Prolog

249 22 16
                                    

{Dreaming of this love}
.
.
.

Wajahnya bercahaya tatkala disimbahi cahaya skrin komputer. Jam sudah menginjak ke pukul 3 pagi dan dia masih belum selesai dengan senarai kodingnya. Matanya merah menahan kantuk yang membelenggu sejak semalam. Dia perlu siapkan kodingnya pagi ini juga kerana pembentangan untuk ciptaan baharunya akan dijalankan esok. Mana mungkin sempat untuk dia tunda-tunda lagi. Semangat!

Krukkk...

Nadra memegang perutnya yang berlagu kuat. Ah, dia baru tersedar yang dia belum makan sejak sarapan semalam. Laptop dialihkan dari atas riba, telefonnya yang berada dibawah bantal dicapai. Beratus-ratus notifikasi masuk sejak semalam dan tiada satu pun dia sempat untuk buka.

"This is all a messed" Nadra memicit pelipis sendiri. Kepalanya berdenyut tanpa henti, dia perlukan airnya. Sementara memicit dahi, sebelah tangan dipanjangkan buat mencapai botol air di hujung katil. Entah dimana silapnya, botol itu tertolak ke bawah dan menghasilkan bunyi dentuman  kuat. Nadra mengeluh berat.

Hanya dapat dilihat dari jauh saja sisa air yang mengalir tumpah dari botol tersebut. Sungguh, dia tidak larat lagi.

Klak!

"Nadra, what happened?" Mateen, si suami menerjah masuk ke biliknya. Nadra sekadar menunding jari ke arah botol airnya yang sudah menyembah bumi.

"You've been pulling an all nighter. Again? Nadra, it's not good for you" Mateen mendekati isterinya yang memejam mata sambil memegang pelipis sendiri. Punggung dilabuhkan disebelah Nadra di atas katil.

"Do I have any choice? Tell me, Mateen. My proposal has been rejected and i have to re-do it again. Saya nak settle kan semua cepat-cepat, nak rehat" Nadra mengumam perlahan dengan mata yang masih terpejam.

"At least give yourself some times" tangan lelaki itu naik membetulkan rambutnya yang serabai. Nadra sembunyi senyum, rama-rama!

"Peduli apa awak?"

"Pedulilah. Awak bini saya, tak nak kena jawab dekat akhirat nanti" balas Mateen selamba. Tangannya turun mengurut pelipis isterinya. Serupa orang hilang semangat dia tengok Nadra sekarang. Langsung tak terurus.

"Bukan sebab, you love me?" Nadra panjangkan tangan melilit pada leher Mateen yang tinggal beberapa inci dari wajahnya. Dia tersengih-sengih.

"Teruskan berangan. Rupa macam mak lampir, ada hati nak flirt"

Nadra mencebik. Nasiblah dapat suami macam ini, makan hati berulam jantung aje sepanjang masa.

"Lapar tak?"

"Lapar" bibir disebekkan dengan kepala yang terangguk-angguk. Sedar tak sedar, lengannya ditarik perlahan oleh lelaki itu. Apabila kakinya sudah memijak lantai, Mateen berhenti.

"Boleh jalan tak?"

"Kenapa? Nak dukung ke?"

"Tak, nak pinjam wheelchair jiran"

"Mateen!" Nadra memukul bahu suaminya kuat. Mateen malah tidak beriak apa-apa, lengannya kembali ditarik dan mereka turun ke dapur.









Nadra panggung kepala dengan sebelah tangan. Bibirnya tidak berhenti tersenyum melihat susuk tubuh Mateen dari belakang. Kacaknya suami saya! Apron putih dibadan Mateen menambah seri 'suami-suami material' pada figura bertubuh tegap itu. Nadra jatuh cinta, lagi dan lagi.

"Handsome"

"Can you stop checking me out?"

"Why? Nak simpan untuk siapa"

Mateen menggeleng kepala. Random betullah isteri dia ini. Tangannya masih ralit mengacau kuah spaghetti di dalam kuali. Pukul 3 pagi, wanita itu minta dia masak spaghetti. Menyesal bagi pilihan, kalau ikut dia nak buat maggi aje. Mateen redha.

"Love you, Mateen Farhan"

"Diam Nadra"

"Love you so so much"

Mateen menadah telinga. Malas hendak melayan, makin menjadi-jadi nanti. Bukan perempuan itu tidak faham, dia sudah tekankan banyak kali bahawa dia tak mampu mencintai sesiapa buat masa ini. Dia tahu Nadra cukup bijak untuk memahami maksudnya.

"Your spaghetti" Mateen akhirnya selesai. Spaghetti itu dihidangkan kepada isterinya. Apron dibuka dan dia berura-ura pergi meninggalkan Nadra sendirian.

"Hei, nak ke mana? Teman saya" Nadra laju menghalang. Lengan suaminya ditahan lalu ditarik buat duduk disebelahnya. Mateen tak mahu makan tak apa, dia boleh suap tapi jangan tinggalkan dia.

"I'm sleepy, Nadra" Mateen menggosok matanya yang menahan kantuk. Tangan wanita itu cuba ditepis namun gagal.

"Please..." Pandangan mereka bersabung. Mateen jatuh kasihan dan dia mengalah. Punggung dilabuhkan pada kerusi bersebelahan Nadra. Tangan dipanggung di atas meja pulau, termenung sambil menemani Nadra yang berselera menikmati makanannya. Untunglah suami pandai masak.

"Pagi-pagi buta minta makan spaghetti" Mateen mengumam perlahan. Tetapi cukup untuk sampai ke pendengaran Nadra.

"Ada jadual ke makan spaghetti?"

Mateen mengguling biji matanya. Ada saja nak menjawab isterinya itu. Kadang-kadang penat dia mahu melawan balik, jadi ada baiknya dia diam sahaja. Tak terkawal nanti.

"Done"

"Come" Mateen bangun dan mengambil pinggan Nadra lalu dibawa singki dan dibasuh. Nadra menjungkit kening melihat langkah budiman suaminya. Banyak lagi yang perlu dia belajar tentang Mateen, dua bulan perkahwinan bagaikan tidak cukup untuk belajar segalanya tentang luar dan dalam lelaki itu.

"Naik atas dan tidur. Awak buka laptop awak, saya pecahkan benda alah tu. Mark my work" Mateen menegaskan pesanannya kepada si isteri. Nadra ni bukan boleh percaya, tahu-tahu dia sambung kerja dan tak tidur langsung. Penat tegur!

"Okay...tapi saya nak request lagi"

"Request apa pula?" Mateen sudah mula malas melayan. Tangannya naik memeluk tubuh dan matanya tajam mencerlung wajah putih bersih itu.

"Nak peluk!"

"Aku bagitahu mak kau, kau gatal"

"Hei, we promise not to use 'aku-kau'. You know what you get when you disobey it?" Nadra menarik sengih.

"Apa? Grounded? You think I'm a child?"

"No. But you will get a child if you disobey it" mata dikenyitkan sebelum dia menyeluk tangan melingkar pada pinggang lelaki itu. Pelukannya tidak berbalas, Nadra senyum hambar. Tak apa, dia faham. Walau perit untuk ditelan dia harus kuat demi mengambil hati lelaki ini.

Tiga minit berlalu, Nadra leraikan pelukan dan mendongakkan kepalanya mencari sepasang mata suaminya. Dalam hati, dia berdoa supaya Allah lembutkan hati suaminya ini untuk menerima dia.

"Good night. Dream of me, tau!"

"Ceit"

Nadra hambur ketawa melihat wajah kelat suaminya.

| TBC |









House Of Love ©Where stories live. Discover now