♥︎ 3 ♥︎

30 6 0
                                    

Matanya cuba untuk dibuka walaupun agak payah . Terasa ada sinaran cahaya yang memancar ke arahnya . Kepalanya yang terasa agak sakit itu dipegang .

Ara termenung seketika . Dia cuba untuk mengingati apa yang terjadi sehinggakan dia kini sedang terlantar di katil hospital siap berbalut bagai kepalanya ini .

"abang " Ara cuba memanggil walaupun suaranya tersekat-sekat . Tidak lama selepas itu kepalanya berasa pening juga matanya kabur dan selepas itu dia sudah tidak sedarkan diri .

Itu perkara terakhir yang berlaku . Setelah kejadian itu dia sudah tidak tau apa yang terjadi . Air mata Ara mengalir dengan laju . Apa yang terjadi dengan abangnya ?

Prikk !!!

Kedengaran pintu bilik wad dibuka oleh seseorang .

Ara melihat kelibatan keluarganya . Ada mama , papa dan abang Aariz . Tetapi mata mama kelihatan sembam . Ada apa-apa yang berlaku ke sehinggakan mama kelihatan begitu .

"puas hati kau sekarang ! " tempelak Aariz secara tiba-tiba . Tajam matanya memandang Ara .

" apa ni abang . Ara tak paham la " Ara kelihatan bingung . Kenapa abang dia nampak begitu marah kepadanya . Apa pulak salah yang dia buat .

"disebabkan kau , aku hilang Haziq . Dasar adik tak guna . Kenapa kau je eh yang tak matii ! "

Ara yang mendengar kata-kata abang sulungnya itu terkejut . Abang kesayanganya dah tinggalkannya ? Semakin galak air mata mengalir di pipinya kini . Tapi kenapa abang Aariz menyalahkan dirinya ?

"kenapa abang cakap macam tu . Adik tak buat apa-apa pun " tesedu-sedan Ara menangis .

"kalau kau tak buat perangai merajuk kau tu , Haziq takkan keluar dan semua ni takkan terjadi Ara ! "

Ara melihat mama dan papanya . Mereka memandangnya dengan pandangan tajam . Kenapa dia yang perlu dipersalahkan ? Bukan salah dia abang Haziq pergi . Apa yang berlaku adalah atas kehendak-Nya .

"sampai hati abang kata macam tu kat Ara . Ara tak salah dalam hal ni . Ara sendiri pun tak sangka benda ni akan jadi la . Kenapa kena salahkan Ara . Abang Haziq pergi atas kehendak-Nya . Abang pikir Ara tak de hati dan perasaan ke abang cakap macam tu ? Ara pun rasa kehilangan la abang ! Ara pun hilang abang Ara . Bukan abang sorang je ! " sakit hatinya apabila Aariz berkata sedemi kian .

" eyy perempuan . Aku tak nak tengok muka kau lagi lepas ni . Benci aku dengan kau ni . Dasar pembunuh ! " Aariz keluar dari wad bilik Ara .

Ara hanya memandang pemergian abangnya itu . Dia kemudianya memandang ke arah mama dan papanya .

"mama dan papa marahkan Ara ke ? "

" Aku tak nak tengok muka kau lagi lepasni dalam rumah aku " setelah puan Maria berkata begitu dia menarik tangan suaminya untuk melangkah keluar dari bilik wad itu .

Ara yang mendengar kata mamanya itu , rasa hendak jatuh terduduk . ' ya Allah , ujian apa yang kau berikan pada aku kini ya Allah . Aku tidak kuat ' . Ara menangis secara berterusan . Dia tak sangka semua ini berlaku dalam sekelip mata . Dia hilang abang kesayanganya juga keluarganya pula sudah bencinya .

𝐄𝐍𝐃 𝐅𝐋𝐀𝐒𝐇𝐁𝐀𝐂𝐊

Ya . Hanya disebabkan itu keluarganya membencinya sehingga kini . Ara mengelap air mata yang turun di pipinya itu .

' it's okay Ara . Just focus on yourself, career and future. don't think too much about negative things. always think positive things . ' Ara senyum sendiri . Walaupun diluar nampak dia gembira seperti tiada apa-apa masalah . Tetapi tiada siapa yang tahu isi di dalam hatinya itu .

Ara melihat jam tangan yang elok terletak dia pergelangan tanganya itu . Kini sudah berganjak 6 petang dan dia masih berada di dalam pejabat. Ara bangun dan kemaskan apa yang patut sebelum dia bergerak untuk pulang ke rumah .

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈 Where stories live. Discover now