BAB 52

2.9K 189 1
                                    

Erina meneruskan rutin hariannya seperti biasa. Bangun pagi, kuliah, balik rumah dan ulangkaji untuk exam yang akan tiba tak lama lagi. Semuanya seperti selalu. Cuma bezanya kali ini dia membawa si kecil di dalam perutnya bersama ke mana2 saja.

Edrian melarang Erina melakukan kerja berat, maka Santi yang mengambil alih semua kerja di rumah itu. Memasak, mengemas, basuh baju. Erina hanya bantu sikit2 saja.

Erina mengaku agak sukar untuknya bergerak ke mana2 sejak kebelakangan ini. Kerana dia kerap mual dan sakit2 badan. Maka dia akan mengelak jika kawan2nya mengajak keluar bersama. Berada di dalam kelas saja sudah menyukarkan bagi Erina.

Kadang Erina terasa sangat penat. Dia hanya mahu berehat dan tidur saja. Edrian faham akan keadaan isterinya itu maka dia selalu memastikan Erina dalam keadaan selesa.

"Cupcake, how's your day? You ada sakit2 tak harini?"

Soalan Edrian hanya kedengaran prihatin itu membuatkan Erina menoleh ke arahnya. Mereka baru saja balik ke rumah. Edrian yang menjemput Erina di Universiti sejak kebelakangan ini.

"Okay je. Saya penat la. Saya nak rehat dulu." Balas Erina, tidak bermaya.

Edrian mengangguk faham. "Okay, cupcake. You should rest."

Erina melangkah menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas dengan badan lesu. Edrian pula kesian melihat keadaan isterinya. Doktor ada berpesan ibu mengandung ni sensitif dan mudah penat. Maka jangan biarkan mereka terlalu stress.

Memandangkan Erina kerap tidur sejak dia mengandung, Erina dan Edrian jarang bercakap. Hanya perbualan ringan saja. Erina juga kerap hilang mood dan kadang2 mudah marah. Maka Edrian tidak akan mengganggu gadis itu selalu.

Edrian tidak kisah dengan semua itu asalkan isteri dan anaknya sihat. Demi mereka, dia sanggup bersabar dan melakukan apa saja.

* * *

"Erina, about the report..."

Ayat Nafisa tergantung apabila dilihatnya Erina tidak memberi perhatian. Gadis itu hanya menunduk ke bawah sambil menulis sesuatu. Mereka sedang melakukan assignments di taman mini yang menyediakan meja belajar.

"Erina?" Nafisa memegang lengan Erina.

Erina segera mengangkat wajah menatap Nafisa. "Yes? Sorry, did you say something?"

"Err, the report..."

"Oh, I almost done my part. I'll give it to you later." Balas Erina.

"Oh, okay. No rush. We still have plenty of time."

Erina hanya mengangguk faham lalu kembali menulis di atas kertasnya. Nafisa hanya mampu memandang Erina dengan wajah sayu.

Entah kenapa sejak kebelakangan ini Erina banyak berdiam diri. Dia tidak seperti selalu. Nafisa dan Blanca risaukan Erina namun mereka sudah terlalu banyak 'menyibuk' dalam masalah hidup gadis itu sebelum ini. Mereka takut Erina rasa tidak selesa pula jika mereka bertanya.

"Girls, I've got the coffee."

Blanca yang pergi membeli kopi untuk mereka bertiga kembali sambil memegang tiga americano di tangan. Diberinya kopi itu kepada Nafisa dan Erina namun Erina kelihatan serba salah untuk mengambilnya.

"Erina? Why? Don't you like americano?"

Erina menggeleng. "Err, sorry Blanca I don't really drink coffee. I should've told you before."

Blanca terkejut mendengar kata2 Erina. "Oh, sorry. Don't worry. I will just give it to Theo then. He's a caffeine addict."

Erina hanya tersenyum sedikit. Sebenarnya dia boleh saja minum kopi. Namun, Erina ada baca bahawa ibu mengandung tidak digalakkan meminum kopi secara berlebihan. Maka Erina rasa sebaiknya dia elakkan. Sejak dia mengandung, banyak perkara yang Erina tidak boleh buat.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now