2 ★ Mati

99 21 2
                                    

Aku duduk menatap langit malam yang gelap gelita. Angin kuat pada waktu malam ini menambahkan lagi perisa untuk aku layan perasaan. Ku sedut rokok yang ada di tangan, usai sahaja asap itu mencemari paru-paru, aku hembuskannya ke atmosfera.

Mata memerhati bandar yang gah berdiri maju, ada beberapa buah bangunan yang dalam proses pembinaan, ada yang sudah nampak lusuh dan ada juga yang kelihatan baru. Kepalaku menunduk pula, melihat bandar dari atas,

Pelbagai ragam manusia, nampak normal semuanya. Nampak bahagia juga.

Tapi kita tak boleh buat spekulasi mudah seperti itu, tidak semua manusia di muka bumi ini merasa bahagia.

"Kau nak mati ni dah ada seratus ringgit ke nak bayar kain kafan?" Aku bersuara mendatar, puntung rokok yang sudah terbakar hingga hujung itu aku campak ke bawah. Rokok yang terakhir, duit pulak kering nak beli lagi.

"Kos gali kubur, nak bayar duit minyak van jenazah, upah orang mandikan kau lagi. At least lima ratus tak lari." Aku angkat kepala memandang perempuan yang berdiri di hujung rooftop itu, kepalanya menunduk memandang tanah yang tingginya dalam seratus kaki.

"Nanti dah matipun menyusahkan orang." Aku menongkat dagu, mata dialih pada bandar kembali.

"Apa point kau hidup dekat dunia ni?" Dia bertanya,

"Apa point kau nak mati pulak?" Soalan dibalas dengan soalan, perempuan tersebut menoleh pandang aku yang jauhnya kira-kira dalam lima meter.

"Itu je penyelesaian untuk masalah aku." Dia membalas, aku tertawa sendiri mendengar balasan naif tersebut. Kaki melangkah ke arah wanita itu,

"Atau kau tak usaha untuk cari jalan penyelesaian?"

"Kau bukan kenal aku siapa," Aku panjat dinding rooftop ini, kemudian berjalan mendekati perempuan tersebut. Riaksinya amat terkejut melihatku yang mula menghampiri,

"Jangan banyak gerak, nanti jatuh." Aku capai lengannya, mata menunduk pandang bawah, "kalau macam tu, jom mati sama-sama."

"Kau gila ke?" Perempuan itu bertanya, terbuntang matanya memandangku. Aku kerutkan kening, tangan masih kemas memegang lengannya.

"Kau nak bunuh diri tadi waras pulak? Apa lagi? Jom ah?" Aku keluarkan satu kaki, menjerit perempuan itu akibat ketakutan.

"Janganlah!" Dia menjerit lagi, aku ketawa sendiri melihat wajahnya yang seakan dalam ketakutan itu.

"Satu! Dua! Ti-" Perempuan itu menolak badannya ke belakang, menyebabkan kami berdua sama-sama jatuh ke dalam rooftop. Dia baring bersebelahan aku, kedengaran nafasnya tercungap-cungap. Takut mungkin.

"Wanna do that again?" Aku menyoal dirinya, badan masih baring di atas lantai. Memandang langit yang gelap tanpa kehadiran cahaya.

"Kau tak ada otak ke?!" Nadanya seakan marah, dia duduk dari terus baring. Matanya menatap aku yang masih tidak bangun.

"Ada. That's why kau hidup lagi." Dia tersentak dengan jawapanku itu. Bibirnya diketap rapat, mungkin geram bila sedar yang dirinya telah diperdaya.

"Tapi aku bangga dengan kau." Aku duduk, mata menatap wajahnya yang kelihatan lesu. "Kau berani buat pilihan untuk diri sendiri."

"Walaupun pilihan aku untuk mati?" Dia bertanya dengan nada sindiran, aku angguk sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Well, aku hidup tak pernah buat keputusan sendiri. Diri aku semuanya untuk puaskan manusia lain." Berkerut dahinya mendengar balasan aku itu, aku tertawa kecil. Comel.

"Kau pulak pilih cara hidup kau. Yes...walaupun kau pilih mati, tetap kau yang buat keputusan. Bukan orang lain." Tambahku lagi, kepala mendongak pandang langit. Aku suka keadaan langit yang kosong, rasanya seakan dia menayangkan keadaan diri aku yang juga kosong.

"Aku ada juga rasa nak mati. Tapi perasaan untuk aku terus hidup masih bersisa dalam diri ni." Aku jeda seketika,

"Aku nak mati secantik yang boleh."

"Cantik? Maksud kau?" Perempuan itu nampak keliru, aku pandang jam di tangan sekilas. Masa dah suntuk.

"Biarkan mati aku diangkut ajal yang satu. Walaupun masalah aku menimbun bak gunung yang tinggi, aku pasti dengan tarik nyawa sendiri tak akan selesaikan semuanya."

"Jadi, aku terus hidup sampailah masa yang sesuai tiba nanti. Bagi aku, aku tak mati lagi sebab aku kena selesaikan masalah yang belum selesai dekat dunia."

"Jadi bila dah tiba ajal, aku boleh rehat dengan tenang." Aku berdiri, bahu perempuan itu ku tepuk perlahan.

"Mati mungkin selesaikan masalah kita, tapi tak syok lah mati dalam keadaan tak tenang." Dia diam tidak membalas, aku melangkah mendekati pintu keluar dari rooftop. Sempat aku melambai wanita itu sebenatar,

"Jumpa lagi bila kau mula kejarkan kehidupan ya?"

Tangan Tulis, Mulut Diam.Where stories live. Discover now