BAB 51

3.3K 199 2
                                    

Ada banyak punca mual dan sakit perut. Antaranya keracunan makanan, kesan ubat ataupun cemas dan panik.

Erina ingatkan penyakit mualnya malam tadi kerana salah satu punca itu. Yela, mual tak semestinya pregnant, kan? Haha. Itulah yang Erina sangkakan sampailah pagi ini.

Edrian dan Erina membuat keputusan untuk ke hospital pagi ini. Selepas beberapa jam melalui proses rawatan di pusat gynecologist, Erina dan Edrian keluar dari bilik doktor.

Mereka berdua berdiri kaku di hadapan pintu itu. Kemudian, perlahan-lahan mereka memandang satu sama lain. Edrian dan Erina menutup mulut serentak lalu mereka berpelukan erat.

"Ya Allah, is this...Cupcake, is this real?"

Erina yang turut terkejut tidak tahu reaksi apa yang dia patut beri. "It...it is true, right? Takkan la doktor nak tipu pulak...kan?"

Edrian menjarakkan diri dengan Erina kemudian dia memegang kedua pipi gadis itu. Dia terasa mahu menangis. Senyumannya melebar.

"I love you, cupcake. I'll take care of you. Don't worry, okay? We got this."

Erina tidak mampu berkata-kata. Dia hanya mampu mengangguk. Air matanya mengalir membasahi pipi. Dia tak sangka saat ini akan tiba secepat ini.

Erina gembira namun dia juga sangat takut. Pelbagai kemungkinan bermain di fikirannya sekarang. Semoga semuanya baik2 saja.

*    *    *

"Alhamdulillah, tahniah Erina, Edrian!"

Erina hanya tersenyum melihat ahli keluarga Dato syukri mengucapkan syukur dan tahniah kepada mereka. Ain dan Nurul segera memeluk Erina erat. Dato Syukri pula kelihatan sangat gembira dengan berita yang mereka sampaikan itu. Patutlah mereka mengumpulkan semua orang di ruang tamu selepas pulang dari hospital.

Erina memegang perutnya. Rupanya si kecil ini sudah sebulan berada di dalam perut Erina namun baru sekarang Erina merasai simptom2 ibu mengandung seperti malam tadi.

Rosalina dan Eva yang duduk di atas sofa hanya berdiam diri. Rosalina kelihatan sangat membenci berita itu. Wajahnya keruh. Dia mendengus lalu berlalu pergi dari situ. Tiada ucapan tahniah pun untuk Edrian dan Erina padahal itu cucu pertamanya.

Namun Erina dan Edrian hiraukan saja. Mereka sudah biasa dengan perangai Rosalina. Dibiarkan saja wanita itu pergi.

"Edrian, jaga Erina baik2 ya." Nasihat Dato Syukri sambil menepuk bahu Edrian.

Edrian mengangguk faham. "Baik, ayah."

"Erina, kamu pulak jaga diri. Kamu okay ke? Ada sakit tak?" Soal Dato Syukri prihatin.

Erina hanya menggeleng dengan senyuman. "Erina okay je, ayah. Ayah jangan risau ya."

Dato Syukri mengangguk. "Baguslah. Nanti jangan lupa sampaikan berita gembira ni kat Daud dan adik2 kamu kat Mahligai Zaaba."

"Baik, ayah."

Dato Syukri berlalu pergi dari situ dengan senyuman yang tak lekang. Dia teruja untuk menimang cucu keduanya. Selepas ini Aliya bakal ada kawan untuk bermain.

*     *     *

Malam itu Rosalina dan Eva sedang berada di bilik bacaan yang jarang digunakan orang. Rosalina seperti cacing kepanasan dan berjalan ke sana sini sejak tadi.

Eva yang sedang duduk di atas sofa rimas melihat mamanya itu berulang-alik seperti itu. Dia menghiraukan mamanya lalu kembali bermain telefon.

"Eva, we should do something!" Marah Rosalina tiba2.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now