Bab 12

436 28 1
                                    

Dengan sekali lafaz , Zarra sudah selamat menjadi isteri kepada Ariel Qriss , bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar

Ariel mula berjalan mendekati Zarra sebelum duduk disebelah isterinya

" Assalammualaikum , sayang abang " lembut nada suara Ariel berbisik ditelinga Zarra

" A-awak panggil saya apa ? " tergagap-gagap dia dibuatnya

" Sayang abang , sini dekat sikit , orang nak sarung cincin ni " Zarra perlahan-lahan mengesot sedikit mendekati Ariel disebelahnya

Tangannya dipegang sebelum Ariel menyarungkan cincin dijari manisnya , Zarra terus menunduk menyalam tangan Ariel , Zarra pula yang menyarungkan cincin kejari Ariel

Ariel terus memegang belakang kepala Zarra sebelum dahi milik Zarra diciumnya , Zarra rasa sekarang mukanya sudah mula membahang , apatah lagi mendengar usikan daripada tetamu

Ariel dan Zarra mula terpisah apabila mereka mula melayan tetamu-tetamu yang hadir

" Tahniah Zarra ! Tak sangka kahwin dah kawan aku " kawan Zarra yang bernama Tya itu memeluk Zarra sebelum melepaskan pelukannya

" Terima kasih .. aku pun tak sangka aku kahwin " terselit gelak halus dihujung ayatnya

" Hensem wey suami kau , untung lah " Zarra hanya menggeleng kepala mendengarnya

Wajah Ariel yang sedang berbual dengan kawannya dipandang , dia terus berjalan mahu pergi ke arah Ariel namun tiba-tiba sahaja Arya dan Maya muncul dihadapannya

" Kau dengar sini , aku takkan pernah anggap kau kakak ipar aku sebab kau tak layak , kau ni pun abang kahwin sebab simpati je " penuh senyum mengejek Arya kepada Zarra

" Saya yakin .. Ariel masih sayangkan saya .. awak patut sedar diri " kini Maya disebelah Arya pula mula menambah-nambah

Zarra hanya tenang , tahu bahawa dua orang dihadapannya ini hanya mahu sakitkan hati dia

" Kau patut tahu yang kau dengan abang aku takkan lama , korang takkan bahagia , sedar diri kau tu pun jijik aku tengok, asal dari keluarga yang entah apa-apa "

" Arya memang nak kena lempang lagi ke ? " terus terdiam Arya , Zarra memandang tajam wajah adik iparnya

" Awak tak ada hak nak pukul orang .. lagipun apa yang Arya cakap tu betul " Maya berdiri dihadapan Arya melindungi gadis itu

" Jadi ? Dia memang ada hak ke nak hina keluarga saya ? "

" Kalau itu dah hakikat terima jelah " Arya tersenyum sinis kepada Zarra , air mata Zarra sudah mula mengumpul didalam matanya

Zarra ternampak Encik Zahri yang baru sahaja mahu keluar daripada majlis itu , laju langkah Zarra mengejar bapanya , tidak dihiraukan Maya dan Arya

" Abah " lengan Encik Zahri dipegang , Encik Zahri pantas menepisnya

" Kau nak apa ? " kasar nada suara Encik Zahri

" Terima kasih sebab .. jadi wali untuk Zarra .. halalkan juga makan minum Zarra .. Zarra minta maaf kalau banyak manyusahkan abah .. Zarra sayang sangat dekat abah .. " dan air matanya laju mengalir , Encik Zahru merasa hatinya dijentik sesuatu apabila melihat air mata anak perempuannya itu

" Aku tak perlukan kau , cukuplah aku dah jadi wali kau untuk hari ni , kau jaga laki kau elok-elok " Encik Zahri terus sahaja berlalu keluar daripada majlis itu , Zarra melihat sahaja abahnya yang sudah jauh berjalan ke arah keretanya itu

" Sayang .. " suara lembut lelaki disebelahnya dipandang , Ariel memeluk bahu isterinya

" Kenapa nangis ? .. abah kan dah datang harini .. sayang patut gembira tahu .. bukan sedih " air mata Zarra dikesat menggunakan ibu jarinya

Zarra menunduk , dia pun tidak tahu dia sedih kerana Encik Zahri ataupun kata-kata Arya dan Maya tadi ..

" Dah jangan nangis .. jom duduk dengan abang , kawan-kawan abang ada dekat situ juga , jangan risau diorang semua peramah " tangan isterinya ditarik mengikutinya

Zarra hanya mengikut Ariel yang menarik tangannya itu , apabila sampai di satu meja , Zarra melihat 3 orang jejaka yang sedang duduk disitu bersembang sesama sendiri itu

" Sayang duduk sini " Ariel duduk sebelum Zarra ditarik duduk dikerusi sebelahnya

" Pergh dia boleh bersayang-sayang pula depan kita mat " lelaki yang memakai baju melayu bewarna putih itu bersuara

" Member dah ada bini , nak bersweet-sweet lah depan kita " kini lelaki yang memakai baju melayu warna kuning cair itu pula menambah

" Hai Mrs Ariel Qriss , nice to meet you " seorang jejaka yang berambut perang itu mula menegur Zarra , Zarra tersenyum sebelum menundukkan sedikit kepalanya

" Sayang .. kenalkan , ni Shah , yang dua orang tak betul tu Erman dengan Akel " Shah senyum sebelum menundukkan sedikit kepalanya , Shah yang menegur Zarra tadi , boleh nampak Shah lebih gentleman berbanding dua orang itu

Erman yang memakai baju melayu bewarna putih itu , dan Akel yang memakai baju melayu warna kuning cair

" Selamba dia je cakap kita tak betul Kel " Akel mengangguk setuju

Mereka teruskan bebual dan sesekali ada juga mengajak Zarra berbual sekali , walaupun mula-mula Zarra agak segan namun dia sudah mula biasakan diri dengan mereka

The Chosen OneWhere stories live. Discover now