

“tu lahh.....siapa dowhh, eeeyyyy geramnya aku.....rasa nak lempang-lempang je....kalau aku tahu siapa memang eeeeyyyyyy......geram aku...." ujar Syafiqa sambil membuat gaya penumbuk yang tak seberapa besar mana.

“ishhhh.....dah sudahhh...." Asya Syuhada berkata namun dipotong oleh Ana Humaira.

“sudahhhh......apa yang sudahhhh.....“ membuatkan Asya Syuhada ingin sekali mengetuk kepalanya kawannya itu.

“dah la korang ni pening kepala aku." Asya Syuhada mengalah dan melajukan kembali kakinya menuju kereta.

‘aku kena cari tahu siapa dan gambar macam mana yang dikatakan tu....kesian kat Meyy...' Asya Syuhada berkata di dalam hatinya.

‘aku rasa macam tahu je siapa dia.....tak pe malam ni aku akan bercakap dengan Meyy'.

Mereka memasuki kereta jenis Produa Myvi milik Asya Syuhada dan berlalu meninggalkan tempat itu, Asya tidak terlalu fokus kepada pemanduannya kerana jalan yang dipenuhi oleh kereta menyebabkan dia hanya memandu secara perlahan, dia kini hanya fokus kemanakah Meyyza Helena pergi.

Ketika kereta mereka ingin melepasi MP yang menjaga pintu, mereka dihentikan oleh MP tersebut.

“haa....korang ehhh..." MP itu berkata sambil membuat mimik wajah mengejek lalu dia melambaikan tangan supaya Asya Syuhada dan yang lain bergerak membuatkan Asya sedikit terkedu.

“nate berok ni satg....dia taw laa" kata Syafiqa sambil memandang tajam MP tersebut yang tengah ketawa bersama kawannya seolah-olah menggolok-olokkan mereka.

Sesampainya di pondok post sekali lagi mereka diejek oleh para anggota yang bertugas yang berjaya meletupkan amarahnya Asya Syuhada.

“hangpa ingat hangpa bagus ka?? hangpa tu pun kuli jaa, kalau bukan disebabkan loreng yang hangpa pakai ni!! huhhh, orang gila pun tak pandanglah !! tak payah nak acah-acah innocent sangat! cermin diri tu dulu !! kami tak kacau hangpa, hangpa jangan kacau kami ingatt!!! kalau kami tak salah aku akan pastikan hangpa ni azam, nazmi dan syah esok melutut minta maaf kat kami!! tu termasuk tu mangkuk hayun tu sekali, cakap dekat dia kalau kami tak salah aku akan pasti atasan korang yang terlibat dalam kes ni bagi dia penalti." Asya Syuhada meluahkan kemarahannya sambil menuding kan jarinya ke arah MP yang mengejeknya tadi membuatkan para anggota hanya terdiam.

My favourite Army: Arcturus LoveWhere stories live. Discover now