~BAB 21~

69 6 3
                                    

Bunyi ketukan pintu menyedarkan Hellena dari alam mimpinya. Matanya terpisat-pisat bangun. Halwa telinganya jelas mendengar panggilan Mak Uteh di luar bilik.

Hellena bangun dari baringannya. Dia mencapai telefonnya. Berkerut mukanya mengamati jam berapa sekarang. Tertera pukul 6.00 pagi di layar telefonnya.

Awal lagi ni. Buat apa Mak Uteh panggil aku? Takkan nak ajak breakfast pagi-pagi buta macam ni?

Dia gagahkan jua melangkah ke arah pintu. Tombol pintu dipulas terbuka. Jelas wajah Mak Uteh yang berdiri di hadapannya. Telekung berwarna putih tersarung elok pasa tubuh wanita itu.

Mak Uteh melorek senyum.

"Hellena, dah bangun? Maaflah ganggu." Sapa Mak Uteh lembut terlebih dahulu. Takut gadis muda itu marah kerana menggaru tidurnya.

Hellena membalas senyuman Mak Uteh walaupun mata masih terkenyit-kenyit menahan ngantuk.

"Ada apa Mak Uteh?" Soalnya tertanya-tanya dengan suara mengantuk.

Bukan apa. Dia pelik kerana Mak Uteh mengetuk pintunya seawal pagi begini. Namun, hanya gelengan kecil diterimanya daripada Mak Uteh.

"Tak ada apa. Sekarang waktu Subuh dah masuk. Hellena dah solat?"

DUM!

Bagai panahan petir menyambar Hellena. Terkedu dengan soalan wanita berusia itu. Pantas dia tersenyum kekok. Canggung.

"Hell.. Hell cuti, Mak Uteh." Bohong Hellena. Tergagap-gagap dia menjawabnya. Dalam hati dia memaki dirinya.

Pagi-pagi dah buat dosa tipu orang! Kau ni, Hell...

Mak Uteh mengangguk faham akan maksud 'cuti' itu tersenyum lagi.

"Ohh, okaylah kalau macam tu. Maaflah, Mak Uteh tak tahu. Ingat nak ajak kamu solat sekali. Tak apalah. Mak Uteh pergi solat dulu, ya. Nanti breakfast Mak Uteh buatkan." Ujar Mak Uteh sebelum meninggalkan Hellena yang masih merasa bersalah.

Hellena menghantar kepergian Mak Uteh sehingga hilang dari pandangannya. Hampir 3 minit dia berdiri di hadapan pintu biliknya. Entah kenapa perasaan tidak senang hadir dalam hatinya.

Solat?

Dah lama aku tak solat.

Dirinya termangu-mangu di situ. Anak rambut yang serabut itu diselak ke tepi dan diselit belakang telinga. Pintu bilik ditutup semula.

Hellena membawa diri ke katil seraya merebahkan badannya. Dia merenung kosong syiling putih yang memenuhi kornea matanya. Habis hilang mengantuknya tadi. Rasa segar pula mata.

Sampai bila Hell kau tak solat?

Kau kata nak berubah?

Tapi, jumpa dengan Allah pun kau tak nak. Macam mana Allah nak tolong kau?

Bisikan-bisikan halus itu mula menerjang fikirannya. Hellena melepas keluhan halus.

Solat...

Solat...

Tapi, aku sendiri dah lupa macam mana nak solat. Yang aku ingat mandi wajib jelah. Itu pun sebab ustazah sekolah menengah pergi buat amali kat surau. Kalau tak, sampai sekarang aku tak ingat.


****

"Mak Uteh memang hari-hari tinggal kat sini sorang-sorang ke? Tak ada orang teman?" Hellena bersuara memecah kesunyian sambil tangan laju membantu Mak Uteh mengelap meja makan.

Sementara itu, Mak Uteh sibuk memotong sayur untuk dibuat masakan tengah hari di island table yang tidak jauh dengan meja makan.

"Tak adalah sampai hari-hari. Kadang-kadang tu, Mak Uteh akan balik tiga kali seminggu macam tu. Nak tengok anak-anak yang lain. Itu pun kalau diaorang balik, kalau tak balik Mak Uteh banyak habiskan masa dekat sini jelah. Jaga rumah ni sebab Daz sendiri yang amanahkan Mak Uteh untuk jaga rumah ni. Apa-apa yang berlaku Mak Uteh yang bertanggungjawab." Jawab Mak Uteh lembut.

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now