Kopi

0 0 0
                                    

"Tu encik ahan" dia menjuihkkan bibir pada meja kosong. "Leader untuk department ni.. entahlah tapi dia sekarang makin sibuk sampai nampak macam hilang bini pun ada" dia menggeleng.

Maisara, boleh dikatakan pekerja terawal juga untuk department elite. Sungguh professional dia menerangkan sesuatu. "Tapi macam hilang bini pun hensem lagi" maisara menggeleng. "Aik?" Hafsa memandang maisara.

Kau biar betul usha laki orang?

"Dia single lagi.. boleh la ada beberapa minah dalam department ni usha usha dia.. bukan aku sorang je eh" maisara mengetip kertas menggunakan stepler. mata bersilih ganti memandang kertas dan hafsa.

"Mengaku eh kau" hafsa mengeluarkan fail yang perlu dia semak memandangkan dia juga terjerat untuk menyiapkan projek yang di'campak' oleh big boss. dalam masa yang sama dia perlu mengulangkaji projek sebelum ini.

Menyelam sambil minum air ajalah

"Kopi!" Pintu terus dibuka dari luar. Tiga orang pekerja memegang seperti cup holder. Semua beratur untuk mengambil kopi. "Meh hafsa.. eh kau minum kopi kan?" Maisara berhenti daripada terus berjalan.

"Minum la tapi tak apa ke?" Hafsa teragak agak untuk bangun dan mengambil kopi yang diedarkan. "Eish tak apa.. duit bigboss" maisara sengih dan hafsa turut tersengih.

Her smile is contagious.

"Nah maisara, americano dan... eh? Pekerja baru eh?" Dia henti dan memandang hafsa. "Ya.. hafsa baru semalam masuk" hafsa memperkenalkan diri. Lelaki itu menggaru kepalanya.

"Masuk semalam ke? Allah.. saya tak perasan.. tak apa awak ambik kopi saya.. awak minum latte?" Dia menyoal terus sahaja hafsa mengangguk lalu menggeleng.

"Eh tak apa ke? Saya boleh je beli lain" hafsa sebersalah terus diberhentikan dengan sekeping kad berwarna hitam yang dipegang lelaki itu. "This here.. our savior" dia mengangkat kening berkali kali

"Kad bigboss dia kasi utk beli makanan atau kopi untuk kita semua" melebar senyuman lelaki itu dan tergelak. Maisara turut sama.

"Kita habiskan duit bigboss jom"

"Apa lagi... ini lah masa untuk kenakan big boss"

"Big boss dengar.. habis gaji korang yang dibuat bayar kopi sepanjang projek" suara tegas menegur dari belakang mereka bertiga. Terus lelaki tadi dan maisara membeku. "ahh boss... ni kita ada pekerja baru" laju lelaki itu menukar topik. Dia menunjuk hafsa yang berura pergi bersama maisara.

"Ah saya baru masuk semalam, hafsa" hafsa memperkenalkan diri buat kali kedua. Wajah bossnya takut dipandang, tadi dia tegur memberi satu aura yang menyeramkan.

"Sorry tak sambut semalam-" telefon bimbitnya berbunyi kuat. "Kenapa?" Dia terus menyoal. Hafsa gelak perlahan menutup rasa janggal antara mereka berempat. "Demam?" Dia berdehem untuk menhilangkan risaunya.

"Ah ye saya datang" terus dia meletak panggilannya. "Saya ada emergency.. masukkan EL, man" dia memesan pada lelaki itu sebelum berlalu pergi dengan laju.

Lelaki itu menggeleng, maisara mengangguk. "Mesti umairah demam lagi" lelaki itu bersuara. "Anak buah dia" maisara sambung untuk hafsa yang tercengang.

"Dah jom.. kopi boss saya ambik" lelaki itu terus mencekau kopi yang belum dibuka. "Aaa cappuccino" dia mencebik. "Tukar la dengan saya.." hafsa menghulurkan airnya semula.

"Oh boleh boleh.. awak minum?" Hafsa mengangguk sahaja. Dia flexible bab kopi kecuali americano. "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 06, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr. Sun, shine on me!Where stories live. Discover now