Bab 5

124 13 0
                                    

Mereka ada senarai untuk aktiviti yang akan dilakukan hari ini. Mateen akan bawa dia bersiar-siar sekeliling kampung sambil belajar dan menimba pengalaman baru.

Sementara menunggu suaminya itu bersiap, Nadra sibukkan diri dengan membantu opah mengemas dapur. Bibir bernyanyi kecil sementara tangan masih ligat membasuh pinggan. Menyental habis-habisan.

"Diamlah. Suara macam katak"

Satu suara yang datang dari belakang menghentikan nyanyiannya. Kenal dah suara siapa. Keluhan berat terlepas dari bibir. Masih enggan menoleh ke arah Natrah dibelakang.

"Nak apa lagi ni?"

"Nak cari gaduh" huh? Nadra menjungkit bibir. Betul-betul tiada kerja perempuan ni.

Natrah menapak merapati Nadra di singki. Dia berjalan ke kiri dan kanan sambil memandang wanita dihadapannya atas dan bawah. Dia ketawa sendiri. Banyak idea untuk sakitkan hati Nadra.

"Buruk je kau ni. Body tak ada shape"

Nadra tercengang. Bibir diketap menahan amarah. Tak mahulah gegarkan rumah opah pagi-pagi.
Lagi pula, seperti yang Mateen cakap Natrah memang begitu feelnya. Tak pernah matang.

"Macam manalah dia boleh rela hati kahwin dengan kau? Oh, lupa. Arrange marriage kan? Abang Mateen ada cerita dia kahwin dengan kau sebab permintaan mak lang je"

"He doesn't even love you" Natrah bisikkan ayat itu rapat di telinga Nadra. Seronok menambah rencah dan rasa. Tak sabar pula hendak melihat pasangan untuk bergaduh.

Mendengarkan tawa Natrah yang terbahak-bahak dibelakangnya, hati menjadi sakit. Pantang jika diingatkan tentang hal yang satu itu. Tubir mata yang memerah mulai basah. Tubuhnya bergetar sementara tangan masih cuba untuk menggenggam pinggan di dalam singki dengan kuat.

Rambutnya terasa diselak kuat. Kuku panjang dan tajam Natrah mengguris kesan luka lama ditengkuknya. Pinggan di tangan terlepas ke dalam singki, dia mendesis kesakitan.

"Look, you have scars. Ugly bitch"

Tanpa dapat ditahan, Nadra tepis tubuh Natrah kuat sehingga gadis itu jatuh terlentang dilantai dapur. Ah, peduli apa dia. Dapat dia rasakan kesan parut itu mengalirkan darah. Belakang baju basah sedikit demi sedikit.

"Auch, sakitlah!"

Derapan kaki seseorang dari luar dapur menarik perhatian mereka berdua. Wajah Mateen tersenggul di ambang pintu. Tidak sempat Nadra hendak membuka mulut, Natrah sudah lancarkan drama air mata.

"Abang, apa benda isteri abang ni? Main tolak-tolak pula. Kau sengajakan?" Natrah menjerit lantang. Tetapi Nadra hanya memandang kosong. Hujung matanya singgah pada Mateen yang cuba membantu sepupunya itu. Dia kecewa.

"Nadra, into our room. Now" tegas Mateen memberikan arahan kepada isterinya.

"Sakit abang..." Natrah melembutkan suaranya. Meminta simpati dari abang sepupunya yang satu itu.

"Ye, abang tahu"

"Jahat perempuan tu. Natrah datang dapur nak tolong dia dekat dapur je. Lepas tu dia tepis Nat. Kuat gila. Sakit belakang" bibir tercebik ke depan.

"Nat rasa kenapa dia buat macam tu?" Usai mendudukkan Natrah di sofa ruang tamu. Dia bangun semula mencari kotak first aid kit yang pernah disimpan opah di dalam salah satu kabinet dapur.

"Sebab dia cemburu Nat rapat dengan abang? Tapi apa pun, dia tak boleh buat Nat macam tu. Dia siapa nak dengki dan rosakkan hubungan kita?"

"Apa hubungan kita, Natrah?" Mateen masih selamba menyoal tanpa riak. Kotak first aid kit dipegang dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi menghulur minyak angin pada sepupunya yang memandang dia dengan kening yang berkerut.

House Of Love ©Where stories live. Discover now