Bab 6 Perubahan Putera

234 45 35
                                    


Lagu Sebelum Cahaya.





Selepas makan malam, mereka semua bersembang di ruang tamu. Melihat jam menginjak ke pukul 11 malam, Putera minta diri untuk pulang. Faradiya juga bangun untuk pulang bersama Putera.

"Mama, Diya pulang dulu ye ma..."

Puan Sri Alina dan Tan Sri Amar saling berpandangan.

"Diya nak pulang ke mana?" tanya Puan Sri Alina.

Faradiya menoleh memandang Putera. Mungkin berharap agar Putera menjelaskan pada mama dan papanya.

"Sebenarnya aunty, saya ada belikan banglo untuk Diya semasa kami bertunang dulu. Banglo memang saya hadiahkan buat Diya. Jadi Diya akan tinggal di sana sekarang ni. Boleh saya jaga keselamatan Diya kalau berdekatan dengan saya." Panjang lebar Putera menjelaskan pada Tan Sri Amar dan Puan Sri Alina. Harap kedua orang tua Diya faham. Namun ada yang mencelah.

"Isteri sendiri taknak jaga ke? Sibuk nak jaga bekas tunang? Takkan abang Putera biarkan isteri abang seorang diri kat rumah. Abang Putera tak takut apa-apa berlaku pada isteri abang?"

Putera tergamam. Dia berkerut dahi memandang Farahanim. Tak sangka gadis itu tidak memihak kakak kandungnya. Sepatutnya selepas berjumpa semula setelah 10 tahun Faradiya menghilang, Farahanim bertambah sayang pada Faradiya. Malah kedua orang tuanya juga tidak menegur keceluparan mulut Farahanim.

"Abang tahu tanggungjawab abang. Abang masih cintakan Diya. Abang tak pernah anggap Diya bekas tunang abang. Hanim masih mentah. Tak tahu tentang perasaan abang yang kehilangan Diya selama sepuluh tahun. Abang betul-betul sengsara. Sekarang abang dah jumpa Diya. Abang akan teruskan hasrat kami untuk bernikah."

Terkejut besar Tan Sri Amar dan Puan Sri Alina. Farahanim memandang benci Putera dan Faradiya.

"Astaghfirullahalazim... Apa yang Putera cakap ni...?" tanya Puan Sri Alina tidak puas hati .

"Saya ikhlas ingin memperisterikan Diya..." Faradiya tersenyum mendengar ucapan Putera. Lelaki itu masih mencintai dirinya walaupun sepuluh tahun mereka berpisah.

"Putera! Uncle tak suka dengan kata-kata Putera. Uncle tak setuju kalau Putera kawin dengan Diya. Putera dah beristeri. Jangan persiakan isteri Putera. Anggaplah Putera dan Diya tak ada jodoh."

"Apa yang papa dan mama cakap ni? Diya tak kisah pun kalau abang Putera dah ada isteri. Abang Putera pasti tak cintakan isteri dia. Dia pasti terpaksa kawin sebab ingat Diya dah tak kembali. Papa dan mama lebih memihak pada isteri abang Putera dari Diya anak papa dan mama. Diya mengharapkan papa dan mama gembira dengan kepulangan Diya yang sepuluh tahun tak jumpa. Tapi nampaknya Diya salah. Hanya Diya yang rindukan kamu semua, tapi kamu langsung dah lupakan Diya."

Faradiya menarik tangan Putera untuk keluar dari situ tapi suara Tan Sri Alias memberhentikan langkah kaki mereka.

"Diya jangan nak kurang ajar. Putera pula , uncle tak izinkan bawa Diya keluar dari sini. Kalau kamu masih menghormati uncle dan aunty, kamu tolong jangan bawa Diya pergi dari sini. Kamu balik. Isteri kamu pasti sedang tunggu kamu."

Putera meraup wajahnya. Dia harus menghormati bapa dan ibu saudaranya sekali gus majikannya.

"Diya... Sayang kena tinggal dengan keluarga sayang. Abang akan cari jalan agar kita boleh bernikah," bisik Putera di telinga Diya.

"Maafkan saya uncle, aunty. Diya akan tinggal di sini. Saya minta diri dulu." Putera mengusap kepala Diya dan mengucup dahinya. Dia meninggalkan banglo mewah Tan Sri Amar.

Puan Sri Alina, Tan Sri Amar dan Farahanim tidak suka dengan perbuatan Putera mengucup dahi Faradiya.

"Puas hati kan? Diya akan tinggal kat sini sebelum kami sah bernikah. Tolong suruh pembantu tunjukkan bilik Diya."

Cinta Si Bodyguard Where stories live. Discover now