4 ★ Isi Hati

45 10 0
                                    

Satu hari yang gelap, aku cuma ada aku dan aku. Dunia, tempat kegelapan. Apa lagi takrifan yang boleh diberi buat dunia ini? Gila? Fana? Ilusi?

Kadang aku terfikir sendiri, dunia ini kejam atau manusia yang kejam atau aku sahaja yang dikejami? Aku sudah penat dan lelah. Kekejaman tidak lagi mampu untuk ditampung dek badan yang sudahpun longlai ini.

"Kau tak siap lagi ke?"

"Belum."

"Apa pasal? Malas?"

"Penat."

"Semua orang penat."

Jadi, aku tidak layak merasa penat jikalau kalian juga penat? Penat aku tidak layak untuk diperkatakan kerana semua manusia juga penat?

"Nanti aku siapkan."

"Jangan bagi banyak alasan."

Alasan? Aku lagi teriak meminta bantuan. Aku lemas, tapi manusia buat buta. Manusia suruh aku belajar berenang tatkala dada aku sudah tiada kandungan oksigen.

Ada masa juga aku fikir seakan mahu berhenti,

"Jangan, kita boleh teruskan sama-sama. Sikit je lagi."

Tapi aku langsung tidak rasa di mana 'sama-sama' itu. Bebannnya hanya pada aku, sunyinya lebih kuat bunyinya daripada suara kamu.

Ada masa juga aku termakan dengan kata manusia. Entah-entah aku sememangnya penuh dengan berjuta alasan? Entah-entah sememangnya aku pemalas?

"Engkau kuat, aku tahu kau boleh."

Tapi, aku tak tahu yang aku boleh atau tidak. Macam mana engkau tahu sedangkan empunya badan sendiri tidak tahu?

Ataupun...

Pap!

"Aish! Printer ni buat hal lagilah! Kan kakak dah kata beli baru je!"

Tangan Tulis, Mulut Diam.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang