🦕 HELEAN 02

8 1 0
                                    

Helena sedar akan perubahan sikap anaknya sejak pulang dari mall semalam. Muram ! Itu yang dia dapat rasakan. Kenapa pula dengan si comel ni ?

"Hayla ? Kenapa ni , mama tengok macam sedih je ?" Tegur Helena sambil membelai rambut anaknya.

"Mama , papa work dekat mana ?" Terkedu ! Tidak pernah dia menjangkakan soalan tersebut bakal ditanya Hayla.

"Jauh sayang , kenapa anak mama ni tanya ?" Hayla mencebik sambil memegang kedua belah pipi sang ibu.

"Semalam Hayla jumpa papa. Tapi papa macam tak kenal Hayla pun , papa keluar dengan sorang perempuan ni. Tapi tak cantik , mama Hayla lagi cantik." Helena terdiam.

Papa yang dimaksudkan Hayla , Arean Akashah ?

Keluar dengan perempuan ? Siapa perempuan tu ? Girlfriend ? Tunang ? Ataupun isteri ?

'Argh kenapa kau nak kena fikir semua tu Helena ! Dia tak penting dalam hidup kau !'

"Dekat mana Hayla nampak dia orang ? Ke Hayla yang silap orang ni ? Mana tahu itu orang lain ?" Helena menyoal hairan. Tak kan Hayla jumpa Arean kot.

"Tak , Hayla tak rasa Hayla salah orang ma. Rupa dia sama dengan gambar dalam handphone mama. Tapi sedih papa tak kenal Hayla pun." Sebak suaranya mengadu. Helena turut terkesima.

Ya Allah besarnya dugaan awak sayang. Kesian anak mama.

"Dah tak nak fikir semua tu , jom turun bawah kita jumpa tok umi nak ? Nanti daddy balik Hayla sambut boleh ?" Laju Hayla mengangguk.

┈┈┈┈┈┈୨♡୧┈┈┈┈┈┈

Arean bertambah kusut apabila mengenangkan firgura wanita semalam. Benarkah itu Helena ?

'Helena saya rindu waktu kita bersama.' Air matanya jatuh ke pipi lalu diseka perlahan.

Jika dulu dia menangis isterinya akan menyeka , namun sekarang tidak lagi. Dia rindukan waktu mereka bersama ! Helena pulanglah kepada saya !

Kalau betul orang yang dia nampak semalam itu Helena , siapa budak perempuan yang menggelar bekas isterinya sebagai 'mama' ?

Benarkah sangkaannya bahawa Helena sudah berkahwin ? Arghh kusut !

Srekk....

Pintu pejabatnya dibuka sebelum seorang gadis menyapa pandangan matanya. Apa pula perempuan ni nak ? Tak habis-habis kacau hidup aku !

"Hai babyy." Sapa gadis itu manja. Punggungnya dilabuhkan disisi meja kerja Arean sebelum menongkat dagunya menghadap Arean.

"You buat apa baby ? Sibuk tak ?" Gadis yang memakai dress merah paras lutut itu menyoal lembut. Apa dia ingat aku ni tergoda ke ?

Pfft simpang malaikat 44.

"Sibuk tengah menjahit , baju aku tak cukup kain." Sindir Arean pedas.

Tipulah kalau kata si Marisa ni tak terasa dengan kata-kata Arean.

"Kau ni memang masuk office aku tak reti ketuk pintu ke ?" Sinis Arean menyoal.

"Lagi satu , kau tak ada pakaian yang tutup sikit ke ? Memang terdedah je sepanjang masa ? Murah eh ?" Pedas sekali sindiran Arean pada Marisa.

"Sampai hati you cakap macam ni , I datang sini nak ajak you keluar lunch. Jom baby." Arean mendengus kasar lalu menghempaskan fail kerjanya di atas meja.

Orang tengah serabut kau boleh pula buat free show RM 50. Sapet kang.

"Kau keluar Marisa Dayana sebelum aku call security heret kau keluar." Gelengan Marisa menaikkan lagi darahnya.

HELENA SOFEA || OGWhere stories live. Discover now