Aku turun ke bawah sambil memakai jam di tangan setelah siap menggayakan rambut. Aku hanya berpakaian biasa hari ini.
"Morning, ma." Aku sengih.
Mama aku dah menjeling. "Morning? Dah waktu lunch. Ni nak kemana pulak ni?"
"Tengok wayang." Aku menjawab sambil menunggu air dituang oleh pembantu rumah.
"Bila nak matang ni?" Mama merenung aku.
"Lah? Tak cukup matang ke anak mama? Handsome bergaya tinggi segak tough. Apa lagi, semua cukup." Aku mula masuk bakul angkat sendiri.
"Mama tak boleh terima tengok wayang."
Aku tergelak. "Mama ni. Tengok wayang je pun. Habis tu budak-budak remaja jela boleh tengok? Irham tak boleh?"
"Entah. Mama macam rasa Am budak-budak sebab Am tak bawa balik girlfriend ke rumah lagi. Bila mama nak dapat menantu macam ni." Mama mencebik.
Lah! Kesitu pulak mama ni. "Kalau ada, Am bawalah. Dahla. Am nak keluar dah ni. Mama date dengan papa okay? Bye." Irham menyalami tangan mamanya dan terus melangkah pergi. Papa masih di atas. Malas nak naik. Nanti mama bagitahulah tu yang aku keluar.
--------------
Setelah selesai membeli tiket wayang, aku menelefon Ammar.
"Kau kat mana?" Aku duduk di sebuah cafe di dalam shopping mall itu.
"Bro, sorry sangat. Aku tak dapat pergi."
What the......?! "Apahal?!" Suara aku menunjukkan reaksi geram.
"Aku kena balik Johor la. Mak awek aku sakit pulak." Dia bersuara kesal.
"Okaylah. Balik sana elok-elok." Aku mengeluh.
"Okay, bro. Thanks."
Aku meletakkan iPhone dan tiket wayang di atas meja. Haih. Kalau aku tahu jadi begini, aku ajak member lain. Menyesal tertidur semalam. Terlupa nak call diorang semua. Sekarang ni kalau call, memang nak kena ah. Selalunya kena set awal, sebab diorang ada aktiviti masing-masing. Kalau lambat, dah kena booked. Eleh. Macam menteri je member-member pun. Menyampah aku!
Aku bangun setelah membayar pesanan yang aku makan di cafe tadi. Makan jadahnya? Minum aje.
Aku terus melangkah ke dalam panggung wayang. Burn satu tiket. Tak apa. Aku memang pemurah.
Aku duduk di seat D 6 dengan perasaan bosan. Tak ada kawan. Mohon movie ni best. Kalau tak, memang aku blah awal.
Lama aku menunggu movie sebelum start, aku scroll timeline dulu.Tiba-tiba, ada beberapa orang perempuan lalu di hadapan aku. Dua orang di hadapan meminta laluan. Seorang yang belakang, belum lalu lagi. Seat mereka di sebelah aku la tuh.
Saat perempuan yang satu lagi hendak lalu, dia tersadung sesuatu dan terus terduduk atas aku. Aku memang rasa macam terkejut beruk hutan hujan tropika. Tak expect langsung! Kau jatuh la belah lain! Asallah atas aku?!
Aku tolak dia. Mencemarkan aku betullah dia ni. Dia menoleh ke arah aku. Aku tak dapat lihat muka dia. Kan gelap.
"Sorry, awak sorry. Saya tak nampak kaki awak tadi."
"Nevermind. Dah. Lalu cepat." Aku sedikit merengus.
Dia masih meminta maaf. Haih! Sudahlah. Rimaslah. Apalah malang sangat harini? Dua jam berada di dalam panggung, akhirnya cerita tu sampai ke penghujung. Boleh tahan gempak. Tapi mood dah memang spoil dari awal, so jadi tak berapa nak layan sangat.
Saat lampu terbuka setelah cerita itu tamat, aku terus bangun. Tiba-tiba seseorang mencuit aku dari belakang. Mesti perempuan tadi. Nak minta maaf lagilah tu.
"Awak, you, whatever, saya minta maaf." Dia bersuara lembut.
Aku malas menoleh sebenarnya. Tapi macam kurang ajar pulak. Lantas, aku menoleh perlahan.
Alamak!
"Eh you?!" Perempuan tu sedikit terjerit.
Irham tercengang. Alaaaaaaaaa. Terus rasa bersalah menghuni lagi hati ini. Semalam jumpa dia, mengata dia. Harini jumpa lagi. Besarkah dosa yang aku buat? Kena minta maaf ke?
Aku terus sengih. Tindakan drastik tanpa aku sedari. Aku dapat melihat kawannya menarik tangan dia keluar. Tak sempat ucap kata maaf lagi. Mesti jumpa lagi lepas ni selagi aku tak minta maaf.
Tengok? Aku dah buat kesimpulan sendiri. Aku hanya memandang bayang dia hingga menghilang di sebalik pintu keluar panggung ini. Aku mengeluh perlahan. Harap kita jumpa lagi. I nak minta maaf. Tadi pun I tolak you. Nasib baik you tak tersungkur. Hm. Sorry again.
Rasa bersalah makin bercambah. Dua hari hidup aku serabut. Sebab dia. Kesian dia kena tuduh padahal aku yang mulakan.
Irham terus melangkah keluar dan terus keluar dari shopping mall itu. Tiada mood untuk berjalan-jalan. Andai saja Ammar ikut, mesti Ammar bagi nasihat ni. Huh!