CHAPTER 17

2.9K 112 1
                                    

SEPERTI yang dijanjikan oleh Tengku Dhaiyan, pukul sembilan pagi dia sudah terpacak di hadapan rumah sewa Dhiya.

-Tengku Miang-
I dah sampai. Cepat, Hermosa. Lambat kita nanti.

Ya. Contact name lelaki itu sudah berubah. Lantaklah. Handphone aku. Suka hatilah nak letak nama apa pun.

-Dhiya-
Kejap ya, Tengku. Kasut saya hilang pula.

Dhiya mencipta alasan. Malas rasanya hendak berduaan dengan lelaki itu.

-Tengku Miang-
Kita beli baru je nanti. Sayang nak berapa? 10 pasang? I boleh beli untuk you. Now hurry up! We're late.

Ish! Tahu la kaya pun.

Dhiya memejamkan matanya cuba mengumpul semangat. Dia perlukan semangat untuk mengelak daripada kegatalan Tengku Dhaiyan.

Dia hanya mengenakan blouse berwarna hijau lumut dipadankan dengan jeans putih. Rambutnya dibiarkan lepas begitu saja.

Nazhifa melangkah masuk ke dalam bilik tidur Dhiya.

"Dah siap ke?"

"Dah."

"Pergilah cepat. Tunang kau tu dari tadi duk pon pon je kerjanya. Bingit telinga aku ni. Ada jugak aku lempar batu atas kereta dia karang." Gumam Nazhifa geram. Bingit telinganya mendengar hon kereta Tengku Dhaiyan.

Dhiya cuma ketawa. Dia juga mendengar hon daripada kereta lelaki itu. Betul-betul menguji kesabaran.

"Aku pergi dulu, eh. Kau ada nak keluar ke kejap lagi?" Soal Dhiya. Dia mencapai beg tangannya di atas katil.

"Ha'ah. Aku nak jumpa orang tengahari nanti." Balas Nazhifa.

Kening Dhiya sudah terangkat. Dia memandang Nazhifa dengan pandangan yang agak tajam.

"Who's that guy? Tengku Dhaniel?" Tebak Dhiya. Jarang betul seketul Nazhifa ni nak keluar jumpa orang melainkan orang itu orang yang penting saja.

Senyuman Nazhifa perlahan-lahan memudar. Matanya dilarikan tidak mahu memandang mata Dhiya.

"Adalah. Sibuk je la kau ni."

"Kau nak jadi biras aku ke, Ifa?" Dhiya sudah ketawa kuat. Nazhifa mencebik.

"Dahlah. Pergilah cepat. Kang Tengku Dhaiyan dah bertukar warna muka baru kau tahu." Halau Nazhifa. Dia mengelakkan diri daripada menjawab soalan Dhiya.

Okay apa kalau jadi biras? Boleh pergi honeymoon sekali. Auch!

"Aku pergi dulu tau. Aku balik malam sebab Tengku Jannah ajak makan malam dekat rumah dia malam ni." Jelas Dhiya.

Nazhifa sekadar mengangguk.

"Take care, Dhiya." Nazhifa mengikuti langkah Dhiya dari belakang sehingga ke pintu pagar. Dhiya tersenyum ketika matanya menyapa mata Nazhifa.

"Okay, bye. Muahhh." Dhiya melayangkan kiss kepada Nazhifa. Nazhifa mencebik meluat. Sengajalah tu. Dia menjulingkan mata ke atas.

Dhiya yang sudah selamat masuk ke dalam perut kereta Tengku Dhaiyan terus memudarkan senyumannya apabila matanya memandang seraut wajah dingin lelaki itu.

Merajuk ke?

"Sorry lambat. Ifa tak nak lepas saya." Ujar Dhiya tanpa dipinta. Tengku Dhaiyan sekadar mendiamkan diri.

"Dahlah lambat. Siap flying kiss lagi. Aku yang tunggu dia ni tak dapat apa-apa pun." Gumam Tengku Dhaiyan perlahan.

"Hah? Tengku cakap apa? Saya tak dengarlah." Dhiya memandang pelik ke arah Tengku Dhaiyan.

Mio Marito, Tengku Dhaiyan (COMPLETED)Where stories live. Discover now