BAB 54

3.5K 252 20
                                    

Hujung minggu itu Edrian membuat keputusan untuk duduk di rumah dan menemani Erina. Mamanya ada mengajaknya keluar namun Edrian menolak. Dia mahu bersama isterinya. Sekurang-kurangnya, jika apa2 terjadi, Edrian ada di situ.

"Erina, you nak makan apa2?"

Edrian yang menjenguk Erina di muka pintu biliknya dipandang sekilas oleh Erina. Gadis itu sedang menaip sesuatu di dalam laptop. Erina hanya menggeleng perlahan.

"Tak nak." Balas Erina ringkas.

Edrian kecewa sedikit kerana isterinya masih dingin namun dia kekal positif dan menuju ke dapur. Hari ini Edrian mahu membuat ayam masak kicap. Malam tadi dia meminta Ain mengajarnya cara memasak makanan itu dan ternyata tidaklah terlalu sukar.

Mimi pula duduk di kerusi dapur, menemani Edrian yang sedang memasak. Sesekali Edrian mengusap kepala Mimi kerana geram dengan kecomelan kucing itu.

"Aduh!"

Edrian yang sedang memotong bawang dengan tidak sengaja terhiris jari telunjuknya. Dia segera membasuh luka itu lalu menampalnya dengan plaster. Kemudian, Edrian sambung memotong bahan2 masakan.

Selepas itu, Edrian menumis kesemua bahan itu di dalam kuali. Dia mengambil sudip lalu dikacau bahan2 di dalam kuali itu.

"Oww!"

Tiba2, pergelangan tangan Edrian terkena kuali yang panas itu. Dia segera berlari ke singki lalu melalukan air di atas tangannya. Kemudian, dia mengambil pembalut lalu dibalut pergelangan tangannya.

Edrian duduk di atas kerusi lalu mengeluh panjang. Susah rupanya kerja memasak ini. Disebabkan dia tidak biasa, habis luka2 tangannya. Bagaimanalah Erina masak setiap hari? Tiba2 dia kesian dengan isterinya itu. Selepas ini Edrian perlu selalu membantu Erina di dapur.

Edrian kembali bersemangat untuk memasak. Erina sentiasa masak untuknya. Maka, kali ini biar dia pula yang masak untuk Erina.

"Aduh, aduh!"

Edrian memegang lengannya yang tidak sengaja terlanggar bucu meja kerana terlalu bersemangat. Dia berkerut kening.

"Okay, maybe I should calm down a bit."

* * *

"Mimi, I did it."

Mimi di sebelah Edrian mengiau apabila lelaki itu menegurnya. Edrian pula tersenyum lebar kerana ayam masak kicapnya menjadi. Sangat sedap, sama seperti yang Erina selalu masak. Edrian terasa bangga dengan diri sendiri.

"It's so hard...but it's worth it."

Edrian menanggalkan apron lalu menuju ke bilik Erina dengan segera. Mana tau isterinya itu mahu makan sekarang. Erina tidak makan dari pagi lagi. Gadis itu enggan makan bersamanya sejak kebelakangan ini.

Sebaik saja tiba di bilik Erina, dilihatnya gadis itu tertidur di atas meja. Di hadapannya laptop masih terbuka dengan lebaran assignments di skrin. Edrian mengeluh sedikit melihat isterinya sudah tidur. Dia tidak mahu menganggu Erina berehat.

Edrian menutup pintu bilik perlahan-lahan agar Erina tidak terjaga. Erina jarang dapat tidur lena sejak mengandung. Maka setiap kali Erina dapat tidur adalah saat berharga buat gadis itu.

Edrian menuju ke ruang tamu lalu duduk di sofa. Dia menyandarkan kepala di sofa sambil menghadap siling. Mimi pula datang dan duduk di atas ribanya. Edrian mengusap Mimi sambil melayan perasaan.

"It's tiring."

Tetapi Erina lebih penat.

"It's hard."

Tetapi ia lebih sukar buat Erina.

"It hurts."

Tetapi Erina lebih terluka.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now