Bab 1

156 16 0
                                    

"Congrats Nadra and the team. I suka sangat dengan pembentangan you all. We have agreed, to be part of your sponsorship for this project. I akan hantar wakil I untuk follow up tentang perkembangan projek you ni. This is  gonna be an amazing application this world has ever known" panjang lebar pengurus syarikat Hadhir Tech memberi pujian. Nadra dan ahli kumpulannya yang lain tersenyum lebar. Projek mereka diterima!

"We have high hope for you and the team, Nadra. Make it worth" Datin Harlina menepuk bahunya perlahan. Nadra menghulur senyum manis dan anggukan buat wanita itu.

"Inshallah Datin. It's going to be great"

"Alright, we'll see you guys next month untuk pelancaran. Bye!" Berlalunya Datin Harlina dari bilik mesyuarat itu, Nadra terlompat-lompat suka.

"We did it!" Tubuh ahli kumpulan perempuannya dipeluk erat. Hilang beban di dadanya. Bibir pula ringan sungguh melakar senyuman lebar.
Kegembiraan yang tak terkata.

"Thanks to you Kak Nad. We know you've been working so hard" Aisyah memandang ketuanya itu dengan pandangan yang sayu.

"Come on. You guys work hard too. Kalau tak ada kau orang, macam manalah akak nak siapkan projek ni agaknya. Tak tidur sebulan pun belum tentu siap, tahu?"

"Ala, jangan rendah diri sangatlah kak. Suami akak call kita orang tahu semalam. Soal siasat macam polis, tanya kenapa akak kerja kuat sangat? Kita orang ni tak function ke? Pergh, sakit kak ayat dia. Saya literally angkat call pagi-pagi buta sebab dia. Tahu-tahu kena sembur" Zul pegang dadanya dengan wajah dramatik. Manakala Nadra kekal terpaku.

Dia salah dengar ke tadi?
Mateen telefon mereka?

"Mana dia dapat nombor kita orang kak?" Yin Su menyoal. Dia pun kena juga serang dengan suami kak Nadra pagi tadi. Sangat menyeramkan.

"Erm, adalah satu hari tu dia tanya pasal team kita. Akak pun tak fikir panjang, akak bagi aje dia tengok list participants group kita" Nadra tarik sengih. Kesian 'anak-anak' dia.

"Akak jangan sampai kita orang block akak" Aisyah cuba mengugut. Nadra ketawa kerana Aisyah terlalu comel untuk cuba menakutkan dia.

"Heip, janganlah begitu. Jom akak belanja makan. Cakap je nak apa, akak bawa kau orang" meja dikemaskan dan beg tangan disangkut ke bahu. Bersedia untuk makan tengah hari. Perutnya sedari tadi menahan saja lapar yang bermaharajalela. Nasib baik tak keluar bunyi kalau tak buat malu aje.

"Nak mahal-mahal kak"

"Boleh. Tapi awak drive eh Zul, akak nak tidur kat seat belakang"

"Boleh je. No hal"

"Uish, lama merasa nak naik kereta mahal. Kau rasa Kak Nad bawa kereta apa hari ni?" Mereka berbisik sesama sendiri. Nadra buat tidak tahu padahal ia terlalu jelas di telinganya.

"Aku nampak dia datang dengan kereta warna merah"

"Aku rasa tu Volvo dia. Gempak sia"

"Weh, excited teman!"

"Cepatlah. Akak belanja roti kaya aje karang. Menangis kome" Nadra sudah keluar dari bilik tersebut. Berpusu-pusu mereka bertiga mengikuti langkah si ketua.

House Of Love ©Where stories live. Discover now