26 bangun

8 2 0
                                    

hari ini aku bangun lagi.
syukur aku ucapkan.
celik saja mata, anugerah pelbagai terhidang menjadi suasana.

matahari sudah tegak di atas kepala.
teh dan biskut gula dihadam bahagia.
seperti selalu.
ya.
seperti selalu.

kali ini pula, kelopak mataku sudah terpejam-pejam.
ah, barangkali disebabkan cahaya terik matahari.

dan malam pula..
tak dapat aku ceritakan.
kerana,
inilah saat aku bermimpi semua ini.

dunia aku, bukan begini.
dunia aku bukan seperti yang diimpi-impikan.
bukan bak kisah dongeng yang sering disiarkan di semua pandangan.

tapi, inilah aku.
inilah kisah hidup aku.
aku jatuh, tapi aku cuba untuk bangun semula.
hikayat ini ternyata gelap, tapi aku cuba untuk cerahkannya.

inilah yang dikatakan realiti.
dulu, realiti langsung tidak memberikan apa-apa reaksi.
kini?
aku tertampar dengan kisah sendiri.

sunyiWhere stories live. Discover now