Ofis

0 0 0
                                    

"Kamu perlu masuk department baru" bossnya meletakkan sepucuk surat pada atas meja hafsa. Jarinya yang laju menekan pada papan kekunci terus terhenti.

Wajah bossnya dipandang. "Kenapa saya pindah department?" Hafsa menggaru kepalanya. Ramai lagi pilhan dan calon yang terbaik dalam department ini.. kenapa dirinya juga dipilih.

"Ay? Awak tak nak naik gaji ke?"

"Uish.. takkan lah tak nak tapi kalau gaji menaik tapi kerja berkurang lagi saya suka" tawa bossnya pecah. "Awak muda lagi hafsa... awak boleh pergi jauh.. ini once in a lifetime offer tahu?" Bossnya mencekak pinggang.

"Eish tapi saya rasa macam tak layak"

"Hmm ye la... yang berderet deret orang nak kerja dengan awak tu?" Bossnya mengangkat kening.

Mau lawan sama wa?

Hafsah sengih sendiri. "Ah tak ada tapi.. terima atau tidak, esok kamu pindah demi kebaikkan awak.. gaji pun naik" bossnya terus berlalu. "Mekasih boss!" Hafsa sengih tertayang barisan giginya.

Esok mulalah harinya di department baru.

Tidaklah indah dari khabar rupa.

Ye gaji naik tapi kelam kabut dia ya allah..

"Angkat calling tu cepat"

"Kita ada client untuk boss"

"Siapa yang in charge dengan projek ni??!!"

"Ah selamat datang.. awak hafsa kan?" Mata hafsa terus memandang si penegurnya. "Ah ye.. semalam dapat surat"

"Bukan sepatutnya seminggu atau lebih sebelum masuk ke?" Soalnya pelik. Hafsa ketawa untuk menutup rasa kebodohan sendiri. "Saya asyik busy dengan projek so peluang nak jumpa boss tu tipis.. semalam baru dapat"

"Ah biasa la tu.. oh yang kelam kabut tadi hiraukan eh.. minggu lepas big boss ada campak projek secara tiba tiba and projek tu almost lost"

"Ah.." hafsa mengangguk. Gementar pula rasanya.. begini sekali department ini ditugaskan. "Dia orang kata department ni department elite.. apa apa sahaja terus campak ke sini" dia mengeluh seketika.

"Tapi dia orang tak fikir perasaan kita ye dok" dia senyum pasrah. Hafsa senyum perit.

Permulaan hidup neraka dunianya.

Department Elite

Mr. Sun, shine on me!Where stories live. Discover now