Bab 3 Move On

237 40 36
                                    


Cahaya termenung di meja dapur. Memikirkan hala tuju rumah tangganya. Dia mengeluh.

"Aku berdosa dah tengking suami aku. Kena minta maaf dengan mamat dingin tu lepas ni. Tapi dia menengking aku. Aku panas telinga. Ya Allah! Dugaan apa ni. Salah aku ke? Terburu-buru setuju untuk bernikah dengan dia?"

Putera yang tidak dapat melelapkan matanya, merenung siling biliknya yang berwarna putih. Keluhan berat dilepaskan. Dia terbayang wajah Cahaya yang nampak marah dengan tengkingannya tadi.

"Aku keterlaluan ke memarahi dia. Kenapalah aku melepaskan geram aku pada dia. Dia tak bersalah dan tak tahu apa-apa."

Putera bangun dari baring. Dia keluar dari bilik dan menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Menuju ke ruang dapur. Kelihatan Cahaya sedang termenung sambil memegang sudu yang berisi nasi goreng.

Putera menuju ke meja makan. Kerusi ditarik di sebelah Cahaya. Terkejut Cahaya. Sudu yang sedang dipegangnya terlepas ke dalam pinggan nasi gorengnya. Matanya terpegun memandang Putera.

"Mana sarapan untuk saya? Tadi kan awak ajak saya sarapan."

Mata Cahaya terkebil-kebil memandang Putera. Tadi marah , sekarang tunjuk muka pula kat sini.

"Cepatlah! Saya dah lapar ni?" arah Putera.

Cahaya bangun dari kerusi dan menuju ke kabinet untuk mengambil pinggan dan cawan buat Putera. Dia kembali ke meja dan menyendokkan nasi goreng dan telur dadar ke dalam pinggan. Di letakkan pinggan yang berisi nasi goreng itu di depan Putera. Air teh o dituangkan ke dalam cawan untuk Putera. Kemudian, Cahaya duduk di kerusinya sebelah Putera.

Cahaya di sebelah mengerling ke arah Putera yang sedang menyuapkan nasi goreng ke mulutnya. Lelaki itu hanya menunduk menikmati sarapannya. Hati yang tadi berasa sedih , terubat juga bila melihat Putera mahu juga memakan masakannya.

"Macammana dengan nasi goreng tu? "tanya Cahaya. Nak juga tahu pendapat suaminya tentang masakannya.

"Okeylah!" Jawapan ringkas dari Putera. Sebenarnya bukan itu jawapan yang diharapkan oleh Cahaya. Tapi takpelah, asalkan nasi goreng tu licin dalam pinggan lelaki itu, sudah membuat dia berpuas hati.

Putera bangun dari kerusinya dan membawa pinggannya ke sinki. Cahaya tidak menegah perbuatan lelaki itu. Entah kenapa mulutnya seperti digam. Selepas Putera membasuh pinggan makannya, dia berpusing dari sinki. Cepat-cepat Cahaya tunduk menyuap nasi ke mulutnya.

"Cahaya. Lepas sarapan, ke ruang tamu sebentar. Saya ada nak bincang dengan awak." Selepas berkata begitu, Putera terus berlalu meninggalkan ruang dapur.

Cahaya hanya terkebil-kebil di tempat duduknya. Fikirnya Putera akan ke bilik sambung tidur. Sebab pada pemikiran Cahaya Putera pasti belum tidur tadi.

Cahaya tidak berselera untuk menghabiskan nasi goreng di dalam pinggannya. Dia bangun mencuci bekas makanan dan mengemas meja makan. Selepas selesai di dapur, Cahaya ke ruang tamu. Di atas sofa, Putera sedang bersandar sambil matanya terpejam. Nampak wajah Putera yang lelah. Tidak sampai hati Cahaya hendak mengejutnya. Namun dia menghampiri Putera. Cahaya duduk di sebelah Putera. Dia merapatkan wajahnya ke wajah Putera.

"Abang, tampan. Tapi cukup dingin. Bibir ni, kalau tersenyum lagi menyerlah ketampanan abang." Cahaya tersenyum dengan pujiannya pada Putera.

"Dah puas awak tilik muka saya?" Tiba-tiba kelopak mata Putera terbuka.

"Oh mak kau!" Tersentak Cahaya sampaikan dia melatah dan badannya ke belakang.

Putera tetap Putera. Langsung tidak tersenyum walaupun apa yang berlaku pada Cahaya boleh menggeletek hatinya.

Cinta Si Bodyguard Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt