♥︎ 2 ♥︎

42 6 0
                                    

Setelah selesai kelas , Ara pulang semula ke tempat duduknya. Dia tengah berfikir perlu ke dia tumpang lagi rumah sahabatnya itu atau pulang ke rumah keluarganya. Dia malas nak balik rumah nanti pasti ada berlakunya pergaduhan kecil diantara keluarganya dan dia . Bila difikirkan tentang masalah keluarganya itu buatkan dia mengeluh panjang .

"sampai bila mama , papa dan abang aariz nak marahkan Ara . Bukan salah Ara abang Haziq pergi . " Dengan laju sekali air mata mengalir di pipi mulusnya itu . Keluarganya itu seperti tidak dapat menerima qada' dan qadar Allah .

Ara teringat semula kejadian 5 tahun yang lepas ....

𝐅𝐋𝐀𝐒𝐇𝐁𝐀𝐂𝐊

"Ara! Sampai bila nak merajuk dengan abang Haziq hmm ? Betul abang terlupa bukanya sengaja. Abang keluar dengan kak Mira pun sebab kak Mira yang datang office abang . Balik-balik je baru teringat, tapi masa tu dah lewat malam" Haziq memujuk adik perempuannya itu . Bukan senang nak pujuk budak kecik ni .

Ara buat-buat tak dengar . Ya, sekarang ni dia tengah merajuk dengan abang keduanya itu kerana abangnya berjanji nak bawak dia pergi popular semalam . Tapi boleh pulak abangnya itu lupa dan keluar berjalan bersama kekasihnya (¬_¬)

" okay-okay , jom abang bawak Ara keluar nak ? " Haziq cuba memujuk adiknya lagi .

" sekarang ? Betul ni ? Tapi abang kena belanja adik banyak sikit eh , sebab abang dah sakitkan hati adik semalam . Kalau tak adik merajuk balik " Ara memandang abangnya itu dengan pandangan tajam . Eii nak je dia cekik-cekik abangnya itu .

" ye boleh adikku sayanggg . Dah pergi bersiap cepat "

Ara dengan laju bangun dan bergerak ke arah biliknya untuk bersiap-siap . Hohoho tak sabar nak pau abangnya itu (•̀ᴗ•́)و

Setelah mengambil masa 30 minit untuk bersiap , Ara turun ke bawah mencari kelibatan abangnya .

"abangg !!! Ara dah siappp . Jommmmm ! "

Haziq mengambil kunci keretanya yang berada dia atas meja makan itu lalu dia berjalan ke arah adiknya .

"jangan jerit-jerit Ara . Tak sopan , awak tu perempuan " Haziq menggelengkan kepalanya melihat karenah adiknya . Dia berjalan ke arah tempat parking kereta .

Semasa dalam perjalanan , Ara berasa tidak sedap hati . Dia dapat merasakkan akan ada sesuatu perkara buruk yang berlaku . Tapi dia pun tak tahu apa dia . Ara beristighfar di dalam hati . Semoga semuanya baik-baik sahaja .

Tanpa disedari Haziq , ada sebuah lori besar sedang menuju kearah keretanya . Lori itu seseolah sedang mabuk .

Haziq yang baru sedar akan kehadiran lori itu cuba mengelak tetapi malangnya tidak sempat.

"abanggg !! " jerit Ara

Bummm !! Bummm !! Bummm !!

Kereta yang dipandu oleh Haziq itu terbalik di jalan raya .

Ramai orang cuba membantu . Ada yang call ambulance , call bomba dan polis bagi mendapatkan bantuan .

Ara ketika itu sudah dalam keadaan kritikal tetapi digagahnya jugak untuk membuka mata . Dilihat oleh matanya sendiri abangnya terpelanting di jalan raya dan sudah tidak sedarkan diri . Air matanya laju mengalir . Dia takut kehilangan abangnya itu .

"abang " Ara cuba memanggil walaupun suaranya tersekat-sekat . Tidak lama selepas itu kepalanya berasa pening juga matanya kabur dan selepas itu dia sudah tidak sedarkan diri .

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈 Where stories live. Discover now