🦕 HELEAN 01

16 3 0
                                    

"Mama !" Helena tersentak mendengar jeritan anak perempuannya. Hayla Medina sumber kekuatannya selama 5 tahun selepas kejadian malang yang menimpanya.

"Ya sayang ? Macam mana school harini ?" Berkerut pelipis dahi Helena melihat cebikkan dari bibir anak kecilnya.

"Mama." Rambut Hayla yang terjuntai diselitkan ke belakang telinga lalu mengucup pipi tembam anaknya.

"Kenapa anak mama ni ? Sedih , apa jadi dekat school tadi ?" Hairan juga dia tengok muka anaknya merah seperti tahan air mata !

Jangan cakap anak dia yang comel gebu ni kena buli !

"Hayla sedih mama , Hayla selalu tengok Reyna balik dengan papa dia.
Papa dia selalu cium pipi dia sebelum dia masuk sekolah. Kenapa Hayla tak ada papa juga ? Mana papa ?" Sebak Helena mendengar aduan si anak. Tak pernah-pernah Hayla sedih begini , baru harini dia dapat mendengar rintihan anaknya.

Rambut pendek anaknya dibelai lembut. "Papa work sayang , nanti ada masa papa balik jenguk kita ya ?" Pujuk Helena. Air mata anaknya diseka sebelum tubuh anaknya didakap erat.

"Betul ke mama ?" Bercahaya wajah Hayla. Happy nya papa dia nak balik !

"Okay sekarang Hayla nak makan apa ? Hayla mesti lapar kan ?" Laju kepala diangguk. Perut dah berbunyi dah ni.

"Hayla nak eat ice cream boleh mama ? Dah lama Hayla tak makan ais krim !" Melihat anggukan daripada Helena , Hayla segera melompat kegembiraan.

'Mama tak janji Hayla mama akan bawak awak jumpa papa , mama takut sangat kalau papa tak terima kita balik. Mama cuma ada awak seorang je dalam hidup mama sayang.'

┈┈┈┈┈┈୨♡୧┈┈┈┈┈┈

Arean mendengus kasar. Bingkai gambar Helena ditatap sayu. Helena Sofea , satu dalam seribu wanita yang berjaya memikat hatinya. Rindunya pada wanita itu kian membuak-buak , kalau dia tak buat perangai dulu mesti mereka sudah hidup berkeluarga sekarang ini.

'Mana awak pergi sayang ? Dah merata tempat saya cari awak.'

Gambar Helena dicium lama. Dasar gila bayang !

Srek...

Tanpa sebarang ketukan pintu bilik tidurnya dibuka perlahan-lahan. Muncul wajah adik bongsunya , Ariana Qazrisha.

Gadis yang sentiasa memahami keadaannya.

"Along ? Kau okay tak ni ?" Ariana menyoal si abang lembut. Dia dah biasa dengan sikap Arean yang satu ini.

"Eh Ari , kau buat apa dekat sini ?" Seperti baru tersedar , dia bangun lalu melabuhkan punggung pada birai katil.

"Mummy suruh aku jenguk kau dalam bilik ni , risau dia kau langsung tak keluar bilik harini. Kau ada masalah ke ?" Matanya sempat menangkap bingkai gambar seorang perempuan yang berada ditangan abangnya.

Siapa perempuan tu ?

"Aku okay je Ari , dah pergilah keluar dulu. Aku nak mandi." Aik budak tu baru je masuk dah kena halau , dasar abang gak ada akhlak.

"Senang-senang je kau halau aku along ? Dasar anjir." Arean tergelak !

"Halah kau merajuk ke ? Dah pergi la bersiap ikut aku keluar boleh ?" Bersinar matanya mendengar ajakkan si abang.

Along ajak dia keluar ? Wow impossible !

"Serious lah kau ni long ? Keluar ?" Pertanyaan Ariana dibalas dengan anggukan.

"Yay keluar !" Ariana menjerit kegembiraan. Suka betul kau eh ?

┈┈┈┈┈┈୨♡୧┈┈┈┈┈┈

HELENA SOFEA || OGWhere stories live. Discover now