6 ★ His Birthday

52 7 3
                                    

Tet! Tet! Tet! Tet! Tet!

"Diamlah!" Aku hentak jam digital yang ada di atas meja bersebelahan katil. Bising. Penuh keterpaksaan, aku bangkit dari katil dan gosok mata yang masih lagi berat. Selimut yang tadinya menutup hampir separuh badan, aku tolak ke tepi.

Aku duduk termenung buat seketika,

8 Ogos 2015

Hari ni 8 Ogos. Bermakna, tambah setahun lagi aku hidup dekat dunia ni.

20 tahun, akhirnya aku lepas daripada nombor hodoh — 19.

Setiap pagi aku akan bangun dengan hati yang berat. Bersama seribu soalan yang ada dalam otak ini. Soalan yang aku sengaja biarkan ia sebagai soalan tanpa jawapan. Atau lebih tepat, aku takut untuk tahu jawapan kepada soalan yang aku fikirkan sebenarnya.

Dunia berputar dan aku kekal bernafas. Aku berharap aku mampu hidup sebagai manusia di luar sana. Walaupun aku tahu, tak semua kita hidup mudah. Aku cuma mahu satu hari untuk merasa hidup mudah.

Macam mana rasanya engaku boleh pilih apa sahaja makanan tanpa perlu memikirkan baki dalam bank?

Atau palingpun macam mana rasanya ada seorang yang sentiasa ingat akan kewujudan engkau?

Aku tenung wajah aku di hadapan cermin sehingga apa yang aku lihat itu tidak kelihatan,

Mungkin dengan cara ini,

Ya, cara ini.

Mungkin aku terlalu fokus akan masalah aku, mungkin aku perlu fokus kepada perkara lain walaupun masalah aku di hadapan mata.

Sesuatu seperti menampar aku untuk kembali sedar, pandangan kosong tadi kini diisi dengan sebuah cermin yang terdapat reflaksi aku di dalamnya.

"Aslan, hari ni, hari kau pilih bahagia." Aku ukir sebuah senyuman dan angguk kepala beberapa kali, benda pertama yang aku kena buat ialah...mandi.






★★







Aku selesai mandi dan bersiap. Sebelum aku keluar, aku buka tingkap bilik untuk melihat cuaca di luar. Cerah! Nampaknya hari ni 'Hari Aslan'!

Aku keluar dari bilik, keluar sahaja aku sudah nampak mama sedang mengemas rumah. Sebuah senyuman manis aku hadiahkan kepadanya, "selamat pagi mama."

Mama tidak menyahut. Dia teruskan menyapu lantai tanpa angkat wajahnya. Balasannya itu buatkan aku kelu. Sememangnya hubungan kami tidaklah rapat mana. Mungkin sebab perangai aku yang suka akan memberontak dan mama yang selalu sibuk dengan hal sukarelawannya itu.

Aku abaikan sahaja, tak apa lah. Nanti-nanti dia okay lah kot. Lagipun dia memang tak ada mood pagi-pagi. Aku melangkah ke arah pintu utama pula, pintu tersebut dibuka dari luar, kelibat papa melangkah masuk dengan satu kotak seakan berisi kek kelihatan.

Hal ini buatkan aku bertambah gembira, mereka tidak lupa akan aku rupanya, "morning papa." Sapaan aku diabaikan begitu sahaja, papa berjalan ke dapur tanpa menghiraukan aku.

Aku ketawa kecil, mungkin aku kena pura-pura tak faham dan berjalan keluar. Entah-entah diorang nak buat birthday party dan buat-buat lupa dan abaikan aku sebab tu mama kemas rumah dan papa beli kek.

"Aslan keluar dulu, nanti petang Aslan balik."






★★




Aku termenung selepas perut sudah kenyang. Sejujurnya, agak tersinggung atas riaksi papa dan mama tadi. Tapi aku masih dengan pendirian yang mereka sebenarnya mahu buat kejutan. Aku tertawa sendiri, kelakar.

Tangan Tulis, Mulut Diam.Where stories live. Discover now