~BAB 24~

68 7 2
                                    

Fayyadh Dazrin merenung sekujur tubuh yang terlentang di atas katil hospital itu. Dia menatap sayu wajah pucat tak berdarah milik Hellena. Sejak kejadian letupan kereta tadi, sudah empat jam setengah gadis itu tidak sedarkan diri.

Dia menunduk wajah ke bawah. Lelah. Agak penat untuknya menguruskan hal yang berlaku hari ini.

Setelah pemeriksaan doktor sebentar tadi, Hellena hanya mengalami kejutan yang besar menyebabkan dirinya pengsan. Dan doktor memberinya suntikan ubat tidur agar gadis itu berehat.

REPLAY:

"Saya Inspektor Ghazi. Ketua pegawai yang in charged kes encik petang tadi." Seorang lelaki berpakaian lengkap kadet polis berdiri di hadapannya sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan sebagai salam perkenalan.

Fayyadh Dazrin menyambut dan bersalaman dengannya. Walaupun dia tak tahu apa pegawai polis ini mahukan darinya.

"Nama encik? Boleh saya tahu?" Soal Inspektor Ghazi bernada biasa.

"Fayyadh. Fayyadh Dazrin. Kenapa ya jumpa saya?" Fayyadh Dazrin menyoalnya hairan.

Tadi, dia sibuk menguruskan Hellena yang tidak sedarkan diri dan kejadian di restoran. Tiba-tiba, ada panggilan untuknya berjumpa dengan seseorang. Katanya mahu berjumpa secepat mungkin. Dan orang itu ialah Inspektor Ghazi!

Mujur saja Inspektor Ghazi menetapkan tempat pertemuan mereka di kafe hospital saja. Tak adalah kelam-kabut dia.

Inspektor Ghazi tersenyum nipis. Dia mengisyaratkan tangan kepada Fayyadh agar duduk dahulu. Dengan akur, Fayyadh Dazrin menarik kerusi di hadapannya.

"Tak ada apa. Cuma saya nak soal siasat pasal kes letupan kereta milik encik yang terjadi pukul 11 pagi tadi. Saya harap encik dapat bagi kerjasama dengan baik dengan pihak polis." Ujar Inspektor Ghazi ramah.

Terjongket kening Fayyadh. Soal siasat? Aku? Rasanya dia sudah laporan dan keterangan jelas di balai polis tadi.

"Itu bukan kereta saya. Tapi, kereta kawan saya sorang lagi. Sekarang ni, dia masih dalam wad tak sedarkan diri. Jadi, apa-apa kaitan dengan kes ni, encik boleh soal siasat saya sebagai saksi hanya di sini. Sebab lepas ni, saya perlu jaga kawan saya semula." Balas Fayyadh Dazrin. Tenang.

Inspektor Ghazi mengangguk kepala. Faham.

"Jadi, boleh saya mulakan siasatan?" Fayyadh Dazrin mengangguk kecil.

"Sebenarnya, encik dan kawan-kawan encik nak pergi ke mana? Bercuti?" Inspektor Ghazi mula menyoal. Serius. Riaknya mula bertukar dingin.

"Ya. Kitaorang memang rancang nak pergi bercuti di Cameron Highland lepas habis belajar. Dan kitaorang pilih tarikh hari ni untuk pergi. Tapi, lain pula yang jadi." Ujar Fayyadh Dazrin. Nadanya perlahan di akhir ayat.

"Berapa orang yang pergi termasuk encik?"

"Lima orang. Dua lelaki. Tiga perempuan."

Inspektor Ghazi mengangguk kecil. Sesekali dia mencatat sesuatu di buku nota kecilnya. Kemudian, dia mendongak kembali.

"Berdasarkan laporan encik sendiri, seorang lelaki dan dua perempuan terkorban dalam letupan kereta tu. Muhammad Ayyash Razi, Nur Najwa Fatia dan Nur Azila Natasha. Betul?" Laju pegawai polis itu menyebut satu persatu nama jiwa yang terkorban. Iaitu kawan-kawannya sendiri.

"Betul." Jawab Fayyadh yakin.

"Mereka bertiga kawan-kawan encik?" Soal Inspektor Ghazi dengan nada sangsinya.

"Ya. Kami berlima dah lama berkawan. Dah lima tahun sejak kitaorang berlima masuk universiti sama-sama."

"Encik cakap tadi, kereta itu milik kawan encik seorang lagi. Boleh bagi keterangan tentang kawan encik itu bagi pihak dia?" Pinta pegawai itu laju.

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now