Part 10

694 44 0
                                    

Tangan bayi kecil digengam erat oleh tasnim. Sayup mata kerisauan terhadap anak kecil itu, jarum ditangan kirinya dipandang, pasti ayden sakit sangat dia perlukan mama dia. Rambut anak kecil itu diusap, tidur nyenyak ye sayanh esok ayden bangun Insyaallah sayang dah sembuh.

Botol mineral dihulurkan dihadapan muka tasnim terhenjut sedikit bahunya.

"Ambik lah kau tu penat dari tadi lagi tak tidur." Pesan Rayyan.

Botol digapai lambat lanbat.

"Terima kasih"

"Tidur lah dekat sofa tu Ayden biar aku jaga"

"Saya tak ngantuk, takpelah awak jelah duduk situ" jawab Tasnim. Sumpah nagntuk dia hilang kerana ketakutan kerisauan menyelubungi dirinya dia takut jika ada apa apa terhadap ayden. Ayden adalah tanggungjawabnya dia tidak bahu lepas tangan begitu sahaja.

Kring kring

Dering telefon tasnim membuatkan perbualan mereka mati.

"Saya jawab dulu, awak tengok tengokkam ayden takut dia terjaga" pinta Tasnim sebelum melangkah keluar dari bilik wad.

Kerusi disebelah katil ditarik perlahan punggunh dilabuhkan, dia melihat wajah anaknya seperti betul betul nyenyak dia tidur . Kerana tak mahu menganggu Rayyan menghilangkan bosanya dengan bermain phone.

"Assalamualaikum, ye adik ada apa adik call kakak ni?" Tanya Tasnim.

"Waalaikumsalam, kakak dekat hospital ke ?"

"Mana adik tahu ?"

"Mama bagitahu, mama tahu dari Mommy Abang rayyan baru je tahu, macam mana baby ok ?"

"Baby ok tak payah risau lah, bagitahu mama tak payah risau tak ada apa lah," jawab Tasnim sedikit tenang walaupum hatinya tidak tenang.

"Ok lah kalau macam tu, Assalamualaikum kak"

"Waalaikumsalam" panggilan ditamatkan. Kaki melangkah masuk semula kedalam bilik wad.

Terlihat rayyan duduk disamping Ayden, kerana tidak mahu menganggu Tasnim terus melabuhkan punggung disofa, sehingga lah dia tidak sadar dia terlelap disofa tersebut.

Cahaya yang menembusi tingkap sehingga menganggu tidur tasnim, terbuka perlahan lahan kelopak matanya digosok perlahan matanya lalu bangun dari baringanya. Terlihat selimut putih membaluti dirinya perlahan tubuh digerakkan tersentak bahu melihat sekujur tubuh berdiri dihadapanya.

"Dah bangun ?" Tanya rayyan datar.

"Pukul berapa sekarang ? Kenapa tak kejut saya subuh tadi ?" Orang tanya dia dia pulak tanya balik.

"Bukan aku tak kejut nasib aku tak jirus air je, kau penat sangat tu tadi malam kau tidur lewat. Takpelah pergi ganti solat tu cepat." Kata rayyan.

Tanpa berkata apa apa tasnim bangun dan berjalan ke arah toilet. Dibiarkan gadis itu meneruskan kerjanya dia hanya setia menemani ayden yang masih terbaring lemah diatas katil hospital.

Kepala ditoleh ke kanan kemudian ditoleh kekiri, tangan juga terus meraup wajah dengan lembut. Kedua tangan ditadah sebelum memohon doa. Selesai sahaja tali telekung yang terikat dikepala ditarik kemudian dibuka perlahan. Kaki mengorak langlah masuk kedalam bilik wad.

"Awak" kepala Rayyan tertoleh perlahan kearah Tasnim yang berada dibelakangnya. " kalau awak nak pergi office pergilah, saya bole jaga Ayden lagipun nanti adik saya datang hantar kereta"

"Tak apalah ini tanggung jawab aku nak jaga ayden" jawab Rayyan.

"Ok lah kalau macam tu saya ikut je, awak pergi breakfast dulu saya nak siapkan ayden bagi dia makan lagi." Pinta Tasnim.

"Hmm aku turun dulu, kau nak apa apa ?"

"Saya nak hot choclate boleh ?" Pinta Tasnim hot choclate adalah minuman kegemaran sejak dia kecil lagi. Dulu arwah papanya selalu menyiapkan hot choclate sebelum kesekolah tersenyum nipis tasnim teringat kenangan itu.

Kepala dianggukkan lambat lambat sebelum dia keluar dari bilik wad.

Bayangan lelaki itu semakin hilang dari pandagannya.

"Ayden cepat sembuh sayang, kakak rindu nak main dengan ayden," bisik perlahan tasnim. Tangan mula membelai perlahan kepala anak kecil itu hanya senyum segaris ditayangkan.

Suasana hening hanya suara kipas yang meriuhkan keaadaan itu.

10 minit sudah berlalu

Ketukan pintu memecahkan sunyi, dia sudah tahu siapa yang akan masuk kepala tidak ditolehkan.

"Nah, hot chocolate" tangan yang membawa secawan hot chocolate dihulurkan.

"Terima kasih" balas Tasnim.

"Sama sama".

"Erm Tasnim kalau kau nak balik pergilah balik, tapi nanti malam datang balik boleh,aku ni mana tahu sangat jaga budak kecil dekat hospital." Sambung Rayyan lagi.

"Saya takkan balik saya nak jaga rayyan, saya taknak awak susah." Balas Tasnim dengan tenang walaupun hatinya dihurung kerisauan dengan keadaan ayden.

"Ok lah kalau macam tu."

Hari sudah pun larut malam kepala disandarkan disofa leher diurut perlahan, ikatan rambut perlahan dilongarkan.

'Arghh penatnya' getus hati Tasnim walaupun seharini tak buat apa apa tapi penat sangat. Ye penat duduk je teman ayden tak tahu nak buat apa. Nak borak tak tahu nak borak dengan siapa encik rayyan yang terhormat tu sehari menghadap laptop je. Main dengan Ayden, budak tu mana boleh main pun terbaring je atas katil lepastu makan lepastu tidur balik. Main phone kalau tak scroll tik tol scroll instagram. Arghhh boring gile wehh.

"Erhmm" lamunan Tasnim mati kerana suara garau Rayyan memecah digegendang telinga tasnim.

"Jauh termanung. Nah selimut untuk kau aku nak pergi surau kejap." Kata rayyan.

"Ermm rayyan, saya nak ikut boleh saya belum solat isyak, tak apa saya boleh panggil nurse untuk tengok tengokkan Ayden." Jawab Tasnim.

Hanya anggukkan kepala membalas kata kata Tasnim.

Sesampai sahaja disurau kasut ditanggalkan kaki laju melangkah kearah tempat mengambil air wudhuk. Hanya ruagan yang memisahkan rayyan dan tasnim.

"assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh" kepala ditolehkan kekiri, tangan mengusap seluruh wajah tanpa berlengah kedua tangan terus diatadahkan untuk berdoa.

Tanpa sengaja langsir dihadapanya sedikit terbuka dikeranakan angin kipas yang meniup. Mata terus sayup melihat kelibat seseorang yang tidak asing. Senyum kecil ditayangkan. Entah apa yang menyadarkannya dengan pantas mata dikelipkan dan ditoleh kearah lain.

"Astagfiruallah tasnim apa kau tengok ni" getus tasnim perlahan. Tali telekung yang terikat dikepala lantas dibuka dan dibuka laju kain telekung tersebut. Setelah selesai tasnim melangkah keluar dari ruangan solat perempuan, kepala yang ditundukkan lantas terangkat setelah berhadapan dengan orang yang tidak asing diamatanya.

"Awak-a" gugup seketika tasnim.

"Dah siap ?" Tanya Rayyan.

"Haa ? O-ouhh dah jom" jawab Tasnim gugup lalu kaki laju dilanglahkan. Rayyan yang biasa sahaja hanya membuntuti langkah Tasnim.

"Shuitt.. ayden jangan nangis macam ni sayang" bahu kecil ayden diusap perlahan.

"Ayden kenapa ni ?" Tanya Tasnim lantas tasnim mengambil ayden dari pangkuan nurse tersebut. Tangisan ayden mula merede .

"Maaf puan tadi dia nangis saya tak tahu dia nak apa. Sebab saya bagi susu tak nak lepas saya dukung lagi dia nangis." Terang nurse tersebut.

"Tak apa." Jawab tasnim.

"Terima kasih nurse dah tengokkan anak saya" sambung Rayyan.

"Sama sama, kalau macam tu saya mintak diri dulu Assalamualaikum" perlahan kakinya dilangkahkan keluar dari bilik.

"Waalaikumsalam" jawab serentak tasnim dan rayyan.

Rayyan Ezrashah  ||OGWhere stories live. Discover now