CHAPTER 13

3.1K 119 2
                                    

DHIYA mengenakan sepasang baju kurung riau berwarna biru laut. Mekap jugak tidak terlalu heavy. Simple saja mekapnya. Rambutnya hanya disanggul kemas. Namun tetap menyerlahkan kecantikan gadis bernama Durriyatul Janna.

"Pihak lelaki dah nak sampai." Ujar Hajah Salmi di muka pintu.

Dhiya yang berada di dalam bilik sudah tidak keruan. Dia takut, gementar dan berdebar.

Nazhifa yang berada di sebelah Dhiya sudah mengenggam jari gadis itu. Menyalurkan semangat.

"Kau relax, Dhiya." Ujar Nazhifa. Dia juga berdebar menanti kehadiran pihak lelaki.

Orang lain yang bertunang, orang lain yang berdebar sekali.

"Kau tahu apa-apa tak pasal bakal tunang aku tu?" soal Dhiya cuba meneutralkan rasa hati.

Nazhifa menggeleng.

"Tak. Ummi tak bagitau apa-apa dekat aku. Yang aku tahu bakal tunang kau tu namanya Qaiser."

"Itu aku pun tahu." Dhiya menjeling Nazhifa. Nazhifa mengekek ketawa.

Orang tengah serius, dia boleh main-main.

"Aku takut, Ifa. Buatnya kalau dah tua kerepot macam mana?" soal Dhiya bodoh. Bukan Dhiya la namanya kalau tanya soalan tak pernah tak bodoh.

Nazhifa mengerling tajam gadis itu.

"Kau ni kan. Agak-agaklah ummi dengan babah nak terima menantu sama umur dengan diorang. Tak hagak la overthinking kau ni. Cuba bawa bertenang sikit. Kau tengok nama dia sudah la. Qaiser. Tengok nama pun dah tahu handsome." Bebel Nazhifa.

Geram dia dengan Dhiya ni kadang-kadang. Bodohnya pekat betul.

Dhiya sudah mencebik. Tanya je pun. Tu pun nak marah.

"Diorang dah sampai." Suara seseorang kedengaran dari arah luar.

Dhiya sudah berpeluh. Dadanya kian berdebar.

'Tunang je kot, yang gelabah biawak ni dah kenapa?'

Kedengaran suara dari arah luar. Entah apa yang mereka bincangkan. Sesekali kedengaran suara mereka ketawa.

Dhiya mengerutkan dahi.

'Aku tengah berdebar, diorang boleh ketawa pulak.'

Selepas beberapa minit, Dhiya diminta untuk keluar untuk sesi menyarungkan cincin.

Dhiya menarik nafas dalam. Tarik... Hembus....

Fuh! Bismillah.

Dhiya keluar daripada bilik dengan senyuman yang mekar di bibir.

Dhiya membongkokkan sedikit tubuhnya apabila lalu di hadapan para tetamu itu. Adab katakan. Matanya ikut menunduk. Takut nak mengangkat kepala.

Dhiya sudah mengambil tempat di atas pelamin. Dia mengangkat wajah untuk memandang wajah-wajah yang hadir di majlis pertunangannya.

Zapppp!!!

Matanya tertancap kepada dua figura yang berada betul-betul di hadapannya.

Tengku Armin dan Tengku Dhaniel!

Mata Dhiya sudah membuntang. Seakan tidak percaya.

Tengku Dhaniel ke yang masuk meminang aku?

Mulut Dhiya sudah melopong namun dia cepat-cepat saja menutup dengan tangannya. Mukanya jelas menunjukkan tanda tidak percaya.

"Assalamualaikum. Dhiya." Panggil suara seseorang.

Seorang wanita yang sedikit berusia sudah pun berdiri di hadapannya. Dia mengalihkan pandangannya kepada wanita itu.

Mio Marito, Tengku Dhaiyan (COMPLETED)Where stories live. Discover now