Identiti Terungkap

1.5K 53 2
                                    

“Tajul malam ni aku akan gerak ke Taiping ada hal dekat kem kemunting“ beritahu Khairul yang baru memasuki ruang itu.

Ditangannya terdapat beberapa helaian kertas yang sedikit berselerak.

“hang pergi sorang ka?" tanya Tajul Iskandar mengikuti langkah kaki sahabatnya itu.

“tak, aku pergi dengan tuan Helmi, ada hal sikit" jawabnya kelam kabut mengadap laptop dihadapannya.

“nah, tanda tangan ni dulu“ Tajul meletakan satu helaian kertas di hadapan Khairul.

“apa ni" tanya Khairul membelek helaian kertas itu.

“laporan tu lah“ jawab Tajul Iskandar menjawab satu panggilan yang masuk di telefonnya.

“nah" Khairul menyodorkan kertas itu kembali.

“nanti dapatkan tanda tangan tuan helmi sekali“ beritahunya mengadap laptopnya kembali.

“orait“ Tajul melangkah keluar membawa helaian kertas tadi.

Malam itu Meyyza Helena yang sedang duduk seorang diri di Cafe High Time itu termenung jauh mengadap laut yang kelam.

Sengaja dia datang kesitu seorang diri tanpa pengetahuan kawan-kawannya dia keluar menuju kesitu.

Dia tahu bahawa Khairul Aydeen sedang dalam perjalanan menuju ke Taiping bagi menjalankan tugasnya disana. Dia datang kesitu bagi menghilangkan resah dihati.

‘apakah kisahnya akan terbongkar?‘

‘apakah dia akan kembali ke dalam jurang penderitaan yang hanya tentera yang tahu?‘

‘apakah Khairul Aydeen menerima kisahnya itu?'

Dia yang menutup rapat kisahnya yang melibatkan tentera dibuat gelora kerana kehadiran lelaki petang tadi.

“Tajul Iskandar“ gumam dia sendiri.

“hai, awak sorang ke?“

Meyyza tersentak mendengar suara yang menegurnya, dia kenal suara yang tidak berubah sama sekali sama ada 5 tahun lepas atau pun 5 jam lepas. Dia mengangkat kepalanya menatap lelaki yang tersenyum ramah itu.

‘panjang umur Mamat ni‘

“boleh saya duduk?" tanya Tajul Iskandar meminta izin.

“duduk lah“ setuju Meyyza mempersilakan lelaki itu.

“awak sihat Meyyza Helena?“

“a. k. a Daisy" Tajul Iskandar menekan nama itu.

Meyyza Helena hanya memandang lekat lelaki yang sedang memprovokasi dirinya. Meyyza menyisir rambutnya yang panjang itu kebelakang.

“saya sihat sahaja abang Tajul" jawab Meyyza perlahan membetulkan duduknya.

"Alhamdulillah“ balas Tajul bersyukur.

“cantik rambut Helen, dah panjang dah sekarang“ pujinya bermakna.

“dulu Helen tak suka rambut panjang sebab susah nak buat kerja" ujarnya lagi.

“apa abang nak sebenarnya? straight to the point je abang" Meyyza malas berbasa-basi.

“hehehehe, sabar Helen sabar" lelaki itu menenangkan keadaan.

“Helen tak nak rebut balik hak Helen?" tanya dia melihat lekat gadis dihadapannya.

“apa hak Helen?" Gadis itu berpeluk tubuh.

“Helen, gelaran tu hak Helen! Sara rampas hak tu dan singkirkan Helen“

“Helen nak biarkan macam tu ke? Helen sanggup biar perempuan tu terus hancurkan gelaran tu?" Tajul mula beremosi.

My favourite Army: Arcturus LoveWhere stories live. Discover now