16 | ❀ℝℍ𝕃♡︎ℕℤℍ❀

4.9K 219 1
                                    

ZENIA duduk di hadapan meja soleknya. Sambil jari jemarinya lincah menyapu losyen keseluruh badannya. Tersenyum-senyum sendiri dia mengingatkan hal semalam. Perasaan malunya kian menebal. Malu mahu melihat wajah Rayden. Sedangkan jejaka itu pergi kerja pun dia masih bertapa di atas tilam empuk mereka.

Dia telah menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri. Dengan rela hati dia menyerahkan dirinya pada jejaka yang bergelar suami kepadanya.

Selesai merias dirinya. Zenia mengatur langkah ke katil. Memandangkan hari ini Rayden pulang petang dia membuat keputusan untuk bermalas-malasan sahaja. Sambil itu dia memainkan iPhone 13 pro max miliknya yang telah di beli oleh Rayden beberapa bulan lepas. Kerana telefon Samsung J2 primenya berkemungkinan masih ada di kelab malam tempat dia dijual hari itu atau barangkali sudah di buang.

Selama ini telefon tersebut dia gunakan hanya untuk mendengar lagu ataupun bermain game candy crush. Jadi kali ini dia tekad!. Memandangkan dia sudah di ajar oleh suaminya mengenai telefon itu. Dia akan mencuba semua aplikasi yang telah lama di install.

"Selamat bermalas-malasan." teriaknya sambil tangannya ligat menekan keyboard.

Puas meneroka semua aplikasi. Dan matanya pun sudah mulai berasa hendak tidur. Lalu dia mencampakkan telefon itu di tepinya.

Banyak sangat masa lapangnya hari ini. Jadi, dia gunakan sajalah untuk tidur sambil bermain telefon.

.

TIDAK habis-habis Hayder memerhati Rayden dari meja kerjanya. Dia pelik melihat Rayden. Pagi-pagi lagi senyuman jejaka itu tidak lekang dari bibirnya.

"Hoi!" sergah Rayden apabila dia selamat mendaratkan punggungnya di kerusi dalam pejabat Rayden.

"Hmm." Rayden hanya beriak biasa sahaja memandang wajah Hayder.

"Kau pahal?" soal Hayder.

"Apa?" tanya Rayden.

"Buat-buat tak tahu pulak. Yang kau senyum-senyum tadi kenapa? Nampak janda ke?" kata Hayder.

Lalu Rayden menjeling malas muka tak seberapa kacak Hayder.

"Janda kepala hotak hang. Nia aku nak letak kat mana?" jawab Rayden.

"Wuishhh Abe Inspektor kite sayang bini lerr wak." usik Hayder dengan gaya dibuat-buat manja.

"Aik. Dah hilang jantan ke?" kata Rayden. Meremang bulu romanya melihat tingkah Hayder yang sama persis seperti pondan diluar sana.

Hayder memandang tajam wajah Rayden. Aku lelaki tulen lah nyah. Susah juga nak gurau dengan pak kutub ni.

"Langsung tiada info ke pasal kes hari tu?" kata Rayden lagi. Dia menukar topik perbualan mereka.

"Kau sabar sat boleh tak? Bagi aku santai dulu. Nanti ada yang pergi operasi maka adalah infonya tu." jawab Hayder tenang.

Dia menyilangkan kakinya sambil menyandarkan badannya pada kerusi itu.

"Tolong cepat aku nak cuti ni." ujar Rayden.

"Aik? Tak pernah kau minta cuti pun, kenapa baru sekarang nak cuti?" soal Hayder.

"Dari pada kau sibuk hal aku. Baik kau pergi buat kerja. Aku bukan apalah. Aku takut pegawai atasan tak boleh nak luluskan cuti kau tu. Haa padan muka tak dapat balik jumpa family kau." lancar Rayden menuturkan ayat itu.

"Dah lah kau bab mengelak nak tanya itu ini nombor satu errk. Benci ada kawan macam kau ni. Aku cau dulu." terus saja Hayder bangun dan keluar dari pejabat Rayden.

Rayden hanya mengangkat bahu. Dia buat deh sahaja dengan sikap kawannya.

Kembali dia tersenyum sendiri. Perkara semalam adalah memori yang harus dijaga dengan rapi sehinggalah hujung nyawanya. Dia benar-benar sudah mencintai wanitanya luar dan dalam.

INSPECTOR'S : HIS SUNSHINE (C)Where stories live. Discover now