Kau Milik Aku

2.7K 77 0
                                    

Setelah Khairul Aydeen menghantar Meyyza Helena kembali ke Hospital, dia segera bergerak ke arah tandas untuk mencuci muka supaya tiada siapa pun yang tahu tentang tadi.

’haduiii..... habislah dah la farmasi ramai time ni' setelah selesai mencuci muka Meyyza Helena segera menuju ke arah Farmasi.

”ehhh.....Meyyyy.." panggil seseorang.

Meyyza Helena menoleh dan mendapati itu adalah Syafiqa Husna yang sedang berlari anak ke arahnya.

“ya eyka, why?" tanya Meyyza Helena santai.

“madam Shuu panggil kau dekat bawah." ujar Syafiqa Husna.

“now?" Meyyza Helena mencari kepastian.

“yes, now" Syafiqa Husna menyakinkan hal itu.

“okey, aku gerak dulu, ehhh, kau nak ke mana?" tanya Meyyza Helena lagi ketika melihat Syafiqa Husna tidak ada tanda-tanda ingin mengikutinya.

“aku nak hantar ni kat Sarjan" Syafiqa Husna berkata sambil menunjukkan kepingan kertas ditangannya.

“haa, weyh....kalau koperal Haiza tanya mana aku kau cakap aku jumpa Madam Shuu tau." beritahu Meyyza Helena untuk mengelakkannya disoal bila bertemu nanti.

“haaa.....orait" jawab Syafiqa Husna sambil membuat gaya ‘okey'.

Meyyza Helena kemudian bergerak menuju pejabat pesakit dalam di mana Madam Shuhaida berada. Dia berfikir-fikir kenapa Madam Shuhaida memanggilnya.

"Kenapa eh agaknya? Aku penatlah nak hadap!" Gumamnya keletihan memikirkan hal itu.

Otaknya terlampau penat sehinggakan dia merasa sedikit pusing belum lagi ditambah dengan Khairul Aydeen yang tak habis-habis menyakat dan menahannya di dalam kereta tadi sebelum dia kembali ke Farmasi.

'lelaki tu!! Hurmm!'

Ketika Meyyza Helena sedang mengelamun menunggu lift tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

‘tinggggg......'

Meyyza Helena segera mengambil telefonnya dan melihat satu mesej yang diterima.

‘i'm waiting for you '

Membuatkan Meyyza Helena terus menutup telefonnya dengan kasar lalu menaruh kembali telefonnya ditempat asal.

‘tinggggg...'

‘tingggggg.....'

‘tinggggggg......'

Ya, Allah ingin rasanya Meyyza Helena melempar telefon tersebut tapi dia memikirkan duit didalam banknya yang semakin menipis akibat tidak berkerja dia membatalkan niatnya itu. Dia mengeluarkan telefonnya dan membalas dengan pantas.

‘yaaa, awak nanti saya reply yee, sekarang tengah keje'. Belum sempat Meyyza keluar dari aplikasi Watsapp itu, lelaki itu terdahulu membalasnya.

‘baik....saya tunggu'

"Haizzzz......."

Keluh Meyyza Helena, pada masa yang sama pintu lift terbuka dan Meyyza Helena memasukinya dan apabila tiba dia terus mengarahkan langkahnya ke pejabat Madam Shuu.

Di dalamnya terdapat Madam Shuu, koperal Rohaiza dan koperal Shahira yang sedang duduk membincangkan sesuatu. Setelah mengetuk pintu Meyyza dibenarkan masuk dan duduk bersama Madam Shuu dan incasnya yang lain. Mereka membincangkan sesuatu yang serius.

"Meyyza, macam ni ..."

Di jabatan kecemasan kelihatan Asya Syuhada sedang bergegas ingin pulang ke farmasi namun, ditahan oleh Syafiq kerana melihat keadaan Asya Syuhada yang agak lemah tetapi gadis itu tetap berkeras membuatkan si Syafiq mengalah.

My favourite Army: Arcturus LoveWhere stories live. Discover now