i L u s i | 7

84 14 0
                                    

"WEY DARA!"Uwais yang muncul dari ruang tamu itu menepuk bahuku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"WEY DARA!"Uwais yang muncul dari ruang tamu itu menepuk bahuku. Aku yang sedang membasuh pinggan itu memandang tajam ke arahnya. Nasib baik bukan tengah basuh pisau, kalau tak pisau kena pada mukanya.

"Kau nak apa. Kalau datang sini nak menyibuk baik kau balik rumah kau. Kau bukan nak tolong aku basuh pinggan ni pun."

Uwais tersengeh sambil menggaru tengkuknya. Aku menutup pila air tatkala aku sudah selesai membasuh pinggan. Tangan dibawa untul dilap pada kain. "Kau nak apa?"Soalku balik.

"Esok weekend kan. Aku dengan Ara decide nak study kat rumah kau esok. Boleh?"

"Pukul berapa tu?"

"Dalam pukul 5 petang macam tu. Lepastu dia kata dia nak sleepover kat rumah kau."

"Dia tak bagitahu kat aku pun."

Uwais hanya mengangkat kedua-dua bahunya. "Entah. Tapi dia cakap kat aku macam tu."Aku hanya mengangguk lalu mata mencari kelibat Noah.

Mana pula dia tu?

"Apa jawapan kau?"

Aku fokus ke arah Uwais kembali. "Boleh je. Aku tak kesah. Bukan ada orang pun dalam rumah ni."

"Okay then, bye! Aku nak layan netflix jap."

Uwais mengorak langkah ke arah ruang tamu kembali untuk melayan anime yang dia menjeda sebentar tadi. Aku menghembus nafas lalu berjalan ke arah pintu rumah untuk keluar.

"Kau nak pergi mana Dara?"

"Cari Crystal!"

Uwais hanya membalas dengan anggukan sahaja. Di luar, mata memandang sekeliling. Mana Noah ni? Kemudian, langkah di bawa menuju ke sangkar milik Crystal. Senyuman manis terukir di wajah ku.

"Meow..."

Kat sini rupanya! Tanpa fikir panjang, aku terus berjalan ke arah Noah yang sedang bermain dengan Crystal. Orang kata tak pelik kalau kucing boleh nampak makhluk macam Noah ni.

"Kat sini rupanya kau."

Noah menoleh ke arah aku bersama Crystal dalam pelukannya. Aku membelai Crystal. "Noah. Esok Zara nak sleepover kat sini lepastu esok pukul 5 petang, aku, Zara, Uwais nak study together."

Kataku pada Noah. "Fatimah nak sleepover sini?"Aku angguk. "Kenapa?"Aku angkat kedua-dua bahu. "Taktahu. Uwais yang cakap. Entah betul ke tak aku pun tak pasti. Uwais tu kadang-kadang boleh jadi penipu juga."

Noah gelak. Sinar cahaya selalu muncul tatkala Noah gelak mahupun senyum. Alangkah indahnya jika orang lain boleh nampak betapa indahnya wajah milik Noah.

 N O A H Where stories live. Discover now