BAB 5

580 39 4
                                    

"JANGAN LARI LAH perempuan !!!" Tersentak hebat seorang gadis yang cuba melarikan diri apabila dua orang lelaki bertubuh tegap cuba mengejarnya. Langkah kaki nya dipercepatkan lagi. Jantungnya berdetak semakin laju.

Sungguh.. sungguh dia sudah tiada tenaga sekarang ini.

apabila kelibat dua orang lelaki itu sudah mula menjauh darinya, dia mengambil kesempatan untuk bersembunyi di tepi tong sampah yang agak besar. Kotak kotak yang berada di tong sampah itu diambil buat menutupi tubuhnya yang kecil.

Mulut ditekup dengan tangan, cuba untuk tidak membuat sebarang bunyi. Mata dipejam erat apabila mendengar derapan kaki yang semakin dekat dengannya. Tubuh menggeletar kecil.

"Shit ! kita terlepas dia lagi !"

"Menyusahkan betul ! kita cuba cari dia dekat hujung sana" Kedua lelaki itu mula pergi. Gadis itu mengeluh lega. Dia mengelap peluhnya menggunakan hujung lengan bajunya. Nafas cuba diatur. Apabila dia merasa sudah selamat, dia mula keluar dari tempat persembunyiannya.

Gadis itu berlari kecil, cuba untuk mencari jalan keluar dari lorong gelap samar samar itu. Ibu jari digigit perlahan.

Sekarang ini dia buntu mahu memilih lorong mana yang selamat.

Mata memandang ke arah lorong kiri dan kanan silih berganti.

Nafas dihela perlahan. Dengan lafaz Bismillah, gadis itu mengorak langkah
memasuki lorong kanan memandangkan lorong itu sedikit terang disinari cahaya samar dari tiang lampu, manakala lorong kiri pula gelap gelita.

Sedang ralit dia berjalan sambil memerhati kawasan tersebut, sekali lagi bunyi derapan kaki kedengaran di sistem pendengarannya. Lantas kepala dikalih ke belakang. Alangkah terkejutnya dia apabila kedua lelaki tadi berjaya menemui dirinya semula.

Tanpa membuang masa terus saja gadis itu berlari secepat mungkin. Dahinya sudah basah kerana peluh. Teriak kan salah satu dari mereka dibiarkan.

BANG !!

Terjerit kecil gadis itu apabila salah seorang dari mereka melepaskan satu tembakkan dan terkena pada kakinya. Terduduk dia menahan kesakitan yang mula menjalar. Darah membuak buak keluar membasahi seluarnya. Setitik airmata nya jatuh ke pipi.

Dengan sedikit tenaga yang ada, dia menggagahkan diri untuk berdiri, Kaki di paksa berlari. Kakinya yang sakit tidak dihiraukan. Kepala sempat ditoleh ke belakang untuk melihat dua lelaki tadi. Syukurlah, mereka masih jauh darinya.

BUK !!

"Argh !" Gadis itu memejamkan, mata menunggu punggungnya mencium lantai. Namun matanya dibuka kembali apabila satu tangan memaut pinggangnya kemas. Kornea matanya dihiasi dengan wajah tampan seorang jejaka.

Dia.. dia langgar orangkah ?

"Kau buta ke ?" Apabila tubuh gadis itu sudah seimbang terus saja jejaka itu menyoal gadis itu dengan nada dingin.

Menyoal ke menyindir ?

"M–maaf Encik. Sa–saya tak senga–" Tidak sempat gadis itu mahu menghabiskan ujarannya, dengan tiba tiba saja dia jatuh pengsan, nasib saja jejaka tadi sempat menyambutnya.

"Woi ! bagi balik budak tu !" Jerit lelaki yang bernama Kaisen. Tercungap cungap dua lelaki itu.

Barangkali penat mencari dan mengejar gadis itu.

"Kalau aku tak nak ? korang nak buat apa ?" Senyuman sinis terukir di bibir jejaka itu.

Sengaja menguji kesabaran dua lelaki itu.

Pelukkan pada gadis yang pengsan itu di eratkan lagi. "Kami minta secara elok. Bagi balik budak tu !" Ujar Jans pula. Nada suaranya kegeraman.

"Macam ni ke minta secara elok ?" Senyuman mengejek di tayangkan. Kedua lelaki itu mengetap gigi. Tiba tiba, datang lima orang lelaki berpakaian serba hitam dan memakai topi di kepala.

"Boss !" Dua lelaki tadi membongkokkan tubuh mereka ke arah bossnya yang datang bersama dengan anak buah yang lain. Lelaki cina yang digelarkan sebagai 'boss' itu datang mendekati jejaka yang memeluk gadis itu.

"Tengku Damien Naufal, give that girl." Arah lelaki cina yang bernama Theong itu. Tengku Damien tersenyum sinis.

"If I don't want to ?" Sengaja Tengku Damien mencabar kesabaran lelaki cina itu. Theong mengetap giginya sehingga menghasilkan bunyi.

"Aku ulang, bagi balik perempuan tu." Keras nada suara lelaki cina itu menutur ayatnya. Tengku Damien memandang sekilas wajah pucat gadis yang pengsan di dakapannya.

"This girl will be mine" Serentak itu Tengku Damien memetik jarinya, dan muncul salah satu anak buahnya, Khai bersama satu beg besar berwarna hitam yang berisi wang tunai sebanyak RM500 000 .

Beg itu bertukar tangan. Dengan senyuman sinis, Tengku Damien melemparkan beg itu tepat di hadapan Theong. Kemudian Tengku Damien berpaling sedikit ke arah Khai yang masih utuh ditempatnya.

Tengku Damien membisikkan sesuatu pada Khai. Khai mengangguk sekali dan beredar. Mata kembali menatap wajah Theong yang tersenyum lebar melihat duit duit yang banyak itu.

"Now she's mine, jangan jau berani nak ganggu dia lagi" Penuh dingin dan sinis jejaka itu menutur ayatnya. Theong mengangguk.

"Baik, aku tak akan kacau kau dan dia lagi.." Senyuman Theong semakin melebar. Arahan diberi kepada anak buahnya melalui mata. Anak buahnya yang faham akan isyarat tersebut terus saja beredar.

Tengku Damien memandang ke arah wajah pucat gadis yang berada di dakapannya itu. Tubuh kecil itu dicempung perlahan apabila kereta Audi rs7 muncul di hadapannya.

Khai membantu membukakan pintu di bahagian penumpang. Diletakkan gadis itu dengan perlahan. Matanya tertancap pada kaki kiri gadis itu.

Tangan diseluk ke kocek seluar dan mengeluarkan satu kain. Kain itu diikatkan pada kaki gadis itu supaya darah tidak terus menerus keluar.





tbc

done update ! 💋 maaf jika ada kesalahan ejaan atau tatabahasa. Typo ? mohon ditegur 🙏🏻 maseh

BABYGIRL || TENGKU DAMIEN NAUFAL (SU)Where stories live. Discover now