BAB 8

385 19 1
                                    

"Mien ku sayang ~" Suara manja terhasil di bibir Adrian. Wajah juga dibuat-buat comel. Tengku Damien menjeling. Adrian dengan selamba duduk bersebelahan dengan sahabatnya itu, di geselkan tubuhnya kepada Tengku Damien. 

"You tak rindu I ke, baby ?" Bawah bibir di gigit manja. Rawr. Kepala Adrian di tolak kasar oleh Tengku Damien, jijik dia melihat wajah Adrian yang sengaja dibuat manja itu. Jika bukan sahabatnya, sudah lama dia tembak sampai mati. 

"Jijik. Apa yang aku minta kau ada bawak ?" Tengku Damien mengabaikan Adrian yang memeluk tubuh sambil mulut di muncungkan ke hadapan. Hendak merajuklah tu. 

"Adrian." Keras nada suara Tengku Damien apabila Adrian bertindak mengabaikan pertanyaannya, Adrian berdecit. Satu sampul di keluarkan dari kocek kemeja hitamnya. Sampul itu diberikan kepada sahabatnya. Dan Secara tiba-tiba mata Adrian bersinar. 

"Siapa perempuan tu, Mien ? Cantiklah !" Tubuh di dekatkan lagi pada Tengku Damien. Tengku Damien pula mengabaikan. Sejujurnya, gadis itu benar-benar cantik. Bermata hazel dan mempunyai rambut ikal mayang. Tubuh ramping, wajah putih kemerahan, kulit yang lembut. Semua sempurna lah baginya.

Sampul dibuka, sehelai kertas yang mempunyai maklumat tentang Diana dibaca dengan teliti.

Name: Diana Natasha binti Isaac
Age: 19 years old
Status: Single
Blood type: A
Height: 158cm

Eye colour: Hazel

Ibu bapa meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan. 

Tengku Damien mengangguk. Puas hati dengan kerja yang di buat oleh Adrian. Sememangnya boleh di handalkan. Kertas itu disimpan semula ke dalam sampul. Dia mahu simpan maklumat tentang gadis itu.

"Okay, kau boleh balik." Dingin. Adrian mencebik bibir. Kepala di gelengkan tanda tidak mahu. Tubuhnya digeselkan lagi pada Tengku Damien. 

"Jawablah soalan aku ~ siapa perempuan tu ?" Wajah sengaja dicomelkan. Kedua tangannya dilekapkan di pipi. Sekali lagi Tengku Damien menolak kasar wajah Adrian yang semakin dekat dengannya. Jijik pula dia dekat-dekat begini. 

"Tak ada siapa." Adrian memuncungkan bibirnya. Tak apa, lambat atau cepat dia akan tahu juga. Adrian bangun, dapur dituju. Peti ais dibuka, mata meliar-liar seperti mencari sesuatu. Pintu peti ais ditutup. Tiada apa yang boleh dimakan, semuanya makanan mentah. 

"Bosanlah rumah kau ni," Adrian kembali duduk disebelah Tengku Damien dengan wajah masam. Tengku Damien tidak membalas, jejaka itu sibuk dengan komputer ribanya. Adrian mendengus, tidak suka dirinya diabaikan. 

Tengku Damien menutup komputer ribanya kemudian di letakkan di atas meja. Jejaka itu bangun dari duduknya, wajah merajuk Adrian di pandang. 

"Berambus, aku nak keluar." Mata Adrian bersinar, senyuman lebar mula terukir. Dia juga turut bangun dari duduk. 

"Kau nak pergi mana ?" Langkah Tengku Damien diikuti. 

"Rumah Mama."









"Assalamualaikum !! Ada orang kat dalam tak ? Aku kat luar ni !" Adrian menjerit memberi salam di hadapan rumah keluarga Tengku Damien. Seketika Adrian mendesis sakit apabila kepalanya diluku oleh Tengku Damien. Di gosok kepalanya yang sakit sambil memuncungkan mulut. Di dalam hati sudah di sumpah seranah sahabatnya itu. 

Pintu rumah itu terbuka dari dalam. Wajah Tengku Hanania Aleeya bersama senyuman tipis muncul disebalik pintu. Adrian yang melihat pintu sudah terbuka, terus saja meluru masuk. Tengku Damien hanya mengeleng. Kekura tangan Mamanya dicium lembut. 

"Baru nak balik ? Agaknya kalau Mama tak suruh kamu balik mesti tak nampak langsung batang hidungnya" Sindir Mama perlahan. Mengeleng dia apabila melihat sengihan kecil anak sulungnya ini. 

"Mama !! Tak ada makanan ke ? Ad lapar" Entah muncul darimana, tiba-tiba saja Adrian mengadu lapar disebelah Tengku Hanania. Mengeleng dia melihat sahabat anaknya yang sudah dia anggap sebagai anak sendiri itu. 

Adrian membuat wajah kesiannya sambil tangan mengelus perut. Bibir jejaka itu tercebik. Tengku Damien menjulingkan biji matanya. Menyampah. Dia kalau lapar pun tidak begitu. 

"Alahai kamu ni,, lapar aje memanjang" Wanita itu melangkah ke arah dapur diikuti Adrian. Yum ! Mama masak sedap ! 

Tengku Damien bergerak ke ruang tamu, dilihat Papanya, Tengku Nufael Harraz sedang menonton rancangan televisyen. Dia melabuh duduk di sofa single. 

"Papa tak kerja ke harini ?" Tengku Nufael memandang anaknya kemudian mengelengkan kepala. Tidak perasan pula anak terunanya berada disitu. Kusyuk sangat menonton filem yang ditayang di televisyen sehingga tidak sedar. 

"Bila kamu sampai ?" Soal Papanya. Cawan yang berisi air teh itu dicapai kemudian diteguk sedikit. 

"Baru je sampai" Balas Tengku Damien. Tengku Nufael hanya mengangguk. Tidak lama kemudian, Mamanya muncul bersama secawan teh suam. Diletakkan cawan itu di atas meja berhadapan dengan Tengku Damien. Ucapan terima kasih diberikan kepada Mamanya bersama senyuman tipis. 

"Adrian mana ?" Di sisip sedikit air teh selepas dia bertanya. Wajah Mama dipandang. 

"Ada kat dapur tu, tengah makan. Katanya tak makan dari pagi" Tengku Damien mengangguk faham. Biarlah sahabatnya itu, asalkan dia tidak menganggu dan asyik mengadu lapar sudahlah. 


TBC 
Jika ada typo, kesalahan ejaan dan tatabahasa mohon ditegur~

BABYGIRL || TENGKU DAMIEN NAUFAL (SU)Where stories live. Discover now