i L u s i | 22

61 9 0
                                    

NOAH yang baru pulang dari bersiar-siar itu melihat ke arah Dian yang baru sahaja melangkah keluar daripada rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NOAH yang baru pulang dari bersiar-siar itu melihat ke arah Dian yang baru sahaja melangkah keluar daripada rumah. Mukanya sedih. "Pasti ada something happened."Gumamnya perlahan.

Setelah Dian pergi dari situ, Noah dengan segera mengorak langkah ke arah pintu rumah untuk masuk ke dalam. Usai masuk ke dalam rumah, dia terus pergi ke arah bilik aku. Pintu diketuk dahulu sebelum dibuka.

Senyuman manis terukir di wajah kacaknya tatkala melihat aku yang sedang tidur terduduk bersandarkan katil. Kepala aku sudah terbalut tudung sarung hitam. Noah perlahan-lahan berjalan ke arah aku.

Badan aku diangkat lalu diletakkan di atas katil. Kemudian, dia melabuhkan punggung di atas lantai sambil mata memandang keindahan wajah perempuan di hadapannya. Tangannya dibawa mengusap pipi yang baru sahaja kering daripada basahan air mata.

"Kau menangis? Why? Dian sakitkan kau ke?"

Soalnya lembut. Wajah itu ditenung lama olehnya. "Cantiknya bidadari tidur."Ujarnya sebelum menghamburkan gelak. Dia melihat ke arah tingkap. Senyuman di wajarnya pudar.

"Dara, nampaknya langit pun sedih macam kau kan?"

Noah mengeluh lalu bangun. Dia berhasrat ingin keluar daripada bilik aku dan biarkan aku berehat. Tapi, sewaktu dia hampir berdiri, tangannya dipegang. Dia terkejut lalu perlahan-lahan menoleh ke arah aku yang masih lagi tertutup rapat matanya.

"Jangan tinggalkan aku lagi..."

BENAR tekaan Noah Kavindra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BENAR tekaan Noah Kavindra. Hujan mulai turun membasahi bumi. Dia mengusap wajahnya. Pemadam yang berjenama faber castle itu dicapai lalu digunakan untuk memadam lukisannya.

Aku yang sedang belajar sambil mendengar lagu itu menoleh ke arahnya. Dahiku berkerut. Dia ni berapa kali lukis dan padam? Tidak lama selepas itu, Noah koyak kertas daripada buku lukisan itu lalu dibuang ke merata tempat.

Dia menyentuh kepalanya. Sakit. Aku meletakkan buku nota di atas meja lalu dekatkan diri pada Noah. Fon telinga dicabut. "Noah..."Dia melihat aku. Matanya merah. Tidak seperti biasa.

 N O A H Where stories live. Discover now